Monday, March 19, 2012

Alergi Kulit - Eczema

Assalamualaikum,
Salam ceria semua. Saya nak share sikit tentang diri saya. Saya mengalami sakit kulit yang agak lama, hampir 5 tahun. Sebelum ni saya kena asma semasa mengandungkan anak kedua. Sebelum tu saya selalu bersin, kerana resdung. Dan sekarang ni selepas menderita sakit kulit, alergi ketika mengandungkan anak ketiga pula, dan saya punya alergi kulit semakin menjadi2 selepas melahirkan bayi ketiga saya.
Nak mkn ubat2 pun saya fikir dua tiga kali sebab saya menyusu badan. Jadi, saya sapu jela aloe vera jel dan macam2 lagi ubat cream sapu klinik. Kejap baik kejap ada lg. Masa tu saya tk berpantang makan. Saya makan je semua benda. Setelah begitu lama saya menderita, saya dapat kesan apa makanan yang saya alergik. Yang paling alergik sekali adalah daging lembu, kambing atau kerbau. Huh…segala daging. Memang terlalulah alergi. Selepas beberapa ketika saya makan aje benda lain, saya dapati saya mcm alergi makanan laut. Saya pun berpantang makanan laut. Lama kemudian, saya dpt rasakan saya alergi ayam dan ikan pula. Sebabnya, bila baik je selepas sapu cream, lepas makan je ayam atau ikan, sakit kulit saya ada semula.
Memang rasa agak mencabar jugak kerana saya suka makanan2 yang saya alergik tu. Tapi untuk kebaikan diri saya, saya cuba berpantang dan jadi vegetarian. Dalam sebulan saya cuba, memang betul saya alergik smua jenis daging. Takpelah, mungkin ada hikmahnya.
Sakit kulit saya ada di bahagian muka dan sedikit di badan. Muka saya dulunya kemerahan dan merekah. Nampak begitu comot dan hodoh. Malu berdepan dengan kawan2 di pejabat. Tapi apakan daya, Allah kurniakan saya sakit macam ni dan saya perlu berusaha untuk mengubatinya. Bila ingat semula, pernah terjadi saat bibir saya merekah ketika saya nganga untuk makan, sakit dan pedih yang amat. Boleh nganga mulut sedikit sahaja untuk makan. Sampai begitu sekali.
Dalam era berfacebook ni, saya terjumpa rakan U saya ada post tentang produk Shaklee. Agak menarik ketika itu saya menyusu badan dan susu saya merundum. Saya perasan tentang produk Shaklee boleh membantu untuk menambah susu. Agak menarik, Shaklee mendapat sambutan dan berkesan atas izinNya. Saya rasa nak cuba juga. Kebetulan pula Set B Shaklee boleh untuk menyusu badan dan alergi, resdung dan eczema. Untuk Alergi, eczema dan resdung, vit C, B complex dan alfafa. Just tambah Vitalea untuk wanita yang menyusu badan. Apa lagi, saya terus beli.
Alhamdulillah, setelah menggunakan produk Shaklee Set B selama 2 bulan ni, saya dapati saya sudah boleh makan ayam,ikan. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan penawar yang betul. Sekarang saya teruskan lagi. Susu pun banyak untuk bayi saya yang baru 8 bulan dan alergi saya pun semakin kurang.
Sekarang, kulit muka saya sudah beransur pulih dan tidak ada lagi rekahan ataupun tompok2 merah. Selalunya kulit saya menggelupas sehingga nipis dan berair, tapi sekarang sudah tiada lagi. Syukur2..Saya akan teruskan menggunakan Shaklee Set B dan akan terus kongsikan perubahan pada diri saya. Sebab apa saya nak kongsi. Sebab saya tak nak ada orang menderita macam saya.
Untuk ketahui set mana sesuai untuk anda, boleh rujuk di sini (Set Shaklee).

Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...