Sunday, March 30, 2014

Sticky Post MAC 2014: Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum..


PROMOSI Shaklee bln Mac 2014!!!

 

WOW!!!.. ini sudah bagus. ESP promosi sekarang. Macam2 kebaikan ESP ni..
 
  • Nak Kurus?
  • Nak banyakkan susu?
  • Nak Hamil?
  • Nak cantik, gebu, mulus seluruh badan? pejal itu ini? Oppss...
  • Nak bertenaga, sihat dan ceria?
  • Nak ganti puasa? perlukan tenaga yang mantap..mmg the best kalau ambik ESP.
Perkara dia atas adalah kebaikan ESP.. akan saya huraikan satu persatu mengenai ESP selepas ini..tunggu post saya seterusnya. ;)

Anda boleh klik link2 berkait di bawah untuk mengetahui mengenai ESP yang pernah saya postkan sebelum ni dalam blog ni.


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, March 24, 2014

Panau? Shaklee boleh membantu mengatasinya

Assalamualaikum..

Penyakit panau pasti merimaskan terutamanya jika ia menyerang di bahagian muka. Biasanya panau ini juga akan timbul di bahagian-bahagian lain di seluruh badan jika tidak diatasi secepat mungkin.

Sumber wikipidea:
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.


Sumber :http://www.myhealth.gov.my/index.php/pityriasis-versicolor

Kulat Malassezia ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Menurut sumber di atas, panau ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur. Tetapi biasanya ia kerap berlaku pada remaja atau belia. Ia disebabkan kurangnya pengambilan zat-zat dalam pemakanan dan juga mereka yang mengalaminya adalah kebiasaannya pernah mengambil ubat-ubatan yang mengandungi steroid sistemik dan immunosuppressant yang kerap ketika mengalami panau.

Adakah panau berjangkit? Jawapannya tidak.

Ada ubat yang boleh merawat panau tetapi ia bergantung pada individu, mungkin berbulan atau bertahun. Kulat panau ini sebenarnya menghasilkan bahan kimia dan toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.

Bagaimanakah Shaklee boleh membantu?

Produk Shaklee yang boleh disarankan ialah produk wellness. Ia amat penting untuk memastikan badan anda mempunyai kekuatan untuk melawan sebarang kuman atau kulat. Jom ke artikel saya sebelum ini. <<Optimum health>>

OPTIMUM HEALTH


Anda juga boleh add on ESP dan juga Garlic.

ESP penting untuk membaiki sel-sel yang rosak.

Garlic pula adalah baik untuk meningkatkan imunisasi atau pertahanan badan serta anti bakteria dan anti viral.

ESP
 
 
GARLIC
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, March 22, 2014

Tips Merawat Demam: Kaedah yang betul dan praktikal

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tips yang praktikal untuk merawat demam. Saya ringkaskan dari sumber : Majalah iSihat

1)Teknik Wet Socks
 
 
Agak pelik bunyinya, tapi teknik ini dikatakan berkesan jika anak demam. Ambil stokin kapas, basahkan dan kasi anak kita pakai. Pastikan stokin itu panjang bagi menutup bahagian buku lali. Ulangi hingga suhu tubuh turun.

2)Tidak perlu letak air batu!
Kita pasti biasa dengar ibu2 melarang anak2 menggunakan air batu jika demam. Sebenarnya ia bagus  digunakan terutamanya jika anak mengalami demam tonsil. Tiada kajian lagi menyatakan bahawa air batu tidak elok untuk demam.
 
3) Mengeluh melambatkan menyembuhan
Jangan mengeluh atau susah hati. Bertenang, tarik nafas panjang2 dan fikir positif. Amalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psycology) bagi merawat demam dengan mengatakan bahawa, demam yang dialami hanya beberapa hari sahaja dan anda akan sihat.
 
4) Mulakan dari kaki
Seawal bayi kita boleh amalkan perkara ini untuk mengurangkan risiko demam yang berpanjangan. Jika nak mulakan mandi (boleh praktikkan bayi juga), mulakan dari kaki barulah naik ke kepala. Orang dewasa pun boleh amalkan.

 5) Hindari Kafein ketika demam
 
 
Kerana penggunaan kafein ketika demam membuatkan tubuh anda kering.
 
6) Jangan Selimut
Biasa ada juga yang demam dan guna selimut tebal bungkus seluruh badan. Itu teknik yang salah kerana ia mendorong kenaikan suhu badan dan mendorong kpd kekejangan.
 
7) Ambil suhu badan
Ambil suhu badan 4 kali sehari setiap 4-5 jam.
 
8) Tidur dan rehat
 
 
Tidur dan rehat secukupnya amatlah penting untuk memberikan kesempatan kepada badan untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan lebih berkesan. Kurangkan sebarang aktiviti dan ambil cuti rehat. Walaupun olahraga itu baik, tapi ianya tidak sesuai diamalkan ketika demam.
 
9)Banyakkan makan buah
 
 
Makan banyak buah-buahan merupakan salah satu cara yang baik untuk melawan demam. Pilih buah yang mengandungi banyak air spt oren, epal, belimbing yang kaya dengan vitamin yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan anda. Kalau rasa pahit mulut, boleh buat jus buah.
 
10) Madu memberi tenaga segera
Madu ada kalori tinggi dalam penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dlm darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh badan manusia. Satu sudu besar madu menghasilkan 64kalori tenaga berbanding 1 sudu besar gula yang hanya 46 kalori tenaga sahaja. Madu memberi kesan antimikrob iaitu menghalang pembiakan kuman2 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Madu asli juga mengandungi antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.
 
11) Makan ubat penurun panas
Makan ubat penurun panas bukannya untuk menyembuhkan demam tetapi sekadar untuk menurunkan suhu badan buat sementara, memberi keselesaaan dan mengurangi rasa sakit. Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.
 
12) Makan makanan bernutrisi
Makan makanan bernutrisi (berkhasiat) dalam membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun. Pilihlah makanan yg mudah cerna spt bubur.
 
Selain tips di atas, anda juga boleh menambahkan tenaga dan kuatkan antibodi dengan beberapa produk dari Shaklee:
- Energyzing Soy Protien (ESP) 
- Nutriferon - pengganti ubat antibiotik,
-Vitamin C
dan banyak lagi produk yang sesuai.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 21, 2014

Cara buat masker dengan menggunakan Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum..


Ha..ada orang tanya saya, camana nak buat masker dengan ESP?

Senang aje,

Bahan-bahannya:

1) ESP
2) Plain Yogurt (yogurt kosong ye, bukan yang ada buah tu)

Cara-caranya pula adalah:

1) Ambil dua sudu besar yogurt asli dan letakkan ke dalam mangkuk
2) Masukkan satu sudu besar ESP ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama yogut hingga sebati
3) Sapu pada muka sampai rata
4) Biarkan kering selama setengah jam
5) Bilas muka dengan air
6) Ulang setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.

So, apa lagi...pi ambik ESP dan cari yogurt sekarang.

Tkde? Ha..bln ni ESP ada promosi...cepat2...nak habis dah ni...saya boleh kasi harga baik punya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, March 16, 2014

Jika mengantuk, cubalah petua ini...

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin kongsikan petua atau tips untuk mengelakkan diri dari mengantuk. Boleh anda baca ketika ingin memandu, ketika dalam pejabat, ketika anda buat apa saje untuk mengelakkan dari mengantuk.

Bacalah Ayat Kursi baris pertama sebanyak mungkin.
"ALLOHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM, LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM"


Terjemahan Ayat Kursi
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (pengetahuan atau kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
(QS : Al-Baqarah : 255).
 
 
Semoga bermanfaat.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Didiklah anak-anak tentang agama

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa ingin berkongsi sedikit pasal ilmu yang ada, saya bukanlah terlalu banyak ilmu, tapi sedikit pun saya rasa ingin saya kongsikan.

Pentingnya didikan agama diterapkan pada anak-anak. Saya pun masih berusaha untuk memberi didikan yang terbaik buat anak-anak. Anak-anaklah harta yang paling berharga dalam hidup kita. Dialah salah-satu penyambung generasi kita kelak. Jika baik kita didiki, maka baiklah generasi seterusnya nanti,inshaAllah.



Tanggungjawab mendidik anak sebenarnya bermula dari anak itu berada dalam kandungan kita lagi. Amalan baik, solehah, sentiasa beribadah, taat pada Allah dan suami, itu semua memberi kesan mendalam kepada anak yang dikandungkan. Alunkan ayat-ayat suci sama ada diri sendiri yang alunkan atau pun dengan mendengarnya melalui CD/DVD atau kaset atau sebarang media amatlah dianjurkan. Kebiasaan inilah inshaAllah dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah nanti.

Seterusnya setelah anak itu dilahirkan, pendedahan terhadap hal-hal agama amat penting. Buatlah yang termampu seperti dengarkan bacaan-bacaan suci Al-Quran, ketika solat kita solat di sebelah anak. Pastikan anak lihat kita solat.

Niatkan yang baik-baik ketika anak dilahirkan. Contohnya, "Aku akan pastikan perkataan pertama yang dia akan sebut ialah "Allah". Memang saya ada niatkan sebegitu ketika anak saya yang ketiga dilahirkan. Alhamdulillah, keajaiban dan kekuasaan Allah itu sememangnya terbukti. Memang betul anak saya menyebut kalimah "Allah" ketika umurnya lebih kurang sethn lebih. Dia memang pelat dan tak sama macam kakak-kakaknya. Biasanya jika dah boleh berjalan, mereka akan terus fasih bertutur. Tapi yang no.3 ni lain sikit. Tidak mengapa, janji anak saya terus membesar dengan sihat dan normal seperti anak-anak lain.

Suka untuk saya ceritakan pengalaman manis ini, setiap kali pergi kerja, saya akan pasangkan CD mengaji. Dan selepas balik kerja, saya ambil dia di rumah pengasuh dan saya akan ajak dia menyanyi lagu ali,baa,taa. Hasilnya Alhamdulillah, dia sudah pandai bermain sambil menyanyikan lagu tersebut walaupun ada sesetengah huruf itu sedikit pelat bunyinya. Tapi dia cukup seronok menyanyi lagu tersebut. Syukur, berkat asuhan saya selama ni. Dan ini bukanlah episod yang akhir. Masih banyak lagi yang saya perlu buat dan juga utk anak-anak saya yang lagi dua orang. Sekarang umur anak yang ketiga adalah 3 tahun. Dia sudah pandai sebut perkataan asas dan dia faham jika saya cakap apa-apa pada dia.

Saya ada beli CD Juz Amma, memang saya beli utk pasang dalam kereta dan dalam rumah. Pasang di kala mereka di dalam kereta dan di dalam rumah. Supaya mereka terdedah dengan ayat-ayat suci dan lama-kelamaan dia akan pandai membacanya. Ini saya dapat lihat pada anak saya yang no.1 dan no.2. Memang mereka sudah boleh menghafal beberapa surah.

Nak dapatkan CD Juz Amma tu, anda boleh ke laman ni. http://www.islamicparentingnetwork.net/collections/all

Post saya seterusnya nanti, saya nak ceritakan tentang Darwish dan Darwisya. Siapa mereka.

**Owh ye, bagi mereka yang nak sihat, nak cantik di mata suami, nak satu keluarga sihat, saya adalah pengedar sah Shaklee. Tau kan Shaklee sekarang the best supplement.Jika berminat nak tau tentang supplement Shaklee, sila hubungi saya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, March 15, 2014

Omega Guard Shaklee, apa kelebihannya?

Assalamualaikum..

 


Sedikit info tentang Omega Guard,

Dari laman rasmi Shaklee;

"Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA."

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?
  1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
  2. Melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
  3. Menghalang salur darah dari tersumbat
  4. Cegah strok
  5. Kawal tekanan darah pada kadar normal
  6. Mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Merendahkan serangan sakit kepala
  8. Mengawal kolestrol dalam badan
  9. Mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
  10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Turunkan berat badan
  12. Mencegah masalah obesiti
  13. Kurangkan risiko sakit jantung
  14. Mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
  15. Membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
  16. Menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
  17. Menyihatkan paru-paru
  18. Meningkatkan kadar memori seseorang
  19. Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
  20. Mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
  21. Memperbaiki masalah buah pinggang
  22. Menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  23. Meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
  24. Meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
  25. Menyokong kesihatan sendi-sendi badan
  26. Mengelakkan penyakit gout
  27. Memperbaiki masalah autism
  28. Mengelakkan insomnia
  29. Mengawal emosi
  30. Memelihara kesihatan jantung
30 Kebaikan Omega Guard Shaklee memang amat banyak. Jika anda mempunyai masalah di atas, bolehlah mencubanya. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 14, 2014

Kehilangan MH370, masalah jerebu, masalah tiada air, wabak denggi, masalah kemarau...

Assalamualaikum..

Sudah masuk hari ke-7 kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pada hari keluarnya berita tentang kehilangan pesawat ini, saya memang amat terkejut dan tidak percaya. Subhanallah, apakah perasaan keluarga mangsa ketika ini, tidak dapat dibayangkan. Apa yang saya harapkan, pesawat tersebut akan dijumpai tidak lama lagi.

Selain berita mengejutkan itu, kita juga sedang diuji dengan masalah jerebu, masalah ketiadaan air, masalah wabak denggi dan masalah kemarau yang agak teruk. Dalam rumah saya sekarang, suhu dalam 34 darjah celcius. Amat panas! Badan anak kecil saya pun dah suam2 dah. Ya Allah, turunkanlah hujan buat kami. :(

Apakah yang kita dapat ambil iktibar dari kejadian ini?

Tidak lain tidak bukan, segala peristiwa ini adalah Qada' dan Qadar untuk Malaysia. Namun, kita sebagai umat Islam perlu meneliti diri sendiri, muhasabah diri apakah yang perlu kita lakukan. Pandangan saya, semua ini adalah musibah yang diberikan kepada kita yang alpa dan kurang bersyukur pada nikmat yang Allah berikan kepada kita. Inilah ujian kecil buat rakyat Malaysia. Harus lagi kita bersyukur kerana kita tidak diberikan musibah seperti negara-negara Islam yang lain yang lebih dasyat dan tak sanggup saya ceritakan lagi. Semua sudah tahu dan semua sudah lihat sendiri. Terlalu banyak paparan di laman sosial terutama di facebook tentang ini.

Ayuh, marilah kita sama-sama berdoa, betulkan diri kita sebelum kita betulkan orang lain. Marilah kita tambahkan ibadah kita, daripada kita sibuk mengata orang lain. Dan marilah kita kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain yang mana juga akan memberikan ganjaran kepada kita ketika kita di alam akhirat nanti, inshaAllah. Saya ingatkan diri saya juga yang masih lemah dan leka. Semoga kita sama-sama saling ingat mengingati.

Bismillahirrohmanirrohim..Syukur Ya Allah, kerana Engkau masih memberi kami peluang. Kami tahu, ini semua ujian dariMu. Dan kami tahu, Engkau mahu kami merintih dan meminta dariMu Ta uhan kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, keluarga kami, sanak-saudara kami, jiran-jiran kami, rakan-rakan kami dan seluruh umat di bumi milikMu ini. Kami leka, kami alpa. Kami memohon Ya Allah, temukanlah kembali sesuatu yang hilang iaitu pesawat MH370, kembalikanlah kembali nikmat air hujan ke muka bumi ini, hapuskanlah wabak denggi yang kami alami ketika ini dan hilangkanlah jerebu ini dengan KekuasaanMu Ya Rabbal alamin. Amin :'(



 
 

Wassalam.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Vitalea Shaklee, Multi-vitamin pilihan yang tepat buat anda!

Assalamualaikum..

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin adalah merupakan produk keluaran Shaklee yang pertama. Ia mengandungi 25 jenis vitamin di dalam satu tablet. Sesuai untuk lelaki dan wanita yang inginkan kesihatan yang baik.



Apa kandungan di dalam Vita-Lea Shaklee?
 


Kelebihan Vita-Lea Shaklee?
  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa yang sesuai ambil Vita-Lea?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan  kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin
Nota: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sustained Release Vita-C Plus apa bezanya dengan Vita-C lama?

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, Vita-C 500mg iaitu dengan nama barunya Sustained Release Vita-C Plus telahpun dikeluarkan semula oleh Shaklee setelah sekian lama (setahun) juga membeku. :) Nampak sangat permintaannya tinggi!!!



VITA C Sebelum ni mengandungi bahan2 seperti berikut:

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 500mg Vitamin C)
Sodium 5mg


Manakala yang baru (NEW) pula, VITA C PLUS mengandungi bahan berikut:

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 525.35mg Vitamin C) extra vit C

Citrus Bioflavonoids Complex
(Provide 7.50mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Orange Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Grapefruit Bioflavonoids)
(Provides 7.50mg Hesperidin)
Bezanya adalah ia mengandungi bahan tambahan iaitu Citrus Bioflavonoids dan Extra Vitamin C (525.35mg Ascorbic Asid berbanding hanya 500mg Ascorbic Asid sebelum ni).

Tujuan Bioflavonoids adalah untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplement vitamin C.


Apa itu Bioflavonoids???
Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
  • Anti-radang
  • Anti-alergi
  • Anti-virus
  • Anti-kanser
 
Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C pula bagaimana?
Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c dan berfungsi untuk:
  • Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
  • Mempunyai kesan antibakteria
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Merangsang pengeluaran hempedu
  • Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  • Merawat dan mencegah katarak
  • Bertindak sebagai antihistamin
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang
  • Mengurangkan gejala herpes mulut
  • Kegunaan Terapeutik

Apakah sumber makanan yang mempunyai Bioflavonoid?

Bioflavonoids boleh dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Quercetin contohnya boleh ditemui dalam bawang, epal, raspberi, teh hijau, anggur merah, buah-buahan sitrus, ceri, brokoli, lada dan banyak lagi. Jumlah yang lebih kecil didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan kacang.

Memandangkan cuaca sekarang sungguh tindak memberangsangkan, jerebu yang makin berleluasa, sangat sesuai jika anda untuk mengambil supplement Vitamin C untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga. Ayuh, order sekarang!!!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Amalan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum..

Sebagai seorang muslim, kita pasti akan rasa masih ada kekurangan dalam diri kita terutamanya dalam beribadah. Namun, keluhan tidak bermakna tanpa usaha dan azam jika kita betul-betul ingin memperbaiki mutu hidup kita. Sebagai umat Islam, hamba Allah Tuhan Yang Maha Besar, tidakkah kita terfikir untuk lakukan yang terbaik untuk Tuhan yang menciptakan kita? Yang memberi segala nikmat yang tidak dapat di mana-mana. Nikmat yang paling dekat sekali adalah nikmat hidup, sihat, mempunyai tempat berteduh, aman, rezeki melimpah ruah, dan sebagainya.


Berbalik pada topik sebenar yang ingin saya kongsikan di sini. Ia mengenai solat sunat Dhuha. Ini adalah salah satu solat sunat yang perlu kita amalkan. Pertamanya, sudah tentulah solat wajib itu perlu dilakukan sebanyak 5 kali sehari dan mutu solat perlulah dijaga. Seterusnya, kita boleh menambah amal ibadah kita dengan melakukan solat sunat yang lain.

Solat Sunat Dhuha, dilakukan selepas terbitnya matahari (28 minit selepas syuruk) dan boleh dilakukan 10 minit sebelum masuknya waktu zohor. Seeloknya dilakukan ketika matahari tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9:30 pagi.

Nota:Anda boleh merujuk buku panduan solat sunat Dhuha untuk mengetahui cara-cara solat Dhuha.

Melakukan solat Dhuha memang banyak kelebihannya, namun kita perlu niat ikhlas dilakukan untuk mendapat redha dan kasih-sayang dari Allah s.w.t. Janganlah kita lakukan kerana ingin mengharapkan rezeki yang banyak tetapi satu-satunya usaha tambahan kita untuk mendekatkan/mengabdikan diri pada Allah.

Di antara kebaikan Dhuha adalah:

  1. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  2. Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
  3. Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
Ini saje secara ringkas saya terangkan tentang solat sunat Dhuha.
Semoga kita sentiasa istiqmah dalam melakukan solat-solat sunat. Cubalah lakukan solat sunat Dhuha dan rasaikan nikmatnya Dhuha. :)

Semoga bermanfaat. Wassalam.


Saya adalah pengedar Shaklee yang sah, jika berminat untuk membeli supplement Shaklee, boleh rujuk maklumat di bawah:
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, March 9, 2014

Info tentang Shaklee ESP, sumber protein non-gmo

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang kandungan/pengambilan protien. Mengapa pengambilan protein sangat bagus?  Pengambilan protein boleh membantu dalam menghasilkan sel baru yang mana sel lama/sel mati akan disingkirkan.

Nak tahu apa kebaikan protein?

Protein sangat penting dalam diet kita. Dalam pemakanan, protein boleh didapati dari ikan, ayam, daging, kekacang dan sebagainya. Namun, protein amat mudah musnah jika diproses dalam keadaan suhu yang tinggi. Ia boleh menyebabkan tubuh badan kita hanya menyerap saki baki protein sahaja.
Rugi kan?

Untuk pengetahuan anda, dalam badan kita ni terdiri daripada sel-sel. Sel ini pula akan membentuk tisu dan dari tisu ini pula akan membentuk organ. Kemudian, dari organ ini pula akan membentuk sistem dalam tubuh badan kita. Justeru itu, pentingnya protein dalam tubuh kita kerana ia merupakan makanan kepada sel badan kita.

Ok, saya nak tanya lagi. Penting ke protein ni?

Sudah saya ceritakan tadi, protein penting untuk pembentukan sel baru. Sekarang semua sudah maklum, begitu banyak penyakit2 yang datang dan salah satu penyebabnya adalah kerana terkumpulnya sel2 yang lemah dan kurang sihat. Dan itulah sebabnya pentingnya protein untuk diet seharian kita. Protein adalah untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi, dan neurotransmiter. Dan ketahuilah, 25% daripada badan kita adalah protein. Protein membantu membentuk kuku, rambut, kulit, dan otot2.

Dan ketahuilah juga, Shaklee merupakan syarikat pertama yang menghasilkan supplement protein berasaskan soya. Pengasingan soya pertama dihasilkan oleh Dr. Forest C.Shaklee pada tahun 1970-an. Selang beberapa tahun, beberapa ujian klinikal telah diadakan membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina sistem tubuh untuk jangkamasa panjang.


Shaklee Energizing Protein (ESP) merupakan makanan utama dalam program diet seharian. Ia merupakan sumber lengkap protein secara biologi yg bermutu tinggi hasil dari sumber kacang soya. Ia bagus utk memberi tenaga yang tinggi dan dapat membaikpulih sel2 dan tisu2 yang rosak.

Untuk pengetahuan semua, ESP mengandungi 14 gm protein soya semulajadi yang baik pada anda dan boleh dihidangkan dengan pelbagai cara. Ia diproses dengan air (bkn bahan kimia) untuk mengekalkan suber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Protein soya juga tidak mengandungi kolestrol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-amino yang diperlukan oleh badan dan mengekalkan tisu2 yang sihat, termasuk asid amino penting yang tidak dapat dihasilan oleh tubuh dengan sendirinya. Protein soya juga merupakan sumber2 kalsium dan zat besi yang baik. Ia juga tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Suka utk saya tekankan di sini bahawa, Shaklee ESP tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism). Ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini akan memastikan soya yang digunakan dipantau dengan kemas.

Apabila kurangnye Protien, apa risikonye?

1) Anemia ( kurang darah beku atau kurang oksigen dlm bdn.
2) Kidney disese (penyakit buah pinggang)
3) Liver (Penyakit hati)
4) High Cholestrol ( kolestrol tinggi)
5) Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6) Low blood sugar (kandungan guna darah rendah)
7) Nerve instability (Fungi saraf tk stabil)
8) Peptic ulcer (Ulser perut + Usus)
9) Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10) Poor blood circulation (Pengaliran darah tdak lancar)
11) Poor vision ( penglihatan kabur)
12) Irritability (Badan menggeletar)
13) Farigue (Letih lesu)
14) weaknesses (Lemah)
15) Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16) Prolonged period of time material retardatation (terencat akak)
17) Lack of resistance to infection (ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP:
- Membantu membina dan perbaiki tisu2 badan.
- Baik untuk pembentukan janin
- Membantu menambah susu dada
- Sihatkan jantung
- Mengandungi Kalsium
- Kandungan fitoestrogen utk kesihatan prostat, payudara dan monopous
- Index glisemik yg rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dlm darah.

Siapakah yang layak utk minum ESP?
- Pelajar atau pekerja atau individu
- Dewasa : Sebagai energy booster (minum pg2 akan rasa lebih tenaga dan tk rasa lapar. Bagus untuk org yg ingin diet.
- Lelaki : Melindungi dari any disease (heart, cancel, etc)
- Well -grown-fetus : Less late pregnancy  discomfort
- Wanita - Keanjalan kulit (ton warna jd sekata dan bekas jerawat yang berwarna hitam boleh hilang).

 
PROMOSI MAC 2014, ESP Buy 6 Free 1.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi

Tips Kusyuk dalam Solat

Assalamualaikum..

Berbalik kepada bahagian agama, saya ingin highlightkan mengenai kusyuk dalam solat. Saya pun sedang berusaha memperbaiki mutu solat saya. Ye, jika solat tak kusyuk, kita seperti tidak solat dengan sempurna.

Jadi, bagaimana untuk kusyuk dalam solat?

Ringkasan yang saya rasa boleh menjadi panduan atau nasihat, berdasarkan pembacaan saya di buku2 yang saya beli, berikut adalah nasihat2 yang boleh anda cuba untuk kusyuk dalam solat:

1) Bermulanya dengan mengambil wuduk, ketika mengambil wuduk, masa tu kita perlu kusyuk, bermula dgn niat semestinya lah kan sbb tu rukun wuduk, mmg wajib dan kemudian dinasihatkan ketika kita membasuh tangan kita berdoa Ya Allah, jauhilah tanganku dari melalukan perbuatan yang Engkau larang dan ampunilah dosa2 yang lahir dari tgn ini, seterusnyalah setiap anggota yang kita wuduk. Doakan dan pohon keampunan.

2) Ketika menuju ke arah tempat solat, perbanyakkan zikrullah

3) Sebelum niat dan angkat takbir, iqamah terlebih dahulu. Kemudian, baca doa slps iqamah.

4) Mulakan niat dengan Bismillah dan teruskan niat solat.

5) Faham setiap bacaan-bacaan dalam solat. Anda boleh rujuk buku makna solat.

6) Fokus ketika solat seolah2 Allah sedang melihat anda.

Itulah sedikit sebanyak nasihat2 yg saya boleh share setakat ni. Saya ada beli satu buku yg mempunyai 99 nasihat utk kusyuk dalam solat. Nanti, saya akan tambah lagi info2 yang berguna utk anda. Nasihat2 ini mungkin berbeza atas setiap individu, krn mungkin ada yg sudah buat tapi masih tidak kusyuk dan dgn itu, dia perlu mencari nasihat2 yang lain yang mungkin boleh membantu dia utk kusyuk dalam solat. Semoga bermanfaat. :)


Saya adalah pegedar sah Shaklee, jika ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA, sila hubungi saya segera seperti di bawah,
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...