Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Kehilangan MH370, masalah jerebu, masalah tiada air, wabak denggi, masalah kemarau...

Assalamualaikum..

Sudah masuk hari ke-7 kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pada hari keluarnya berita tentang kehilangan pesawat ini, saya memang amat terkejut dan tidak percaya. Subhanallah, apakah perasaan keluarga mangsa ketika ini, tidak dapat dibayangkan. Apa yang saya harapkan, pesawat tersebut akan dijumpai tidak lama lagi.

Selain berita mengejutkan itu, kita juga sedang diuji dengan masalah jerebu, masalah ketiadaan air, masalah wabak denggi dan masalah kemarau yang agak teruk. Dalam rumah saya sekarang, suhu dalam 34 darjah celcius. Amat panas! Badan anak kecil saya pun dah suam2 dah. Ya Allah, turunkanlah hujan buat kami. :(

Apakah yang kita dapat ambil iktibar dari kejadian ini?

Tidak lain tidak bukan, segala peristiwa ini adalah Qada' dan Qadar untuk Malaysia. Namun, kita sebagai umat Islam perlu meneliti diri sendiri, muhasabah diri apakah yang perlu kita lakukan. Pandangan saya, semua ini adalah musibah yang diberikan kepada kita yang alpa dan kurang bersyukur pada nikmat yang Allah berikan kepada kita. Inilah ujian kecil buat rakyat Malaysia. Harus lagi kita bersyukur kerana kita tidak diberikan musibah seperti negara-negara Islam yang lain yang lebih dasyat dan tak sanggup saya ceritakan lagi. Semua sudah tahu dan semua sudah lihat sendiri. Terlalu banyak paparan di laman sosial terutama di facebook tentang ini.

Ayuh, marilah kita sama-sama berdoa, betulkan diri kita sebelum kita betulkan orang lain. Marilah kita tambahkan ibadah kita, daripada kita sibuk mengata orang lain. Dan marilah kita kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain yang mana juga akan memberikan ganjaran kepada kita ketika kita di alam akhirat nanti, inshaAllah. Saya ingatkan diri saya juga yang masih lemah dan leka. Semoga kita sama-sama saling ingat mengingati.

Bismillahirrohmanirrohim..Syukur Ya Allah, kerana Engkau masih memberi kami peluang. Kami tahu, ini semua ujian dariMu. Dan kami tahu, Engkau mahu kami merintih dan meminta dariMu Ta uhan kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, keluarga kami, sanak-saudara kami, jiran-jiran kami, rakan-rakan kami dan seluruh umat di bumi milikMu ini. Kami leka, kami alpa. Kami memohon Ya Allah, temukanlah kembali sesuatu yang hilang iaitu pesawat MH370, kembalikanlah kembali nikmat air hujan ke muka bumi ini, hapuskanlah wabak denggi yang kami alami ketika ini dan hilangkanlah jerebu ini dengan KekuasaanMu Ya Rabbal alamin. Amin :'(



 
 

Wassalam.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sustained Release Vita-C Plus apa bezanya dengan Vita-C lama?

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, Vita-C 500mg iaitu dengan nama barunya Sustained Release Vita-C Plus telahpun dikeluarkan semula oleh Shaklee setelah sekian lama (setahun) juga membeku. :) Nampak sangat permintaannya tinggi!!!



VITA C Sebelum ni mengandungi bahan2 seperti berikut:

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 500mg Vitamin C)
Sodium 5mg


Manakala yang baru (NEW) pula, VITA C PLUS mengandungi bahan berikut:

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 525.35mg Vitamin C) extra vit C

Citrus Bioflavonoids Complex
(Provide 7.50mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Orange Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Grapefruit Bioflavonoids)
(Provides 7.50mg Hesperidin)
Bezanya adalah ia mengandungi bahan tambahan iaitu Citrus Bioflavonoids dan Extra Vitamin C (525.35mg Ascorbic Asid berbanding hanya 500mg Ascorbic Asid sebelum ni).

Tujuan Bioflavonoids adalah untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplement vitamin C.


Apa itu Bioflavonoids???
Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
  • Anti-radang
  • Anti-alergi
  • Anti-virus
  • Anti-kanser
 
Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C pula bagaimana?
Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c dan berfungsi untuk:
  • Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
  • Mempunyai kesan antibakteria
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Merangsang pengeluaran hempedu
  • Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  • Merawat dan mencegah katarak
  • Bertindak sebagai antihistamin
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang
  • Mengurangkan gejala herpes mulut
  • Kegunaan Terapeutik

Apakah sumber makanan yang mempunyai Bioflavonoid?

Bioflavonoids boleh dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Quercetin contohnya boleh ditemui dalam bawang, epal, raspberi, teh hijau, anggur merah, buah-buahan sitrus, ceri, brokoli, lada dan banyak lagi. Jumlah yang lebih kecil didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan kacang.

Memandangkan cuaca sekarang sungguh tindak memberangsangkan, jerebu yang makin berleluasa, sangat sesuai jika anda untuk mengambil supplement Vitamin C untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga. Ayuh, order sekarang!!!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...