Tuesday, October 8, 2013

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD (Penyakit virus berjangkit)

Assalamualaikum..
 
Gambar ihsan google.Gambar betul akan saya kongsikan nanti.
 
Hari ni saya nak cerita sedikit kisah anak saya. Minggu lepas dia mengadu sakit2 badan, sakit tapak kaki, jari2 sakit. Saya belek takde kesan apa2. Saya jangka, dia lenguh pasal dia main Taekwondo kat tadika. Oh, umurnya 6 tahun, Damia namanya. Lps tu dia mengadu lagi sakit pada minggu ni. Dia kata, sakit mulut, tangan dan kaki. Saya pun belek lah mulutnya. Tengok2 ulser dalam 10 bijik kot atau lebih sebab dia takle bukak mulut luas2. Kesiannya anak saya. Kat lidah pun ada ulser tu. Susah nak bercakap dan makan. Minum pun dia rasa perit2 kat dalam tekak. Saya pun belek kaki dia. Di tapak kaki dia ada bintik2 merah, pelik rupanya sbb macam darah beku kat dalam tapi bukan pekat. Then, saya tengok kat tapak tangan pula. Eh, ada juga rupanya. Apa lagi saya dah syak sesuatu. Mungkin anak saya ni kena sakit tangan,kaki dan mulut tu yang dah lama dulu ada virus ni.
 
Saya pun try surfing kat internet, cari kat google info pasal foot & mouth disease ni. Hmm,memang dah ada simptom2 dia. Cuma dia tak demam je, alhamdulillah. Saya pun terus ke klinik dan buat pemeriksaan. Memang betullah dia terkena jangkitan virus HFMD iaitu penyakit virus berjangkit Tangan, Kaki dan Mulut. Kesiannya anak saya sbb sebelum ni saya tak pegi ke klinik dan main agak2 je yang dia tu lenguh main kat tadika. Rupanya itu adalah tanda2 awal nk menunjukkan dia terkena virus HFMD. Doktor kata, memang takde ubat specific untuk penyakit wabak ni. Doktor just bagi ubat demam jika dia demam nanti, ubat alergi, dan ubat sapu.

Saya ada call tadika tanya memang ada ke kes sebelum ni? Rupanya ada sorang kat bahagian taska dah sakit lama dah dan dah tak ke taska lama dah. Anak saya yang no3 ada kat bahagian taska tu tapi anak yang kedua ni pula yg dijangkiti. Mungkin ada kawan dia yang dah kena kat sebelah tadika tu. Saya dapatkan pengesahan pihak tadika, selepas dapat tahu anak saya ada HFMD, semua pelajar diperiksa dan ada lagi dua tiga orang yang disyaki. Pada ptg tu saya nak ambik anak ketiga kat taska, cikgu maklumkan tadika akan ditutup minggu depan, hari ahad. Cikgu nak bersihkan kot. Rasanya takde arahan dari KKM utk tutup terus buat masa ni. Saya pun tak tau kenapa.
 
Balik rumah saya tak bagi ubat2 klinik tu sebab takde plak demam. Saya bagi dia minum Meal Shake dan letak 1/4 daripada 1 paket Nurtriferon. Saya goncangkan dalam shaker bersama2 fresh milk. Dia minum sebab dia memang suka meal shake. Nutriferon tu tk rasa mana so boleh minum. Selain tu, masa mandi, saya basuh dengan Basic H. Toilet tempat dia guna pun saya jaga kebersihannya, selalu bersihkan betul2 sebab virus ni keluar melalui air liur dan najis.
 
Hari kedua saya bagi lagi. Hari ketiga saya belek tapak tangan dan kaki dia, iaitu hari ni lah. Dah hilang dah tompok2 merah tu. Syukur alhamdulillah. Dia pun tak demam. Ulser dia dah hilang semuanya kecuali ada lagi satu bijik kat tepi pipi. Dia pun dah boleh makan dan minum. Berselera plak tuh. Syukurlah Allah izinkan sembuh dengan Meal Shake dan Nutriferon. Ubat yang dapat kat klinik memang tak terusik pun. Nasib baik saya memang amalkan dua2 produk Shaklee ni.
 
Ni saya rotate lagi dengan suami untuk jaga dia, maklumlah kami bekerja. Hari ni saya cuti, esok saya keje suami pula cuti. Lusa maybe anak saya dah pulih sepenuhnya. Biar betul2 clean. Nak gi chk lagi sekali kat klinik dan minta confirmation dari doktor samada dia dah boleh ke sekolah atau tak. Yelah, kena pk anak2 org lain juga, takut jangkit kan susah plak derang.
 
Di bawah ni adalah produk Shaklee yang saya pakai untuk saya dan anak2. Memang berbaloi2. Nak dapatkan harga yang berpatutan boleh call/SMS/Whatapps saya sekarang. Saya recommend setiap isi rumah kena ada this product. Terbaik!!! :)
 
 
  


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...