Saturday, October 5, 2013

Lecithin untuk atasi duktus susu tersumbat (Clogged Duct)

Assalamualaikum..
 
Adakah anda pernah mengalami duktus susu tersumbat atau dipanggil Clogged Duct atau Plugged Duct? Kebiasaanya ia terjadi apabila susu tidak diperah/bayi tidak menyusu dengan konsisten sehingga susu menjadi terlalu banyak tanpa digunakan (supply banyak melebihi demand) dan inilah yang menyebabkan Clogged Duct atau susu tersumbat. Bahaya untuk kesihatan ibu di mana ibu akan mengerang kesakitan dan boleh membawa kepada bengkak susu yang melampau. Ada kes sahabat saya terpaksa menjalani pembedahan pada payudaranya kerana ketulan susu terlalu banyak dan tidak dapat dicairkan dengan menggunakan ubat klinik.
 
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat terjadi.
  1. Kosongkan kantung susu secara konsisten
  2. Jaga emosi (kurangkan stress/tekanan)
  3. Jaga pemakanan iaitu kurangkan makan makanan yang berlemak.
Ingin sekali saya terangkan sedikit mengenai apa itu duktus susu tersumbat.
 
 
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Sekiranya anda mengalami bengkak susu iaitu benjolan di buah dada, disertai tanda merah keradangan yang bertompok pada kulit berdekatan dengan benjol tadi, itu dipanggil duktus susu tersumbat. Sebenarnya ia bukan tersumbat tetapi tisu di bahagian duktus susu itu mengalami keradangan dan menekan duktus itu. Ia adalah mastitis di peringkat awal. Namun begitu, duktus yang betul-betul tersumbat jarang sekali berlaku. Biasanya ia terjadi beberapa minggu/sebulan selepas ibu mula menyusukan bayi dan bonjolan itu terasa amat sakit dan ada juga terdapat tompokan merah tanda keradangan.
 
Ibu biasanya akan mengesan satu tompok putih kecil di hujung puting mereka. Itu tandanya susu sudah tersumbat dan ada sel kulit tumbuh di atasnya. Ia adalah lecur dan mudah dirawat. Caranya mudah iaitu dengan menyucuknya menggunakan jarum yang telah disterilkan. Namun ibu-ibu boleh melakukannya selepas puting lembut selepas menyusukan bayi.
 
Apakah yang menyebabkan duktus tersumbat?
  • Ibu tidak menyusu/memerah susu secara konsisten
  • Stress berlebihan
  • Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
  • Pelekapan yang tidak betul ketika menyusu
  • Pemakanan yang tinggi lemak
 
Cara untuk membantu melegakan duktus tersumbat/bengkak susu
  • Terus menyusukan bayi, menyusulah sekerap yang mungkin, elakkan masa yang panjang di antara penyusuan 
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk mendapatkan posisi keselesaan kepada bayi dan pelekapan yang baik buat bayi ketika menyusu
  • Menggunakan pump susu (mengepam susu)
  • Mengurut buah dada sebelum/selepas penyusuan
  • Meletakkan kain yang hangat/sejuk di atas buah dada, mandi air panas dan membuat urutan lembut juga dapat membantu
  • Meletakkan sayur kobis yang dikopakkan seperti bentuk buah dada, ditekapkan di atas buah dada.
Jika ia masih berlarutan melebihi 24 jam, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri mengalami mastitis dan mungkin terjadi jangkitan kuman.
 
Selain itu Lecithin disyorkan untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat berulang lagi. Dos yang disyorkan adalah dalam 3600-4800mg lecithin setiap hari. Apa itu lecithin? Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa dan boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti kuning telur dan kacang soya. Ia adalah pengemulsi (memecahkan) lemak.
 
Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 518mg lecithin.
Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...