Sunday, February 19, 2012

Testimonial Shaklee Ibu Menyusu dan Meal Shakes buat anak

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, saya terasa begitu sihat selepas menggunakan produk Shaklee. Sebelum ni, saya tidak mengambil sebarang supplement dalam kehidupan seharian. Setelah melahirkan anak ketiga, badan selalu lesu dan tidak bermaya. Saya fully breastfeed juga. Jadi, keperluan tenaga memang pada tahap yang optimum. 
Saya mula dengan Shaklee kerana dapat info di FB kawan saya. Saya tertarik dengan promosi yang diberikan dan sambutan menggalakkan. Saya kata pada diri saya, tentu ada sesuatu yang menarik dengan produk Shaklee, kalau tidak takkan banyak permintaannya.
Memandangkan saya bekerja, saya perlukan banyak stok susu. Sudah masuk 6 bulan baby saya, stok susu merundum sehingga stok sudah tiada lagi. Saya mula risau. Hasil perahan susu pula semakin sedikit. Saya risau kerana baby saya memang pengguna tegar susu mamanya..hehe.. Sehari dalam 20oz dia minum. Jadi, saya membuat keputusan untuk mencuba produk Shaklee khas untuk ibu menyusu badan. Ia adalah untuk memperbanyakkan pengeluaran susu.
Set B adalah untuk ibu menyusu dan juga untuk mereka yang alergi. Kebetulan saya alergi pada seafood dan daging. Kena jadi vegetarian pulak. Kawan saya dari group GBS dan group ini pula sediakan trial set. Set B terdiri daripada Vita-Lea/multivitamin, Vita-C, B-compleks, dan Alfafa (untuk milk booster).
Alhamdulillah, sebulan sudah saya mencuba dan syukur susu saya banyak seperti sebelum ni. Susu pula kelihatan pekat dari biasa. Kali ini saya ada pemakanan (supplement) tambahan. Jadi, kualiti susu saya memang lebih baik dari sebelum ni. Yelah, kualiti susu kita bergantung kepada pemakanan kita. Maklumlah saya kena banyak berpantang kerana alergi, jadi kurang nutrient di dalam badan.
Selain dari itu, badan saya sekarang semakin segar dan bertenaga berbanding sebelum ni. Bangun tidur pun mudah dan saya lebih bertenaga di waktu kerja, tidak mengantuk dan sbgnya. Satu lagi, system pembuangan saya memang baik selepas makan produk Shaklee. Sebelum ni memang sembelit dan tidak smooth. Alfafa inilah yang membantu memperbaiki system perkumuhan saya. Alhamdulillah, smuanya dari Allah sudah tentunya. Dia telah temukan saya dengan penawarnya iaitu Shaklee.
Sekarang, saya mula sambung pengambilan supplement Shaklee untuk bulan kedua kerana saya rasa selesa dengan produk ini. Biarlah melabur sedikit untuk kesihatan kerana jika kita sihat, keluarga kita juga dapat kita uruskan dengan baik. Kalau anak sakit pun kita masih bertenaga untuk menjaganya.
Saya juga membeli Shaklee Meal Shakes untuk pesanan kedua saya buat anak2 saya. Sungguh tidak terjangka, anak saya yang sebelum ni tak suka minum fresh milk, dah mula suka minum kerana saya bancuh Shaklee Meal Shakes bersama fresh milk, minum di waktu pagi kerana mereka memang tak makan terlalu banyak di waktu pagi. Best kata mereka. Hehe. Mungkin Meal Shakes tu berperisa Vanilla so susu tu tak rasa lembu.
Nanti saya akan cerita lagi perkembangan saya slps menggunakan produk Shaklee. See ya..



Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...