Tuesday, August 5, 2014

Resepi Bun Roti Boy sedap!

Assalamualaikum..

Smlm saya ada cuba resepi bun roti boy. Alhamdulillah..sedap dan sebijik rasa mcm roti boy. Bg saya dah tkde kekurangan dah. 

Berikut resepinya..

Bahan-bahan (17 biji bun)

i) Filling

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar


ii) Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum


iii) Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega


Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.


Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.

Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

Masukkan telur dan air/susu segar.

Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.

Nota: Saya skip perkara-perkara di atas utk doh krn saya guna breadmaker. Saya letak semua bahan dan tekan fungsi doh. Bread maker tu uli sampai siap.

(Saya tumbuk2 sedikit doh untuk keluarkan angin dan uli guna tangan selama 3 minit). Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan biarkan selama 10 min.) Nak tutup dgn plastik wrap pun boleh tp saya just biarkan mcm tu je.


Leperkan dough di atas tapak tgn dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.

Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.

Rehatkan selama 45 min di tempat panas (saya biar sahaja atas meja).

Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.

Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Selamat mencuba!!

*********************
Mencari supplement Shaklee? Saya dealer Shaklee.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...