ATASI ANAK TANTRUM DENGAN 5 TEKNIK YANG BERKESAN.
Bukan mudah untuk mengadap kerenah anak-anak terutama ketika anak menjejak usia 2 tahun. Ketika ini mereka baru sahaja biasakan diri makan dan minum sendiri dan baru tahu bertutur serta faham beberapa patah perkataan sahaja. Ada juga yang langsung tak faham apa mesej yang ibu atau bapa ingin sampaikan.
Berdasarkan pengalaman MamaZie, anak mudah tantrum ni kerana mereka tidak pandai untuk memberitahu apa sebenarnya kehendak mereka. Bila ibunya tidak faham apa yang dimintanya maka mudahlah mereka mengamuk dan meronta² inginkan perhatian.
MamaZie rasa, ibu² atau bapa² di luar sana ada alami anak tantrum.
Ok, di sini MamaZie ingin kongsikan teknik berkesan untuk mengatasi anak tantrum.
1) Biarkan Anak Bertenang
Biasanya apabila anak menangis dan mengamuk dan MamaZie tak faham mereka nak apa, MamaZie akan biarkan saje mereka melayan emosi mereka sehinggalah mereka rasa puas. Macam orang dewasa juga kan, ada sesetengah yang boleh hilangkan stress dengan menangis sepuas²nya.Tapi bukan mengamuk pula ye.Hehe.
2) Cuba Alih Perhatian Anak
Kendalikan tantrum si comel dengan mencari apa minatnya. Katakan dia suka bermain pick-a-boo, atau baba cak! atau main sorok² ,menyanyi ataupun menari. Lakukan saje dan pasti dia tidak tantrum lagi. Ataupun yang jenis suka digeletek. Pasti mereka tiba² terbahak² ketawa.😂
3) Jangan Berkasar
Cuba kawal emosi kita sebagai orang dewasa untuk tidak memarahi mereka. Ini memang sesuatu yang agak kental yang pernah MamaZie lakukan pada mulanya. Namun,setelah MamaZie praktikkan,ia memberikan kesan yang positif kepada si kecil dan juga diri MamaZie sendiri. Secara tak langsung kita pun tenang dan gembira.
Bukan apa, bila kita marah dan ikut emosi raksasa kita, anak makin memberontak dan seolah² apa yang kita tonjolkan itu memantul semula kpd mereka. Bukankah kita ibu bapa ini cerminan buat mereka. Copy & Paste.😆
4) Banyakkan Bersabar
Ye, setiap ibubapa memang perlu sabar dan kental dalam mendidik anak². Banyakkan ingat Allah dan ketahuilah, semua yang kita dapat itu adalah untuk menguji setiap inci keimanan kita dan juga ingin memberi satu ilmu untuk kita menjadi ibubapa yang kreatif dalam menangani emosi si kecil.
5) Berilah Pujian & Ciuman Apabila Tantrumnya Sudah Reda
Teknik terakhir yang MamaZie ingin anda semua buat adalah berikan kata² pujian kepada si comel.
"Wah, bagusnya Iffah pandai baca buku."
"Wah, pandainya Humaira nyanyi, cuba nyanyi sekali lagi,mama nak dengar."
Paling tidak, ciumlah dan peluklah mereka dan katakan, "Mama sayang Solihin".😍
Itulah sedikit sebanyak teknik yang dapat MamaZie kongsikan jika kita mengalami anak tantrum.
Jika anda ada teknik lain yang ingin dikongsikan, marilah kita kongsi sama².
Moga bermanfaat. 😘😘😘
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Elseeboomers * Elsee_Prenatal Seller