Monday, May 21, 2012

GLA Shaklee untuk mereka yang ada penyakit kulit atau Eczema!

Assalamualaikum...

Ramai saya temui mempunyai penyakit kulit...kulit berkeruping dan gatal...merah2...merekah...pedih sekali tatkala terkena air...huh,hanya Tuhan sahaja yang tahu...

GLA Shaklee insyaAllah boleh mengatasi masalah di atas..

Sedikit info tentang GLA Complex:



Mengandungi Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangani ekzema
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
 
* Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
 
- Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
 

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…


Tips jika baby terkena selsema..Vitamin C!

Assalamualaikum..

Saya ada satu tips buat ibu2 yang menyusukan baby dan baby ada terkena atau terjangkit selsema..biasanya baby mudah dijangkitan selsema jika tinggal di taska atau berjangkit dengan kita sbg ibu bapa yang selalu aje menciumnya...

Mudah saje tips ni, ibu2 yang menyusu, sila makan Vitamin C dua tablet skali makan. Patahkan vitamin C itu tadi menjadi dua...so, ada 4 kerat la jadinya....Then, apa lagi ibu2 kenalah telan elok2 ye..hehe...insyaAllah, mujarab...Amalkan...Ini kerana, susu ibu yang baby minum itu mengandungi zat vitamin C yg mengalir kepada susu..Sememangnya, apa yang kita makan, segala zat yang kita dapat daripada makanan, akan terus mengalir kepada susu kita....Itu pasal org tua2 kata, jangan makan junk food...Opps!!! tadi kat opis ada sikit langgar pantang..makan junk food sbb terliur sgt tgk kawan opis makan..sikit je...huhu....


Ihsan Google

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, May 20, 2012

Bubur Penyet buat babyku..



Assalam..

Ni lah setiap hari preparation bubur nasik penyet buat zahra...Zahra dah masuk 10 bln dan saya biasakan dia dgn ikan..ayam..Skrang saya tumis bawang buat sup ikan atau ayam..letak carrot dan sawi atau bokoli yang dicincang halus..Zahra mmg suka..

Satu minggu seterusnya saya buat mehun sup pula..suka sgt dia makan sbb makanan baru buat dia..hehe

Lps ni saya akan cuba pelbagaikan lg..Dia pun makin aktif dan perlu makanan yg cukup utk keperluan tubuhnya..

Go..go..baby Zahra..keep growing my dear!!!


Bagus betul servis Shaklee


Assalam..

Just nak share cara Shaklee berurusan dgn dealer mcm saya..Saya ni masih baru lagi la join Shaklee..saje sambil ambil Shaklee utk diri sendiri dan share pengalaman ngan org..Untuk dpt harga murah saya join trus Shaklee..Org kata..sambil menyelam minum air..sambil guna wat la jual skali..tak susah pun..guna blog je..dan kwn2 serta saudara mara..

Eh, lari tajuk lak..actually nk crita psl smlm..org Shaklee call..Ida namanya..Saya mmg hantar order dan buat payment ngan dia...Yg sy nk crita ni dia siap call saya follow up brg saya dah sampai ke belum...Ni first time sy deal ngan supplier yg follow up ngan kita...supplier okay..hehe..

I give u 5 stars Ida...inilah dipanggil Customer Service Excellent!..Saya pun akan jdkan ini sbg contoh..

Sekian.

Salam sayang dari Nozi...

Thursday, May 17, 2012

Testimonial Shaklee - OsteoMatrix

Assalamualaikum..

Saya selalu sakit2 pinggang dan terasa sengal2 tulang. Mungkin juga saya ni dah ada 3 anak dan sekarang menyusu pulak tu. Saya pulak jarang minum susu segar. Untuk memastikan kandungan zat dalam badan mengikut sukatan yang betul, saya decide untuk ambil supplement lagi utk itu.

OsteMatrix adalah dicadangkan untuk saya. Sedikit info tentang OsteMatrix:

OsteMatrix membekalkan nitrien2 harian termasuk kalsium yg dapat membantu dlm pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dlm memelihara kesihatan yang baik. Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tidak ada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ok berbalik semula tentang pengalaman saya menggunakan OsteMatrix, Alhamdulillah ada kesan positif. Saya dah kurang rasa sakit tulang belakang dan rasa sengal2 tulang pun makin berkurang. Syukur dengan izinNya.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Salam sayang dari Nozi…

Monday, May 14, 2012

Testimonial Meal Shakes dan Omega Guard dari anak saya..

Assalamualaikum..


Hari ni saya amat gembira kerana ingin berkongsi hasil Meal Shakes dan Omega Guard pada anak Sulong saya Sofia. Sedikit info psl anak saya Sofia. Dia berumur 8 tahun. Seorang yang aktif tapi kurang makan. Dia juga mempunyai penyakit ketuat di jari. Dah setahun lebih rasanya ketuat makin byk di jari dia dan membuatkannya rasa tidak selesa. Macam2 ubat sudah diguna tetapi tiada kesan. Saya terfikir Shaklee ada supplement yang boleh dicuba utknya.

Alhamdulillah, Sofia gemar minum Meal Shakes yang dicampuri dengan Fresh Milk. Begitu juga Omega Guard. Dia memang gemar makan minyak ikan bercapsul softgel. Kesannya, dia sekarang memang selera makan. Makan byk mcm saya.hehe.. Lps tu yang paling saya tak sangka, ketuat dia hilang 99.9%. Tinggal satu biji je lagi daripada 6 biji ketuat. Syukur Ya Allah, kerana semua ni atas izinMu. Mujarab Shaklee atas izinMu. Mmg saya tak ada letak apa2 ubat dan saya tahu itu adalah kesan Shaklee. Sofia pun ceria aje slps lihat jarinya dah tkde ketuat yang juga menjadi ejekan kawan2nya.


 

Itu sahaja yang saya nk kongsikan di sini, iaitu kegembiraan saya tetang masalah penyakit kulit anak saya…Alhamdulillah..


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…



Wednesday, May 2, 2012


Assalamualaikum..

Ihsan Google


Hari ni saya begitu sayu. Malam tadi pun tak brapa lena nak tidur. Zahra pun seakan boleh rasai bahawa esok dia akan dijaga pengasuh lain. Dia asik menangis ketika sedang lena tidur. Sekejap2 terjaga.

Hari ni kiranya dalam sejarah hidup saya kerana pertama kali menghantar baby ke taska. Jika diimbas kembali, anak Sulong dulunya dijaga oleh adik ipar saya. Setelah adik ipar berkahwin, saya hantar tadika masa 4 tahun sehinggalah sekarang dah berumur 8thn. Anak kedua pula selepas habis pantang dan mula bertugas, saya tinggal kpd pengasuh tempatan, berdekatan dengan rumah saya. Tapi hanya bertahan sebulan. Kemudian, Kakak Ipar saya sanggup jaga sementara saya mencari bibik (pembantu Indon) buat anak kedua saya. Anak kedua agak cerewet kerana selalu sangat menangis dan selalu ingin didukung.

Setelah dapat bibik dan bertahan selama 3 tahun, anak kedua saya terus ke tadika. Dan ini, anak ketiga pula, pengasuh dia adalah kakak Ipar yang dulu pernah menjaga anak kedua. Akan tetapi, saya dengan berat hati rela hati mencari alternatif lain utk penjagaan Zahra kerana Kakak Ipar ingin membuka perniagaan kecil-kecilan. Ini adalah pilihan saya sendiri bukannya Kakak Ipar yang ingin berhenti menjaga Zahra.

Setelah ditimbang tara dan dicari seberapa banyak yang mungkin bakal2 pengasuh baru Zahra, akhirnya saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke taska. Taska tu dekat dengan tempat tinggal saya. Seorang pengasuh akan jaga 3 bayi. Tetapi disebabkan taska baru dibuka utk jagaan bayi, pengasuh hanya ada seorang untuk 3 org bayi termasuklah Zahra.

Pagi tadi, setelah menghantar kedua2 kakaknya, Zahra saya hantar paling last ke taska kerana takut dia menangis dan sempatlah saya untuk menunggunya sebelum ke tempat kerja. Alhamdulillah syukur, Zahra tak menangis dengan pengasuh baru. Pengasuh pula lemah-lembut orangnya dan dia pun dah dilatih melalui kursus khas untuk asuhan kanak2. Saya pula yang tiba2 setelah melihatnya dari jauh ketika hendak ke tempat kerja. Sayu rasa di hati kerana inilah kali pertamanya saya menghantar anak ke taska. Taska ni saya suka kerana kebersihan terjaga dan pengasuhnya dari first impression saya nampaknya baik dan pandai menjaga bayi. Pengasuh tu pula dah ada anak umur 3 tahun. Ada juga skali di situ.

Hanya doa diiringi ketika bergerak ke tempat kerja. “Ya Allah, lindungilah anak-anakku di bawah jagaan orang lain. Elakkan mereka dari mara bahaya.” Itulah doa yang selalu ku pinta dari Allah untuk keselamatan anak2. Sekarang saya mohon perlindungan Allah segalanya. Saya sudah berusaha sedaya yg mungkin untuk mendapatkan tempat tinggal yang terbaik utk anak2 saya ketika saya bekerja. Syukur Ya Rabb kerana Engkau telah permudahkan urusanku.

Tapi tadi mmg barang Zahra banyak betul la sebab hari pertama. Bubur sempat saya siapkan jam 5 pagi tadi, untuk makan tengah hari dan petang. Saya dah pesan siap2 pada pengasuh. Susu EBM pun dah tersedia utk dipanaskan apabila diperlukan nanti. Dan susu soya serta nestum ada juga saya standby kalau2 susu dia masam atau tak cukup atau bubur nasi dia basi atau tak cukup. Tilam kecik dan bantal Zahra saya bawa skali utk pastikan dia lebih selesa. Memang taska sudah sediakan tetapi saya rasa saya perlu sediakan juga mana yang terbaik buatnya.

Hmm..tak sabarnya mama nak pegi jenguk Zahra waktu lunch nanti. Fikiran mama ni asik terbayang2 wajah Zahra yang sayu redup tepinga2 di tempat baru.. Sabarlah sayang…belajarlah dugaan hidup ini dari kecil. Umurmu 9 bulan di taska memang mencabar diri mama jua..Namun, Mama akan cuba lakukan yang terbaik buat Zahra dan anak2 mama yang lain. Mama sayang kamu semua.

Arghh!! Di saat ini, dugaan macam ni terasa ingin menghabiskan masa 24 jam dengan anak2 dari hanya 16 jam sahaja. Smua ibu2 akan terasa begitu kan?

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...