Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Vitalea dan sejarahnya

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat..

Hari ni saya nak share pasal Vita-Lea. Produk ni memang dah lama Shaklee hasilkan daripada packaging lama yang akak klasik, sehinggalah kepada packaging sekarang.


Dah baca artikel di atas?

Vitalea Iron Formula, ada 120 tablets dalam satu botol dan boleh tahan selama 2 bulan.

Ia dikenali sebagai Multivitamin atau Multimineral
- Apa yang dimaksudkan dengan multivitamin ini? Ia merupakan makanan tambahan (supplement) yg seimbang diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Ada soalan: " Ala, buat apa nak makan pil2 vitamin ni. Makan je benda2 semulajadi. Takyah la nk bergantung pada supplement ni aje...bla.bla..bla.."

Ok, memang betul la kita tak boleh bergantung pada supplement berbentuk pil sahaja. Kita perlu juga makan makanan yg belum diproses seperti buah2, sayur2 dan segala bentuk bijirin. Memang yang tu kita tkle skip terus. Kalau tak, kenapa pula klinik kerajaan atau swasta, bagi jugak vitamin2 untuk kita makan terutama ibu2 yang mengandung/hamil/pregnant??? Maksudnya, kita boleh tambahkan khasiat/nurtien dalam badan kita dengan mengambil vitamin2/supplement2 ini. 

Soalan lagi: "Kenapa nak tambah2??"

Adakalanya, makanan atau buah yang kita makan tu sudah kehilangan zatnya, akibat terlebih masak (sayur cthnya,kalau terlebih masak hilangla zat dia, buah pula kalau yang diletak pengawet utk tahan lama, zatnya pun dah kurang)..Memang betul, vitamin2 ni pun diproses, tapi ia diproses secara klinikal, maknya ia diuji samaada masih berzat setelah diproses atau sebaliknya. Ujian dilakukan..

Anda boleh doktor untuk lebih sahih.. :)

Ok, berbalik semula cerita tentang Vitalea. Apa kebaikan jika kita ambil produk ni?
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh (ni bagus sgt kita amal utk jaga dari awal. Bukannya dah sakit kronik baru nak cari2 supplement)
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata (haa,ni mcm kita nk pastikan organ2 dalaman kita ada maintenance/servis la..supaya tahan lagi lama)
  • Meningkatkan kekuatan tulan dan sistem imunisasi (makin tua makin reput tulang,so bagus kita jaga dari awal)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas (ni utk elak terjadinya kanser)
Apa istimewanya Vitalea berbanding multivitamin lain?
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro mambantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningakatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.
Tak caya lagi? hehe, pilihan di tangan anda. Saya sendiri pun dah cuba dan rasai hasilnya. Daripada tangan dan muka dan bwh ketiak gatal2 dan tk boleh tahan bila duduk di kawasan panas, sekarang semua derita itu sudah pun berakhir..menangis sendiri ketika sakit dan di sini saya kongsikan supaya derita itu tidak lagi ditanggung oleh org lain yang berpenyakit seperti saya. Alhamdulillah, semua atas izin Allah...syukur...

Nak tanya lagi??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 14, 2014

Vitalea Shaklee, Multi-vitamin pilihan yang tepat buat anda!

Assalamualaikum..

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin adalah merupakan produk keluaran Shaklee yang pertama. Ia mengandungi 25 jenis vitamin di dalam satu tablet. Sesuai untuk lelaki dan wanita yang inginkan kesihatan yang baik.



Apa kandungan di dalam Vita-Lea Shaklee?
 


Kelebihan Vita-Lea Shaklee?
  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa yang sesuai ambil Vita-Lea?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan  kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin
Nota: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, October 7, 2013

Set Mengandung/Ketika Sedang Hamil Shaklee

Assalamualaikum..

Kehamilan adalah satu proses yang agak panjang bagi sesetengah ibu. Ada juga yang rasa sekejap. Kenapa? Pandangan saya, yang rasa lama tu sebab dia mengalami alahan yang teruk, manakala yang rasa sekejap tu pulak dia takde alahan langsung. Tup tup nak bersalin dah..bestnyer kan. Kalau saya sendiri, alahan setakat pening2 lalat gitu je, tapi saya alahan pesen lain. Alahan alergi, asthma dan ekzema. Satu2 penyakit tu terjadi setiap kali mengandung. Yang sulung, alergi resdung, anak kedua asthma (lelah), anak ketiga pula alergi kulit atau ekzema. Semua merasa. Tapi alahan saya ni berlarutan selepas bersalin sehinggalah saya berjumpa Shaklee. 

Ok, berbalik semula kepada topik kehamilan ni. Apabila hamil, banyak perkara yang perlu diambil berat. Saya amat mengesyorkan anda terus membuat buku merah di Klinik Kesihatan terdekat. Jangan tanguh-tangguh. Penting kita memantau proses pembesaran bayi dalam kandungan. Kita tak tahu, tahap kesihatan kita sama atau tak.


Selain daripada itu, penjagaan pemakanan juga perlu. Tak perlulah makan untuk dua orang, atau minum susu penuh lemak sebab nak kasi cukup pada bayi, itu salah sebenarnya. Jika alahan, kurang selera makan, anda bolehlah mencari makanan lain untuk menggantikan nutrisi yang diperlukan seperti supplement terbaik keluaran Shaklee. Pastikan diet anda dipenuhi sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari.

 
Seperti biasa, Shaklee mempunyai set untuk wanita yang sedang mengandung. Terdapat tiga set iaitu Trimester 1, Trimester 2 & Trimester 3.

Ibu hamil 1st trimester
Vitalea
B comp
Vita-C
Ostematrix

Ibu hamil 2nd & 3rd trimester
Vitalea
B complex
VitaC
Omega guard
Ostematrix
 
Di sini saya berikan sedikit penjelasan tentang setiap vitamin-vitamin ini dan sedikit panduan cara memakannya.

1) Vitalea - 1 ke 2 biji sehari
Vitalea sebenarnya adalah multi-vitamin. Oleh itu, para ibu yang hamil tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Ia juga dilengkapi dengan zat besi dan 200mg folic acid. Jika ibu hamil mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (segalanya atas keizinan dari Allah S.W.T). Selain itu, wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

2) B Complex - 1 ke 2 biji sehari
B Complex lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber yang mahal harganya). Asid folik sangat penting untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).

3) Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

4) Ostematrix - 4 biji sehari
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000mg ke 1300mg sehari. Apa yang agak istimewanya Ostematrix kerana ia bukan sahaja mempunyai kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D. 1 biji Ostematrix mempunyai 250mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia begitu penting dalam ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

5) Omega Guard - 1 biji sehari
Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga.
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

6) ESP - 1 sudu besar sehari
Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan/tidak selera makan/morning sickness).

Dalam protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
 
Credit to Diarivitamin.com
Testimonial:
 
 
 
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, September 28, 2013

Set C (Confinement) iaitu untuk ibu-ibu yang berpantang atau yang menjalani pembedahan.

Assalamualaikum..

Hai, salam sihat buat semua. Sekarang ni makin ramai di luar sana yang ingin mencuba supplement ketika berpantang. Kebanyakannya mempunyai sebab iaitu taknak anak panas bila menyusu badan. . Jadi, mereka takkan makan jamu/herba yang kebanyakannya panas dan boleh mengakibatkan anak cirit-birit. Ada juga tak suka makan jamu sebab pahit, tak sedap dan sebaginya.

Di Shaklee, kami ada set sesuai untuk mereka yang sedang berpantang.

1) Alfalfa – milk booster
Alfalfa dicadangkan untuk mereka yang menyusu badan dan juga bagus dalam proses penghadaman makanan. Ia mempunyai enzim penting dalam penghadaman makanan. Biasanya, dalam berpantang ni ada yang mengalami sembelit terutama sekali pada awal kita ingin membuang air besar. Masa tu luka pun masih belum pulih. Selain dari itu, ia juga bagus kerana dapat mengurangkan toksin dalam badan, fungsi detox pun ada juga tu. Bagus ketika berpantang kerana boleh menghilangkan kebas-kebas dan sakit sendi. Ia juga merendahkan kolestrol dalam badan. Wah, bagus kan fungsi Alfalfa.

2) Vitalea/ Multivitamin
Saya pasti semua sudah maklum bahawa selepas bersalin, kita akan banyak kehilangan darah. Oleh itu,ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Dalam multivitamin ini terkandung zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Untuk ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

3) B Complex
B Complex juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan, bahaya tau kalau kena penyakit meroyan ni, boleh bawa sampai ke tua dan bertambah kronik jika dibiarkan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. Bagus sekali untuk jaga emosi. Sebab nanti nak menyusu pun kena stabil dari segi emosi. :)

4) Sustained Release Vita-C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

5) Zinc

 Zinc pula adalah salah satu galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc, ada juga yang tak suka makan sebab hanyir dan sebagainya. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu badan turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Set A Shaklee untuk kesihatan yang menyeluruh (Optimum Health)

Assalamualaikum..

Ketahui set basic yang perlu dimiliki oleh seisi keluarga iaitu Set A (Optimum Health) atau Family Wellness Programme.
Bak kata orang, dalam satu rumah tu mesti kena ada set A ni. Ia adalah set keperluan dalam tubuh badan kita.

Antara produk yang terdapat dalam set ini adalah seperti berikut beserta fungsinya:

1) Vitalea
  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  • Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
  • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Melengkapkan nutrient yang kurang
  • Membantu penyerapan zat dari makanan
2) Vita C
  • Anti-oksidan semulajadi
  • Membantuk pemulihan sel seperti luka
  • Baik untuk gusi, tulang,otot dan salur darah supaya sihat
  • Menolong mengurangkan symtom alergi, selsema
  • Membantu dalam penyerapan zat besi
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan
3) B Complex
  • Mengekalkan kesihatan jantung,metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Menukarkan makanan menjadi tenaga (Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga)
  • Mengurangkan symptom kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit


Testimonial dari saya sendiri:
Sejak ambil set A Shaklee, saya bertambah sihat dan kurang alergi pada makanan seperti seafood, ayam, ikan, dan daging. Selain dari itu, saya juga alami ekzema yang teruk dan saya sudah tiada ekzema lagi.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, May 27, 2013

Set Penyusuan Ibu & Persediaan Baik sempena bulan puasa

Assalamualaikum..

Di sini saya berikan beberapa pilihan terbaik untuk ibu2 yang menyusu badan. Anda boleh pilih dari Basic, Medium dan Optimum untuk diri anda. Alhamdulillah, susu memang banyak dan anda akan rasa sihat in sha Allah. Kita berusaha dan Allah yang akan izinkan.

Dapatkan set penyusuan supplement yang terbaik untuk para ibu2. Supplement semulajadi dan bagus untuk anda dan bayi anda. Khasiat susu adalah terbentuk dari pemakanan ibu2. Jika cukup segala mineral dan vitamin, maka susu itu akan menjadi sangat berkhasiat.

Hubungi saya untuk set permulaan dengan harga yang mampu anda beli.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 13, 2013

Ostematrix untuk lenguh2 badan..

Assalamualaikum..

Semlm saya rasa sangat letih. Mungkin sebab saya berpuasa dan menyusu, baru pula lps sakit kencing dijangkiti kuman. Tapi kerana dah dekat dah nak masuk bulan Ramadhan, saya perlu habiskan baki ganti puasa yg masih ada. Mmg selama ni saya byk jarak untuk habiskan ganti puasa kerana faktor kesihatan. Hari ni pula, sendi2 terasa lenguh. Dah tiga hari saya tak makan Shaklee sbb fokus utk mkn ubat klinik utk redakan sakit kecing berdarah.  Berbuka puasa saya minum air Performance Drink iaitu bgs utk kembalikan tenaga selepas berpuasa. Minum air kosong memang amat perlu.

 
 

Mlm tadi saya start semula ambik shaklee iaitu Ostematrix (yg mana ia bagus utk tulang), dan vitalea(multivitamin).. Syukur alhamdulillah, pagi ni badan saya rasa segar dan bertenaga. Suka utk diingatkan, air kena minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih kurang dlm 8 gelas sehari utk elakkan bdn kita kekurangan air dan memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita.

Itu saje yang ingin dikongsikan.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...