Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Set Get Clean Home Care Shaklee

Assalamualaikum..
 
 
Teruja ni nak cuba set Get Clean Home Care Shaklee. Sebab seblm ni saya just pakai Basic H je. Tapi rasa nk cuba other produk nk ganti sabun2 yg selalu pakai...yela,kata nk guna natural product kan...kena la guna sepenuhnya...kalo half2 guna tak nampak sangat la keberkesanannya. Ye dak?

 


Berdasarkan pengalaman, saya memang dah pakai berbotol2 Basic H untuk buat mop lantai. Sebab slps pakai tu tapak kaki saya dah tak pecah2 dah...hudoh tau kaki pecah2 ni dan akan sakit kalo teruk..So, saya dah buat sabun mop lantai jenama X saya tu dan saya start guna Basic H.
 
Basic H bukan sahaja saya guna utk mop lantai tapi saya buat sabun badan masa saya kena eczema dulu...memang pelik kalo dengar sabun lantai leh buat sabun badan lak....memang boleh sebenarnya sbb ia adalah bersumberkan bahan2 semulajadi "Natural product".
 
* Tahan 5 bulan!!!!
 
* Mengandungi kepekatan tinggi
 
*Boleh guna sehingga 182liter (48 gallon)
 
* Hilangkan gris dan kesan2 minyak degil
 
*Harum dan bau segar serta selamat dari bahan-bahan kimia


BERMINAT NAK CUBA??

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, October 8, 2013

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD (Penyakit virus berjangkit)

Assalamualaikum..
 
Gambar ihsan google.Gambar betul akan saya kongsikan nanti.
 
Hari ni saya nak cerita sedikit kisah anak saya. Minggu lepas dia mengadu sakit2 badan, sakit tapak kaki, jari2 sakit. Saya belek takde kesan apa2. Saya jangka, dia lenguh pasal dia main Taekwondo kat tadika. Oh, umurnya 6 tahun, Damia namanya. Lps tu dia mengadu lagi sakit pada minggu ni. Dia kata, sakit mulut, tangan dan kaki. Saya pun belek lah mulutnya. Tengok2 ulser dalam 10 bijik kot atau lebih sebab dia takle bukak mulut luas2. Kesiannya anak saya. Kat lidah pun ada ulser tu. Susah nak bercakap dan makan. Minum pun dia rasa perit2 kat dalam tekak. Saya pun belek kaki dia. Di tapak kaki dia ada bintik2 merah, pelik rupanya sbb macam darah beku kat dalam tapi bukan pekat. Then, saya tengok kat tapak tangan pula. Eh, ada juga rupanya. Apa lagi saya dah syak sesuatu. Mungkin anak saya ni kena sakit tangan,kaki dan mulut tu yang dah lama dulu ada virus ni.
 
Saya pun try surfing kat internet, cari kat google info pasal foot & mouth disease ni. Hmm,memang dah ada simptom2 dia. Cuma dia tak demam je, alhamdulillah. Saya pun terus ke klinik dan buat pemeriksaan. Memang betullah dia terkena jangkitan virus HFMD iaitu penyakit virus berjangkit Tangan, Kaki dan Mulut. Kesiannya anak saya sbb sebelum ni saya tak pegi ke klinik dan main agak2 je yang dia tu lenguh main kat tadika. Rupanya itu adalah tanda2 awal nk menunjukkan dia terkena virus HFMD. Doktor kata, memang takde ubat specific untuk penyakit wabak ni. Doktor just bagi ubat demam jika dia demam nanti, ubat alergi, dan ubat sapu.

Saya ada call tadika tanya memang ada ke kes sebelum ni? Rupanya ada sorang kat bahagian taska dah sakit lama dah dan dah tak ke taska lama dah. Anak saya yang no3 ada kat bahagian taska tu tapi anak yang kedua ni pula yg dijangkiti. Mungkin ada kawan dia yang dah kena kat sebelah tadika tu. Saya dapatkan pengesahan pihak tadika, selepas dapat tahu anak saya ada HFMD, semua pelajar diperiksa dan ada lagi dua tiga orang yang disyaki. Pada ptg tu saya nak ambik anak ketiga kat taska, cikgu maklumkan tadika akan ditutup minggu depan, hari ahad. Cikgu nak bersihkan kot. Rasanya takde arahan dari KKM utk tutup terus buat masa ni. Saya pun tak tau kenapa.
 
Balik rumah saya tak bagi ubat2 klinik tu sebab takde plak demam. Saya bagi dia minum Meal Shake dan letak 1/4 daripada 1 paket Nurtriferon. Saya goncangkan dalam shaker bersama2 fresh milk. Dia minum sebab dia memang suka meal shake. Nutriferon tu tk rasa mana so boleh minum. Selain tu, masa mandi, saya basuh dengan Basic H. Toilet tempat dia guna pun saya jaga kebersihannya, selalu bersihkan betul2 sebab virus ni keluar melalui air liur dan najis.
 
Hari kedua saya bagi lagi. Hari ketiga saya belek tapak tangan dan kaki dia, iaitu hari ni lah. Dah hilang dah tompok2 merah tu. Syukur alhamdulillah. Dia pun tak demam. Ulser dia dah hilang semuanya kecuali ada lagi satu bijik kat tepi pipi. Dia pun dah boleh makan dan minum. Berselera plak tuh. Syukurlah Allah izinkan sembuh dengan Meal Shake dan Nutriferon. Ubat yang dapat kat klinik memang tak terusik pun. Nasib baik saya memang amalkan dua2 produk Shaklee ni.
 
Ni saya rotate lagi dengan suami untuk jaga dia, maklumlah kami bekerja. Hari ni saya cuti, esok saya keje suami pula cuti. Lusa maybe anak saya dah pulih sepenuhnya. Biar betul2 clean. Nak gi chk lagi sekali kat klinik dan minta confirmation dari doktor samada dia dah boleh ke sekolah atau tak. Yelah, kena pk anak2 org lain juga, takut jangkit kan susah plak derang.
 
Di bawah ni adalah produk Shaklee yang saya pakai untuk saya dan anak2. Memang berbaloi2. Nak dapatkan harga yang berpatutan boleh call/SMS/Whatapps saya sekarang. Saya recommend setiap isi rumah kena ada this product. Terbaik!!! :)
 
 
  


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 23, 2012

Basic H, pelbagai kegunaan!

Assalam,

Basic H adalah satu pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960.. uih..lama dah rupanya wujud...tapi lani baru tahu byk pekdah dia ek..

Sebenarnya terdapat seribu macam kegunaan Basic H ni...secara kesimpulannya yg sy dapat info dari blog MamaFaiz adalah spt berikut:

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.
Ada beberapa testimonial Basic H spt di bawah..


Terbukti kan??? Mmg wajib ada satu botol sekurang2 nya kat rumah...mcm2 boleh diguna...saya ni pun baru berjinak2 guna Basic H nih...
Tahukah anda??
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H, anda selamat dan ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meninggalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda-gandaaaaa...



Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...