Showing posts with label Masalah ketika mengandung. Show all posts
Showing posts with label Masalah ketika mengandung. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Hamil lagi setelah mengalami keguguran

Assalamualaikum..

Akhir tahun lepas, saya telah mengalami keguguran kerana janin tidak membesar. Itupun saya ketahui kerana kebetulan saya nak scan perut saya. Bukan kerana saya mengalami tumpah darah. Menurut doktor, kandungan saya tidak membesar. Jika ia besar pun, mungkin bayi tidak sempurna. Doktor kata, ni semua hikmah buat kamu. Tak perlulah sedih. Saya terima semua tu. Harap ada la rezeki lagi.

Alhamdulillah setelah 3 bulan rehat, saya hamil semula. Alhamdulillah, usia kehamilan saya sudah menjangkau 19 minggu. Ikutkan dari advised by doctor, saya boleh hamil lagi selepas 3 bulan. Tepat tul timing tuh..hahahah..oppss!!!

Ha, sblm tu nak share juga masa berpantang masa keguguran, saya ambik set selepas keguguran untuk pulihkan dan kembalikan semula kesihatan rahim yang baik supaya rahim saya bersedia untuk kehamilan seterusnya. Kehamilan yang kelima ni pula saya dapat rasakan kemusykilan tentang tahap kehamilan ni. Adakah janin yang saya kandung ni akan membesar seperti kehamilan normal sebelum ni? Adakah saya akan alami keguguran lagi? Macam2 kata2 negatif datang dalam fikiran saya.

Namun, saya tidak boleh terus-terusan memikirkan perkara2 negatif kerana itu memanglah tidak elok buat diri saya. Saya akan buat scan (ultra-sound) pada kehamilan 1st trimester supaya saya dapat lihat perkembangan bayi saya. Kali pertama scan alhamdulillah, rahim saya kelihatan cantik dan tiada apa2 masalah. Kali kedua scan, tengah bulan 4 ni, alhamdulillah, dalam usia kehamilan 18 minggu, hasil scan ultra-sound adalah positif. Bayi sudah kelihatan sempurna, ada tangan, kaki, dan jantungnya berdegup kencang. Ahh...tak dapat ceritakan bagaimana rasanya perasaan saya ketika itu. Kerana sebenarnya saya masih lagi fobia ketika dulu saya scan hanya nmpak ketulan daging sahaja pada usia 3 bulan kandungan ketika itu. Syukur tak terkira, gembiranya saya dan keyakinan saya semakin bertambah.

Ihsan google:Sekadar hiasan

Semangat saya semakin kuat dan hari ni saya sudah dapat rasakan tendangan bayi dalam kandungan ni. Sebelum scan tak rasa apa2, memang membuatkan saya tertanya2 dan takut. Sekarang saya sudah agak lega. Namun, saya masih perlu menjaga kesihatan dan segalanya untuk memastikan bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna. Ya Allah, Ya Rabb, hanya kepadaMu lah aku bergantung dan kebergantungan itu hanya kepadaMU Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Saya memang harapkan bayi ini dapat dilahirkan dengan sempurna. Ameen.

Sekarang saya ambil set 1st Trimester Shaklee iaitu Vit C, B Complex dan Ostematrix. Vitalea sepatutnya saya kena ambil tapi saya nk habiskan vitamin yang klinik bagi dulu. Skrang Hemoglobin saya nak kena monitor betul2 sebab baru2 ni turun sikit. Saya makan vitamin jarang2 la tu..huhu...tak mengaku depan nurse yang merawat ketika itu. Sbb takut kena bebelan dia..hahahha..

Ok la..tu je la nak share ngan kawan2..kalau ada nak share kat sini, silalah share kat bahagian komen. Mana tau kot ada juga yang saya boleh bantu dari segi pengalaman.

Nak cuba Shaklee??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, April 12, 2014

Ahhh....HB rendah ketika mengandung,nak buat macamana ni?

Assalamualaikum..

 
Ihsan google

Ramai juga mengalami masalah HB turun naik atau HB rendah ketika mengandung. HB rendah ni memang tak elok terutama sekali ketika mengandung. Untuk pengetahuan semua, paras normal HB bagi wanita adalah dari 11.5-16.5g/dL,manakala lelaki pula adalah dari 12.5-18.5 g/dL. Bila paras hemoglobin ini tidak mencukupi seperti standard yang sepatutnya, seseorang itu berisiko mengalami penyakit anemia (kurang sel darah merah). Fungsi hemoglobin adalah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah membawa oksigen semakin kurang, di sinilah serangan anemia akan berlaku.

Kenali simptom awal anemia:
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala, pitam
  • Apabila melakukan apa2 aktiviti mudah rasa sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Kadar denyutan jantung menjadi cepat dari biasa
  • Lemah daya ingatan
Di sini pula adalah antara faktor yang menyebabkan hemoglobin (HB) menjadi rendah:
  • Kekurangan zat besi, B12, folat dan erythroprotein
  • Kekurangan hormon, paras hormon tiroid rendah
  • Gangguan pembentukan sel darah merah iaitu talasemia
  • Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  • Risiko melahirkan anak pra-matang (nauzubillah...)
  • Pertumbuhan janin yg terencat semasa di dalam kandungan (nauzubillah...)
Di dalam produk Shaklee, terdapat produk yang boleh dicadangkan, dan ramai yang berjaya mengatasi masalah HB rendah ketika Hamil:
  • Set A - yang mengandungi Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C


Nak tau lebih lanjut???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...