Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Ramadhan semakin terasa, menu ramadhan!

Assalamualaikum..

Terima kasih Farrah kerana share jadual atau checklist untuk persediaan di bulan puasa yang hanya tinggal dlm 4 or 5 hari je lagi ni...fuhh..tak sabar rasanya nak berpuasa...first time berpuasa ketika mengandung nih..hehe...biasanya org puasa tgk kita mkn...hahahha...sbb dua org anak semua bersalin dan berpantang time bulan puasa. kikiki....

Ni dia senarai checklist yang mungkin boleh digunakan..menarik jugak..tkde pening2 kepala nak pikio menu apa nak masak tiap2 hari....heheheh..



Biasa gastrik ketika berpuasa? Atau ingin melatih anak2 berpuasa? Atau nak bagi diri sendiri bertenaga ketika berpuasa???
 
Cubalah supplement shaklee!!!


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Thursday, June 19, 2014

Hasil kraf utk anakanda Iffah

Assalam...

Alhamdulillah..Siap dua tools utk Iffah...main sambil belajo..

Nnti mama buatkan beberapa mainan lagi okeh..utk kakak2 pun inshaAllah mama buatkan yg mana sesuai...

Tuesday, June 17, 2014

Impian menggunung: Ajarkan anak kita menghafaz AlQuran

Assalamualaikum..
 
Inilah impian menggunung saya. Selain berjaya dalam kerjaya dan bisnes, yang paling saya utamakan adalah dalam memastikan anak2 saya terdidik dengan didikan agama dan berjaya dunia & akhirat. ameen...
 
 
Semakin banyak bacaan pengalaman2 org mendidik anak, semakin bersemangat untuk saya teruskan perjuangan. Ye, anak adalah anugerah terindah amanah Ilahi buat kita. Jadi, amat perlu sekali untuk kita aturkan perjalanan pendidikan mereka terutama sekali dalam memastikan mereka mendapat didikan agama dan akademik lain yg sama rata.
 
Sekarang, saya kena setkan dalam fikiran bahawa, tidak ada istilah tiada masa nak ajar anak2. Bila diteliti semula, masa tu begitu banyak untuk mereka. Dan kita tak perlu pun spend 100% sehari untuk anak shj. Mereka hanya perlukan beberapa minit sahaja masa yang berkualiti bersama kita sebagai mak bapak mereka.
 
Mendidik anak2 untuk taat solat dan rajin mengaji. Itulah yang bermain2 di fikiran saya tika ini. Selagi kedua-dua perkara ni tak betul2 melekat dan tersemat dalam sanubari mereka, saya takkan senang duduk. Saya akan fikirkan cara yang paling ideal utk menghadapinya.
 
 
Suka untuk saya highlight di sini, jgn terlalu terburu2 dan terlalu banyak nak capai itu ini dalam satu masa. Buat sikit2..lama2 jadi bukit inshaAllah. Jadi pertamanya saya mulakan dengan mengajak anak2 solat. Memang agak liat tika ini. Dan saya perlu usahakan banyakkan berdoa, mengajak mereka beberapa kali dan buat solat malam. Tiga benda ni saya kena selalu buat. Orang kata, anak2 ni ujian utk kita. Kitalah yang kena fikir cara yang terbaik utk atasinya. Salah satunya adalah diri kita sendiri. Kita kena betulkan diri kita. Bagi saya, saya kena betulkan amal ibadah saya, solat saya, perkara2 sunat yang paling penting untuk diamalkan dan sebagainya.
 
Lagi satu perkara adalah mengaji. Sekarang saya hantar anak2 pegi sekolah agama waktu petang slps balik dari sekolah biasa pagi. Agak penat juga kalo diikutkan tapi mereka pun boring juga duduk terperuk di rumah. Belajar ni pun bukannya penat sebenarnya jika mereka faham kenapa mereka perlu belajar. Dan carilah keseronokan belajar. Sekarang, anak2 rasa seronok bila mengaji di sekolah. Agaknya pasal peranan gurunya juga. Guru pandai ambik hati. Selalu bagi dorongan pada dia. Rasa nak tamat cepat2 mengaji. Alhamdulillah. Anak saya yang berumur 10thn dah mengaji Quran dan yang 7 tahun baca Iqra' 4. Yang 7 tahun ni actually dah mengenal dah. Dah boleh baca surah2 pendek dah pun. Saya pernah bagi dia cuba baca surah yg dia tk hafaz lagi. Memang dia bole baca. Syukur. Dibukakan pintu hati utk celik Quran.
 
Kali ini, utk menghafaz, saya takkan buat waktu dia tengah seronok nak main. Saya buat 5 minit sorang sebelum tidur. Memang nmpak mereka bagi respon yang baik. Kalau buat time mereka sedang nk main, memang mereka liat dan tak nak ikut. Mood nak bermain kan...mama pula pegi kacau. So, waktu sblm tidur adalah terbaik buat masa ni. Saya cakap juga, bila baca ayat2 suci ni seblm tidur, kita takkan mimpi buruk2. So, derang suka la..Dan derang sebenarnya nak mama ada di sisi sebelum lelapkan mata. Sedih plak rasa sbb banyak tahun dah tak buat mcm tu. Sekrang baru sedar teknik ni. Yelah, dulu sibuk handle adik dia..baby..menyusu..sampaikan lupa nk tgk kakak2. Tidur sendiri jerk. Sian kan. Takpe, mama akan kasi cukup kasih-sayang buat kamu semua...mama sayang kamu semua.
 
Ok lah..tu jela la luahan dan kisah saya dan anak2...nanti saya share lagi ye...mana tau kot2 ada yang punyai masalah macam saya ni..hehe.
 
 
 
Nak cari supplement terbaik untuk kecergasan minda anak???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, April 21, 2014

Anak-anakku...

Assalamualaikum..

Di saat membesarkan anak2 ni memang banyak dugaannya. Dari anak selepas dilahirkan, 0-12 bulan, ketika menyusukan, berjaga malam2, tidur tak menentu, memang betul2 menguji ketahanan fizikan mahupun mental. Namun, keletihan itu akan hilang sekiranya ia dilakukan seikhlasnya kerana ingin mencari keredhaan Allah.


Habis di awal usia 0-12 bulan, masuk umur 1-3 tahun, diuji pula dengan kelincahan dan kawalan pergerakan anak2 yang begitu pantas yg tak boleh sesekali kita leka dan alpa. Silap haribulan, boleh hilang jika terlepas pandang apabila sedang asik memilih barang/shopping di mana2. Hehe, macam pernah dilalui jerk. Iye, dah pernah lalui. Masa anak sulong saya umur 2 tahun, hilang dalam 15 minit kat Parkson, Sungai Wang bagai nak luruh jantung ni ketika itu hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan seorang ibu dan bapa ketika kehilangan anak walaupun sekejap. 15 minit tu mcm2 kami fikir. Mujurlah guard wanita yang jaga premis kat situ terjumpa dia. Syukur.

Berakhir bab umur 1-3 tahun, masuk pula umur 7-4 tahun. Fuhh, ini lagi menguji kesabaran seorang ibu dan bapa. Cakap kita payah didengar, tapi sebagai seorang ibu dan bapa, doa itu memanglah amat penting untuk mendapat seorang anak yang mendengar kata dan soleh/solehah. Saya tahu, ini semua ujian buat saya. Mungkin juga saya banyak buat dosa masa dulu dan sekarang dan saya perlu bersihkan dosa2 saya. Kawan saya ada cakap, cubalah buat solat malam. InshaAllah, lama-kelamaan, anak itu akan dengar kata kita dan akan jadi anak yang berguna.

Saya mengerti, untuk mendapat sesuatu benda tu bukannya akan terus dapat serta-merta. Kita perlu kesabaran yang tinggi. Allah sedang menguji. Teringat ayat2 suci AlQuran yang membawa maksud, dunia ni hanyalah pentas ujian. Bukan untuk seronok2. Jadi, janganlah kita anggap dunia ni tempat kita bersuka ria. Ia umpama ujian/exam untuk melayakkan diri kita ke SyurgaNya.

Ok la..celoteh tentang kehidupan. Pasti anda di luar sana pun sedang alami benda yang sama...jom kita banyakkan bersabar dan sentiasa bertaubat dan buat solat2 extra, solat sunat,solat malam, mengaji Quran dan fahaminya serta mengamalkannya. :)

Jadi anakku, dengarlah pesan Mamamu ini:

 

SEDANG MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KELUARGA,DIRI ATAU ANAK???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, March 16, 2014

Didiklah anak-anak tentang agama

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa ingin berkongsi sedikit pasal ilmu yang ada, saya bukanlah terlalu banyak ilmu, tapi sedikit pun saya rasa ingin saya kongsikan.

Pentingnya didikan agama diterapkan pada anak-anak. Saya pun masih berusaha untuk memberi didikan yang terbaik buat anak-anak. Anak-anaklah harta yang paling berharga dalam hidup kita. Dialah salah-satu penyambung generasi kita kelak. Jika baik kita didiki, maka baiklah generasi seterusnya nanti,inshaAllah.



Tanggungjawab mendidik anak sebenarnya bermula dari anak itu berada dalam kandungan kita lagi. Amalan baik, solehah, sentiasa beribadah, taat pada Allah dan suami, itu semua memberi kesan mendalam kepada anak yang dikandungkan. Alunkan ayat-ayat suci sama ada diri sendiri yang alunkan atau pun dengan mendengarnya melalui CD/DVD atau kaset atau sebarang media amatlah dianjurkan. Kebiasaan inilah inshaAllah dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah nanti.

Seterusnya setelah anak itu dilahirkan, pendedahan terhadap hal-hal agama amat penting. Buatlah yang termampu seperti dengarkan bacaan-bacaan suci Al-Quran, ketika solat kita solat di sebelah anak. Pastikan anak lihat kita solat.

Niatkan yang baik-baik ketika anak dilahirkan. Contohnya, "Aku akan pastikan perkataan pertama yang dia akan sebut ialah "Allah". Memang saya ada niatkan sebegitu ketika anak saya yang ketiga dilahirkan. Alhamdulillah, keajaiban dan kekuasaan Allah itu sememangnya terbukti. Memang betul anak saya menyebut kalimah "Allah" ketika umurnya lebih kurang sethn lebih. Dia memang pelat dan tak sama macam kakak-kakaknya. Biasanya jika dah boleh berjalan, mereka akan terus fasih bertutur. Tapi yang no.3 ni lain sikit. Tidak mengapa, janji anak saya terus membesar dengan sihat dan normal seperti anak-anak lain.

Suka untuk saya ceritakan pengalaman manis ini, setiap kali pergi kerja, saya akan pasangkan CD mengaji. Dan selepas balik kerja, saya ambil dia di rumah pengasuh dan saya akan ajak dia menyanyi lagu ali,baa,taa. Hasilnya Alhamdulillah, dia sudah pandai bermain sambil menyanyikan lagu tersebut walaupun ada sesetengah huruf itu sedikit pelat bunyinya. Tapi dia cukup seronok menyanyi lagu tersebut. Syukur, berkat asuhan saya selama ni. Dan ini bukanlah episod yang akhir. Masih banyak lagi yang saya perlu buat dan juga utk anak-anak saya yang lagi dua orang. Sekarang umur anak yang ketiga adalah 3 tahun. Dia sudah pandai sebut perkataan asas dan dia faham jika saya cakap apa-apa pada dia.

Saya ada beli CD Juz Amma, memang saya beli utk pasang dalam kereta dan dalam rumah. Pasang di kala mereka di dalam kereta dan di dalam rumah. Supaya mereka terdedah dengan ayat-ayat suci dan lama-kelamaan dia akan pandai membacanya. Ini saya dapat lihat pada anak saya yang no.1 dan no.2. Memang mereka sudah boleh menghafal beberapa surah.

Nak dapatkan CD Juz Amma tu, anda boleh ke laman ni. http://www.islamicparentingnetwork.net/collections/all

Post saya seterusnya nanti, saya nak ceritakan tentang Darwish dan Darwisya. Siapa mereka.

**Owh ye, bagi mereka yang nak sihat, nak cantik di mata suami, nak satu keluarga sihat, saya adalah pengedar sah Shaklee. Tau kan Shaklee sekarang the best supplement.Jika berminat nak tau tentang supplement Shaklee, sila hubungi saya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, August 24, 2013

Set Kesuburan untuk wanita dan lelaki yang inginkan anak/hamil/mengandung

Assalamualaikum..



Memang tidak dinafikan lagi, ramai di luar sana yang mengalami masalah kesuburan. Ramai yang masih berusaha untuk mendapat zuriat, namun selalu gagal atau selalu keguguran. Namun ia bkn penghalang untuk anda berputus asa. Anda masih ada masa untuk berusaha. Shaklee ada solusi utk masalah susah untuk hamil ini. Apa2 pun, kita hanya merangcang ye, Allah yg menentukan. Inilah yg dipanggil usaha kemudian berdoa + tawakkal.

Set Kesuburan Wanita/Lelaki


Vitalea
 
Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multivitamin ye? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
* Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex
 
Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vitamin C
 
Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab dan  akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
 
Vitamin E
 
Bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
 
GLA Complex
 
Membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Juga dapat membantu menormalkan kitaran haid anda.
Wah,menarik tu..


Zinc Complex
 
Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma


 
 
AlfalfaComplex

Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah wanita.
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
 

Monday, May 14, 2012

Testimonial Meal Shakes dan Omega Guard dari anak saya..

Assalamualaikum..


Hari ni saya amat gembira kerana ingin berkongsi hasil Meal Shakes dan Omega Guard pada anak Sulong saya Sofia. Sedikit info psl anak saya Sofia. Dia berumur 8 tahun. Seorang yang aktif tapi kurang makan. Dia juga mempunyai penyakit ketuat di jari. Dah setahun lebih rasanya ketuat makin byk di jari dia dan membuatkannya rasa tidak selesa. Macam2 ubat sudah diguna tetapi tiada kesan. Saya terfikir Shaklee ada supplement yang boleh dicuba utknya.

Alhamdulillah, Sofia gemar minum Meal Shakes yang dicampuri dengan Fresh Milk. Begitu juga Omega Guard. Dia memang gemar makan minyak ikan bercapsul softgel. Kesannya, dia sekarang memang selera makan. Makan byk mcm saya.hehe.. Lps tu yang paling saya tak sangka, ketuat dia hilang 99.9%. Tinggal satu biji je lagi daripada 6 biji ketuat. Syukur Ya Allah, kerana semua ni atas izinMu. Mujarab Shaklee atas izinMu. Mmg saya tak ada letak apa2 ubat dan saya tahu itu adalah kesan Shaklee. Sofia pun ceria aje slps lihat jarinya dah tkde ketuat yang juga menjadi ejekan kawan2nya.


 

Itu sahaja yang saya nk kongsikan di sini, iaitu kegembiraan saya tetang masalah penyakit kulit anak saya…Alhamdulillah..


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…



Tuesday, March 27, 2012

Meal Shakes, hidangan lazat dan berkhasiat. Siapakah yang boleh mengambil makanan tambahan ini?


Apa itu Meal Shakes?
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Apa yang membuatkan saya suka dengan Meal Shakes,ia adalah salah satu supplement yang sangat lazat, berkhasiat dan mudah disediakan dan sgt digemari oleh anak2 saya...Boleh juga menjadi sarapan segera yang berkhasiat dan sedap yang mampu dibeli. Cadangan yang cukup sesuai untuk untuk para atlet, dan sesuai diminum bila-bila masa sahaja. Hidangannya juga mudah, rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Apa yang sangat-sangat menarik sekali mengenai Meal Shakes?

  • Ia sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam.
  • Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang.
  • Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplement dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Wahh…banyak khasiatnya kan? Saya cadangkan anda milikinya untuk anak2…InsyaAllah, anak lebih bertenanga dan mudah menerima pengajaran di tadika/sekolah2..saya pun memilikinya dan anak2 memang teramat sukakannya…

Cadangan hidangan:
Campurkan dengan fresh milk untuk anak2..
Saya sendiri, saya campurkan dengan holick ataupun nestum…mmg lazat sekali…trylahh..

Salam Sayang dari Nozi…

Tuesday, March 20, 2012

Anak kecilku meragam lagi..

Assalamualaikum,

Dah lewat mlm...tapi jari-jemari terasa nak menaip sesuatu..mlm ni dah mlm keempat baby saya menangis malam sebelum lena tido. Waduh2..mmg rasa agak penat,tapi semua ibu2 akan alami benda yang sama jika anaknya tak berapa sihat. Baby saya ni selsema. Dah 4 hari. Kesian kan kalau budak2 kecik selsema. Lagi lah jika masih bayi. Baru 8 bulan, Nur Iffah Zahra nama bayi saya yg ketiga ni.Agak agresif anak ketiga ni ye..asik nak marah aje. Bila time tak sihat mcm ni lagilah kuat marahnya. Tersumbat hidungnya, berair hingusnya lagi..sape tak marah...baby pulak tuh...nk buang hingus pun tak reti...
Saya ada beli pump modu untuk mengepam susu...ada juga skali diberi set untuk menyedut hingus. Saya ada guna juga...tapi biasa la baby ni mmg tk suka org main hidung dia banyak kali...dia mengelak jugak la time nak sedut....tapi saya mmg suka alat sedut dari Modu pump ni...senang sgt...
Tadi, masih meragam...beri susu tak nak, dah kenyang kot sbb baru je lps menyusu. Saya takde arah dah nk pujuk dan dodoi dia...last skali saya berdiri..peluk dia dan dodoi....barulah dia lena dalam pangkuan saya....kadang2 dia nk mcm tu..kadang2 dia nak tido sambil hisap susu...pelbagai...kena ada instinct apa kehendak dia..cuba segala cara...

Tiga anak tiga ragam kan...hehe...anak yg first dulu senang sgt2 ...tido senang...tak banyak ragam..yang kedua plak...agak hebat ragamnya dan pantang letak je trus nangis...sehingga ada yang kata, kena sawan tangis...Yang ketiga ni balance kot...ada kalanya begitu mudah dan beri kerjasama kat mamanya...tk nangis..tak meragam..hehe...tapi, time meragam...habis mama dan papa ler memujuk selang seli...huhu...

Tapi, apa2 pun...seronok ada anak ni..Syukur Ya Allah, manisnya nikmatMu ini...mudah-mudahan saya lebih tabah dan sabar dan lebih rasa kasih-sayangNya dengan nikmat anak yang Dia kurniakan...

Hmm..cukuplah celoteh kosong saya...anak2 smua dah tido...saya pun ada benda skit nak baca sblm tido..gali ilmu..gali dan terus gali...

Ilmu takkan habis...nite.. :)

Sekian,
Nozi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...