Assalamualaikum..
Inilah impian menggunung saya. Selain berjaya dalam kerjaya dan bisnes, yang paling saya utamakan adalah dalam memastikan anak2 saya terdidik dengan didikan agama dan berjaya dunia & akhirat. ameen...
Semakin banyak bacaan pengalaman2 org mendidik anak, semakin bersemangat untuk saya teruskan perjuangan. Ye, anak adalah anugerah terindah amanah Ilahi buat kita. Jadi, amat perlu sekali untuk kita aturkan perjalanan pendidikan mereka terutama sekali dalam memastikan mereka mendapat didikan agama dan akademik lain yg sama rata.
Sekarang, saya kena setkan dalam fikiran bahawa, tidak ada istilah tiada masa nak ajar anak2. Bila diteliti semula, masa tu begitu banyak untuk mereka. Dan kita tak perlu pun spend 100% sehari untuk anak shj. Mereka hanya perlukan beberapa minit sahaja masa yang berkualiti bersama kita sebagai mak bapak mereka.
Mendidik anak2 untuk taat solat dan rajin mengaji. Itulah yang bermain2 di fikiran saya tika ini. Selagi kedua-dua perkara ni tak betul2 melekat dan tersemat dalam sanubari mereka, saya takkan senang duduk. Saya akan fikirkan cara yang paling ideal utk menghadapinya.
Suka untuk saya highlight di sini, jgn terlalu terburu2 dan terlalu banyak nak capai itu ini dalam satu masa. Buat sikit2..lama2 jadi bukit inshaAllah. Jadi pertamanya saya mulakan dengan mengajak anak2 solat. Memang agak liat tika ini. Dan saya perlu usahakan banyakkan berdoa, mengajak mereka beberapa kali dan buat solat malam. Tiga benda ni saya kena selalu buat. Orang kata, anak2 ni ujian utk kita. Kitalah yang kena fikir cara yang terbaik utk atasinya. Salah satunya adalah diri kita sendiri. Kita kena betulkan diri kita. Bagi saya, saya kena betulkan amal ibadah saya, solat saya, perkara2 sunat yang paling penting untuk diamalkan dan sebagainya.
Lagi satu perkara adalah mengaji. Sekarang saya hantar anak2 pegi sekolah agama waktu petang slps balik dari sekolah biasa pagi. Agak penat juga kalo diikutkan tapi mereka pun boring juga duduk terperuk di rumah. Belajar ni pun bukannya penat sebenarnya jika mereka faham kenapa mereka perlu belajar. Dan carilah keseronokan belajar. Sekarang, anak2 rasa seronok bila mengaji di sekolah. Agaknya pasal peranan gurunya juga. Guru pandai ambik hati. Selalu bagi dorongan pada dia. Rasa nak tamat cepat2 mengaji. Alhamdulillah. Anak saya yang berumur 10thn dah mengaji Quran dan yang 7 tahun baca Iqra' 4. Yang 7 tahun ni actually dah mengenal dah. Dah boleh baca surah2 pendek dah pun. Saya pernah bagi dia cuba baca surah yg dia tk hafaz lagi. Memang dia bole baca. Syukur. Dibukakan pintu hati utk celik Quran.
Kali ini, utk menghafaz, saya takkan buat waktu dia tengah seronok nak main. Saya buat 5 minit sorang sebelum tidur. Memang nmpak mereka bagi respon yang baik. Kalau buat time mereka sedang nk main, memang mereka liat dan tak nak ikut. Mood nak bermain kan...mama pula pegi kacau. So, waktu sblm tidur adalah terbaik buat masa ni. Saya cakap juga, bila baca ayat2 suci ni seblm tidur, kita takkan mimpi buruk2. So, derang suka la..Dan derang sebenarnya nak mama ada di sisi sebelum lelapkan mata. Sedih plak rasa sbb banyak tahun dah tak buat mcm tu. Sekrang baru sedar teknik ni. Yelah, dulu sibuk handle adik dia..baby..menyusu..sampaikan lupa nk tgk kakak2. Tidur sendiri jerk. Sian kan. Takpe, mama akan kasi cukup kasih-sayang buat kamu semua...mama sayang kamu semua.
Ok lah..tu jela la luahan dan kisah saya dan anak2...nanti saya share lagi ye...mana tau kot2 ada yang punyai masalah macam saya ni..hehe.
Nak cari supplement terbaik untuk kecergasan minda anak???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou
Salam sayang dari Nozi…
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini..