Saturday, September 28, 2013

Set C (Confinement) iaitu untuk ibu-ibu yang berpantang atau yang menjalani pembedahan.

Assalamualaikum..

Hai, salam sihat buat semua. Sekarang ni makin ramai di luar sana yang ingin mencuba supplement ketika berpantang. Kebanyakannya mempunyai sebab iaitu taknak anak panas bila menyusu badan. . Jadi, mereka takkan makan jamu/herba yang kebanyakannya panas dan boleh mengakibatkan anak cirit-birit. Ada juga tak suka makan jamu sebab pahit, tak sedap dan sebaginya.

Di Shaklee, kami ada set sesuai untuk mereka yang sedang berpantang.

1) Alfalfa – milk booster
Alfalfa dicadangkan untuk mereka yang menyusu badan dan juga bagus dalam proses penghadaman makanan. Ia mempunyai enzim penting dalam penghadaman makanan. Biasanya, dalam berpantang ni ada yang mengalami sembelit terutama sekali pada awal kita ingin membuang air besar. Masa tu luka pun masih belum pulih. Selain dari itu, ia juga bagus kerana dapat mengurangkan toksin dalam badan, fungsi detox pun ada juga tu. Bagus ketika berpantang kerana boleh menghilangkan kebas-kebas dan sakit sendi. Ia juga merendahkan kolestrol dalam badan. Wah, bagus kan fungsi Alfalfa.

2) Vitalea/ Multivitamin
Saya pasti semua sudah maklum bahawa selepas bersalin, kita akan banyak kehilangan darah. Oleh itu,ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Dalam multivitamin ini terkandung zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Untuk ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

3) B Complex
B Complex juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan, bahaya tau kalau kena penyakit meroyan ni, boleh bawa sampai ke tua dan bertambah kronik jika dibiarkan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. Bagus sekali untuk jaga emosi. Sebab nanti nak menyusu pun kena stabil dari segi emosi. :)

4) Sustained Release Vita-C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

5) Zinc

 Zinc pula adalah salah satu galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc, ada juga yang tak suka makan sebab hanyir dan sebagainya. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu badan turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...