Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

ATASI ANAK TANTRUM DENGAN 5 TEKNIK YANG BERKESAN.

Assalamualaikum..

ATASI ANAK TANTRUM DENGAN 5 TEKNIK YANG BERKESAN.


Bukan mudah untuk mengadap kerenah anak-anak terutama ketika anak menjejak usia 2 tahun. Ketika ini mereka baru sahaja biasakan diri makan dan minum sendiri dan baru tahu bertutur serta faham beberapa patah perkataan sahaja. Ada juga yang langsung tak faham apa mesej yang ibu atau bapa ingin sampaikan.

Berdasarkan pengalaman MamaZie, anak mudah tantrum ni kerana mereka tidak pandai untuk memberitahu apa sebenarnya kehendak mereka. Bila ibunya tidak faham apa yang dimintanya maka mudahlah mereka mengamuk dan meronta² inginkan perhatian.

MamaZie rasa, ibu² atau bapa² di luar sana ada alami anak tantrum.

Ok, di sini MamaZie ingin kongsikan teknik berkesan untuk mengatasi anak tantrum.

1) Biarkan Anak Bertenang

Biasanya apabila anak menangis dan mengamuk dan MamaZie tak faham mereka nak apa, MamaZie akan biarkan saje mereka melayan emosi mereka sehinggalah mereka rasa puas. Macam orang dewasa juga kan, ada sesetengah yang boleh hilangkan stress dengan menangis sepuas²nya.Tapi bukan mengamuk pula ye.Hehe.

2) Cuba Alih Perhatian Anak

Kendalikan tantrum si comel dengan mencari apa minatnya. Katakan dia suka bermain pick-a-boo, atau baba cak! atau main sorok² ,menyanyi ataupun menari. Lakukan saje dan pasti dia tidak tantrum lagi. Ataupun yang jenis suka digeletek. Pasti mereka tiba² terbahak² ketawa.😂

3) Jangan Berkasar

Cuba kawal emosi kita sebagai orang dewasa untuk tidak memarahi mereka. Ini memang sesuatu yang agak kental yang pernah MamaZie lakukan pada mulanya. Namun,setelah MamaZie praktikkan,ia memberikan kesan yang positif kepada si kecil dan juga diri MamaZie sendiri. Secara tak langsung kita pun tenang dan gembira.

Bukan apa, bila kita marah dan ikut emosi raksasa kita, anak makin memberontak dan seolah² apa yang kita tonjolkan itu memantul semula kpd mereka. Bukankah kita ibu bapa ini cerminan buat mereka. Copy & Paste.😆

4) Banyakkan Bersabar

Ye, setiap ibubapa memang perlu sabar dan kental dalam mendidik anak². Banyakkan ingat Allah dan ketahuilah, semua yang kita dapat itu adalah untuk menguji setiap inci keimanan kita dan juga ingin memberi satu ilmu untuk kita menjadi ibubapa yang kreatif dalam menangani emosi si kecil.

5) Berilah Pujian & Ciuman Apabila Tantrumnya Sudah Reda

Teknik terakhir yang MamaZie ingin anda semua buat adalah berikan kata² pujian kepada si comel.

"Wah, bagusnya Iffah pandai baca buku."

"Wah, pandainya Humaira nyanyi, cuba nyanyi sekali lagi,mama nak dengar."

Paling tidak, ciumlah dan peluklah mereka dan katakan, "Mama sayang Solihin".😍

Itulah sedikit sebanyak teknik yang dapat MamaZie kongsikan jika kita mengalami anak tantrum.

Jika anda ada teknik lain yang ingin dikongsikan, marilah kita kongsi sama².

Moga bermanfaat. 😘😘😘


MamaZie 😍

Elseeboomers * Elsee_Prenatal Seller


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Mamazie…

Tuesday, June 10, 2014

Mengidam buah nona dah 3 bulan

Assalamualaikum...
Tadi suami balik dari pasar mlm...tgk2 atas meja makan ada buah nona besar...alhamdulillah syukur...akhirnya jumpa juga buah nona kt pasar mlm...saya mmg tk sebut dah pun kt suami utk dptkan buah nona sbb 3 bln lpa cari merata tk jumpa...tup2 dpt dah mlm ni...alhamdulillah...cayang abg ucuk...
Tapi masih belum masak..nk kena peram dulu...tokei buah ckp elok peram dlm tong beras...hehe..apa lg dah pun dimasukkan ke dlm tong beras.Dah siap timing lg tkt tk igt plaks..ye ke tk igt..tktnye skit2 bukak tong tu...hahahah..sebijik je pun...rm17 tuh harga...mahal betoi..kena semai dah bijik dia lps nih..susah bebenor nk dpt aih..
Sabo ye baby...nnti kita mkn sama2 okeh...hihi... 

Posted via Blogaway

Monday, April 21, 2014

Hamil lagi setelah mengalami keguguran

Assalamualaikum..

Akhir tahun lepas, saya telah mengalami keguguran kerana janin tidak membesar. Itupun saya ketahui kerana kebetulan saya nak scan perut saya. Bukan kerana saya mengalami tumpah darah. Menurut doktor, kandungan saya tidak membesar. Jika ia besar pun, mungkin bayi tidak sempurna. Doktor kata, ni semua hikmah buat kamu. Tak perlulah sedih. Saya terima semua tu. Harap ada la rezeki lagi.

Alhamdulillah setelah 3 bulan rehat, saya hamil semula. Alhamdulillah, usia kehamilan saya sudah menjangkau 19 minggu. Ikutkan dari advised by doctor, saya boleh hamil lagi selepas 3 bulan. Tepat tul timing tuh..hahahah..oppss!!!

Ha, sblm tu nak share juga masa berpantang masa keguguran, saya ambik set selepas keguguran untuk pulihkan dan kembalikan semula kesihatan rahim yang baik supaya rahim saya bersedia untuk kehamilan seterusnya. Kehamilan yang kelima ni pula saya dapat rasakan kemusykilan tentang tahap kehamilan ni. Adakah janin yang saya kandung ni akan membesar seperti kehamilan normal sebelum ni? Adakah saya akan alami keguguran lagi? Macam2 kata2 negatif datang dalam fikiran saya.

Namun, saya tidak boleh terus-terusan memikirkan perkara2 negatif kerana itu memanglah tidak elok buat diri saya. Saya akan buat scan (ultra-sound) pada kehamilan 1st trimester supaya saya dapat lihat perkembangan bayi saya. Kali pertama scan alhamdulillah, rahim saya kelihatan cantik dan tiada apa2 masalah. Kali kedua scan, tengah bulan 4 ni, alhamdulillah, dalam usia kehamilan 18 minggu, hasil scan ultra-sound adalah positif. Bayi sudah kelihatan sempurna, ada tangan, kaki, dan jantungnya berdegup kencang. Ahh...tak dapat ceritakan bagaimana rasanya perasaan saya ketika itu. Kerana sebenarnya saya masih lagi fobia ketika dulu saya scan hanya nmpak ketulan daging sahaja pada usia 3 bulan kandungan ketika itu. Syukur tak terkira, gembiranya saya dan keyakinan saya semakin bertambah.

Ihsan google:Sekadar hiasan

Semangat saya semakin kuat dan hari ni saya sudah dapat rasakan tendangan bayi dalam kandungan ni. Sebelum scan tak rasa apa2, memang membuatkan saya tertanya2 dan takut. Sekarang saya sudah agak lega. Namun, saya masih perlu menjaga kesihatan dan segalanya untuk memastikan bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna. Ya Allah, Ya Rabb, hanya kepadaMu lah aku bergantung dan kebergantungan itu hanya kepadaMU Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Saya memang harapkan bayi ini dapat dilahirkan dengan sempurna. Ameen.

Sekarang saya ambil set 1st Trimester Shaklee iaitu Vit C, B Complex dan Ostematrix. Vitalea sepatutnya saya kena ambil tapi saya nk habiskan vitamin yang klinik bagi dulu. Skrang Hemoglobin saya nak kena monitor betul2 sebab baru2 ni turun sikit. Saya makan vitamin jarang2 la tu..huhu...tak mengaku depan nurse yang merawat ketika itu. Sbb takut kena bebelan dia..hahahha..

Ok la..tu je la nak share ngan kawan2..kalau ada nak share kat sini, silalah share kat bahagian komen. Mana tau kot ada juga yang saya boleh bantu dari segi pengalaman.

Nak cuba Shaklee??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, April 4, 2014

Sticky Post: PROMOSI APRIL 2014 - Ostematrix Buy 6 free 1!!!

Assalamualaikum..

WOW!!!!
 
OSTEMATRIX, BUY 6 FREE 1




Apakah kelebihan Ostematrix???
 

Ya, Ostematrix sangat2 sesuai bagi mereka yang memerlukan kalsium. Tapi kelebihan Ostematrix ini bukan sekadar mengandungi kalsium malah mempunyai magnesium, Vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink.

Testimonial dari saya sendiri, memang saya makan ostematrix sebab selalu sakit pinggang dan lenguh2 badan. Selain dari itu, saya juga selalu sembelit. Dua masalah saya ini selesai dengan mengamalkan Ostematrix dari Shaklee. Sakit pinggang saya hilang dan masalah sembelit juga tiada lagi. Ostematrix betul-betul melawaskan pembuangan. Tiada lagi sembelit. :)

Ostematrix sesuai untuk wanita, lelaki dan wanita mengandung. Pilnya juga mudah ditelan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tiada masalah untuk dimakan.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, March 30, 2014

Sticky Post MAC 2014: Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum..


PROMOSI Shaklee bln Mac 2014!!!

 

WOW!!!.. ini sudah bagus. ESP promosi sekarang. Macam2 kebaikan ESP ni..
 
  • Nak Kurus?
  • Nak banyakkan susu?
  • Nak Hamil?
  • Nak cantik, gebu, mulus seluruh badan? pejal itu ini? Oppss...
  • Nak bertenaga, sihat dan ceria?
  • Nak ganti puasa? perlukan tenaga yang mantap..mmg the best kalau ambik ESP.
Perkara dia atas adalah kebaikan ESP.. akan saya huraikan satu persatu mengenai ESP selepas ini..tunggu post saya seterusnya. ;)

Anda boleh klik link2 berkait di bawah untuk mengetahui mengenai ESP yang pernah saya postkan sebelum ni dalam blog ni.


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Thursday, June 6, 2013

Babyku di minggu ke 6..

Assalamualaikum..

Walaupun dah masuk anak keempat, keterujaan untuk melihat bagaimana rupa baby ketika di umur 6 minggu mmg ada. Senang aje..google je bentuk janin tu macamana di usia ni. hehe...Saya mmg tk prefer scan di awal kehamilan, tak elok dan tak digalakkan sgt.

Saiznya sebesar buah beri dan tk sampai satu inci. Masa ni tak boleh makan makanan yang tajam2. Tajam2 seperti air tebu, air kelapa, nenas, air coke. Sbb kandungan masih awal lagi. Jadi, berhati2lah ye jika anda pun sedang hamil. Kalau dah 5 bulan ke atas, in sha Allah dah boleh mkn dah makanan yang saya sebutkan td.


Ok. Itu saje..jumpa lagi.


Salam sayang dari Nozi…

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...