Friday, August 2, 2013

Jika itu takdir olehNya

Assalamualaikum..

Setelah sekian lamanya saya tak berblogging..terasa spt ada sesuatu yg tak lengkap.
Apa khabar semua? Di bulan yg mulia penuh rahmat dan barakah ni eloklah kiranya kita dapat memanfaatkan masa kita dgn sebaiknya..Ramadhan ini belum tentu kita akan temui lagi pada tahun2 seterusnya. Akan tetapi, berdoalah semoga kita dpt bertemu Ramadhan pd tahun2 hadapan,amin..

"Apa yg kita buat, itulah yg kita dapat.."

Inilah secara ringkasnya yg Allah selalu ajarkan kita di dalam kitab suci AlQuran..byk diwahyukan di dlm surah2 dalam AlQuran...semoga kita dpt renungkan sejenak setakat mana perbuatan baik yg kita telah buat...sedikit muhasabah ringkas dari saya yg kerdil ini. :)

Tajuk di atas tadi sebenarnya saya ingin kongsikan tentang apa yg berlaku pada diri saya pd tanggal 3 Julai 2013...Satu peristiwa yg sgt menguji iman saya utk lebih mempraktikkan kesabaran dan keredhaan pd ketentuan Ilahi..Pada ketika itu saya sedang hamil 11minggu dan nk pegi scan baby. Saya dah jumpa doktor kat klinik gov masa buat buku merah tapi doktor tak scan lg.Doktor just bagitahu kalau saya nk scan di klinik swasta boleh aje dan nanti kepilkan scan copy kat buku merah utk rujukan dia. Saya pun tak banyak tanya dan terus balik. 

Tanggal 2 Julai 2013 pg-ke klinik swasta A utk buat ultrasound. Masa scan tu janin tak brapa jelas. Cuba chk jantung pun takde kedengaran. Saya dah rasa lain mcm dah dan cuba coolkan diri. Doktor scan lg dan nampak mcm ada ketulan di rahim. Doktor suspek yg janin tak berkembang dan dah tiada masa 7minggu anggarannya. Saya mcm masih tak percaya sbb masa test urin masih menunjukkan yg saya hamil. Saya just mintak doktor buat referal letter utk ke hospital pakar dan mmg itu yg doktor nak buat utk kesahihan apa yg dia jangkakan. Saya pun masa tu mmg nk sebak tp tahan je sbb saya fikir ini adalah ketentuan Ilahi mungkin yg terbaik utk hambaNya.

Selepas jumpa doktor, saya terus call husband tp tak berangkat. Dia tengah sibuk bekerja kot saya fikir. Saya pun drive kereta balik rumah dan cuba call husband lg..barulah dia angkat dan saya terus sampaikan berita sedih ni..sebak mula dtg ketika itu dan husband saya cuba tenangkan saya. Pada hari tu saya tak terus pegi ke hospital sbb husband tk dpt kluar dari tempat kerja kerana dan keadaan saya tk kritikal sbb tiada pendarahan pun. Doktor pun cakap, dala seminggu boleh bertahan lagi. Saya buat keputusan utk chk lg skali di klinik lg satu yg doktornya agak pakar dlm bidang perbidanan ni. 

Tanggal 2 Julai 2013 ptg-ke klinik swasta B utk 2nd time untrasound. Mmg sah sama resultnya..saya sebenarnya mengalami missed abortion iaitu keguguran.Mmg ada yg jenis tkde bleeding. Saya perlu buat Dnc iaitu mencuci rahim. Doktor ni pun ckp ni tak kritikal lagi..10 hari baru pegi buat Dnc pun boleh lagi. Tapi saya fikir, tak perlulah tangguh lagi..Perasaan sedih datang kembali tapi saya cepat2 ingat Allah buat smua ni terbaik utk saya. Doktor pun ckp bahawa saya dah beruntung krn telah dikurniakan 3 org anakKes ni pun terjadi agak awal iaitu ketika janin masih kecil dan tidaklah bahaya. Cuma saya perlu cuci utk elakkan jangkitan kuman pula.

Tanggal 3 Julai 2013pg-Saya dan husband ke Hospital pakar di kuantan. Scan lagi skali dan confirm kena lakukan Dnc jam 3ptg sbb saya kena stop mkn selama 6 jam sblm buat Dnc. Jam 530 baru boleh start sbb doktor pula ada kes emergency sbb ada org nk bersalin secara pembedahan. Masa ni saya cuma fikirkan ia selamat dan saya kembali pulih aje..mengenai kehilangan zuriat saya terima dgn redha...Utk kes saya ni saya ada dua pilihan samada tunggu janin keluar secara semulajadi tp dlm tempoh seminggu atau terus cuci saje.Saya pilih cuci sbb saya fikir dia dah takde dan saya tak perlu ulang alik krn hospital ni agak jauh dari kediaman saya..makan masa 2jam juga perjalanan...

Proses Dnc tidak lama dalam 45min lebih kurang. Saya kena bius satu badan dan tak rasa sakit sedikit pun, Alhamdulillah, dgn izin Allah. Saya sedar sebaik saje saya dah ada di luar bilik operasi. Tapi ketika tu saya rasa tak boleh bgn mungkin krn kesan ubat bius masih ada. Dalam 15min saya baring. Saya boleh balik ke rumah pd hari yg sama tapi badan agak lemah mungkin dah 8jam tak mkn dan minum. Nurse pelawa air kosong dan saya minum guna picagari. Kemudian husband saya masuk dan tanya keadaan saya. Saya nak cuba bangun krn saya mmg taknak warded. Saya sedang tinggalkan anak2 di rumah dgn neneknya dan yg paling kecik pula 2thn saya tinggal di rumah abg saya. Kakak ipar yg jaga krn dia sedang demam. Fikirkan anak2 rasa nk cuba bangun. Suami angkat bdn saya dan saya terasa mual agaknya angin dlm bdn psl tak mkn. Saya muntah dan saya rasa kuat sedikit, baru boleh buka mata dan rasa boleh berdiri. Saya berjaya discharge hari yg sama jugak jam 7ptg, Alhamdulillah..
 
Itulah kisah saya yg merupakan pengalaman pertama dlm hidup..Saya perlu kuat utk suami dan anak2. Itulah yg saya fikirkan pd masa tu. Semua ini saya anggap takdir dan diharap takdir ini adalah yang terbaik untuk saya...amin..

Salam sayang dari Nozi…
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...