Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Preparation untuk bekal baby ke rumah pengasuh..



Assalamualaikum..

Inilah rutin saya setiap minggu di saat bekerja..my preparation utk hantar baby Zahra ke rumah pengasuh..

Sebelum ni saya pakai ice cube container. Sekarang saya guna tupperware kecik bulat comel ni plak..hehe..sebab Zahra dah makan banyak berbanding sblm ni.

Bubur zahra yg dah siap packing dlm tupperware..

Lepas aje blend, saya taruk dalam tupperware ni dan letak kat bahagian beku. Esok just ambik masuk dalam cooling bag sahaja.

Saya buat stok bubur untuk seminggu terus. :)
Macam2 cara lagi boleh buat. Ikut kretiviti masing2...







Di bawah ni pula adalah EBM yang dah beku iaitu stok EBM saya yang saya nak cairkan. Tips utk kasi cair bila kita bawa ke pengasuh, saya rendam dalam air biasa, bukan air panas ye, masa taruk kat bahagian tak beku peti ais..ni mlm sblm esok... Esok pasti akan cair dan mudah untuk pengasuh panaskan nanti.

Itu saje perkongsian dari saya tentang Bubur & EBM...

Salam Sayang, Nozi

Thursday, March 22, 2012

Solid Food for baby Zahra..6 bulan ke atas..

Assalamualaikum,
Salam ceria dan senyum selalu…tambahkan energy anda dengan berfikir positif..saya ambil kata2 motivasi dari sahabat saya di FB…mmg betul…jika kita fikir positif, banyak perkara akan jadi mudah dan kita akan lebih tenang…
Nih, saya ni nak cerita pasal makanan solid buat baby yang dah boleh makan makanan solid…biasa saya akan start bg mkn solid food ketika usia mereka 6 bulan..since dah masuk 6 bulan, saya mula buat makanan pejal/solid food buat baby saya…
Saya ada beli ais cude container…yang ada penutup..sbb nk kena bekukannya sbb nak bawak pegi rumah pengasuh utk keesokan harinya…saya beli a few ice cube container yg ada penutup. Perlu yang berpenutup ye utk elakkan bakteria masuk dlm makanan..
Apa yg saya sediakan untuk menu baby saya? Ha..nak kenalkan nama anak ketiga saya ni dulu..Nur Iffah Zahra namanya..hehe..kami panggil Zahra..bermakna 'Bunga'…hihi…
Ok..berbalik semula pada menu bubur zahra. Mula2 sbb dia makan sikit lagi dan masih baru lagi perkenalkan solid food, jadi saya asingkan segala campuran bubur..nasi satu, carrot satu dan kentang satu. Permulaannya, ni je saya kasi terlebih dahulu….seminggu selepas tu, saya buat puri buah…puri betik dan pisang, rebus sampai empuk dan blend…betik dia suka tp pisang dia tak suka…agaknya rasanya agak kuat…dia tk suka kuat manis or masam…sbb bubur tu mmg saya tak letak garam atau gula…mmg original nyer rasa…sedappp…tapi mmg suggested tak digalakkan letak garam atau sebarang perasa tambahan untuk bayi...sedap je..dia pun selera je makan…lagipun,kita yg kenalkan that solid food…kalau mcm tu kita kenalkan macam tula dia makan..kan..hehe..tak elok utk buah pinggang dia kalau letak perasa utk makanan bayi ni...
Semuanya saya blend..tapi spt yang saya kata tadi, saya tk campur sbb nk tgk apa yg dia suka dan apa yg dia tk suka…setakat ni dia suka je…masa 7 bln, saya tambah lg satu jenis sayur iaitu brokoli….lg sedap dan berkhasiat…dia suka jugak…saya pernah letak bilis goreng tanpa minyak yg mana saya dah kisar dan tabur dalam bubur dia,tapi dia alah..naik gatal di muka..saya stop dan maintain hanya carrot,kentang dan brokoli..ayam pun sy tak try lg…sampai la ke 8 bulan skrang…dah tahu itu bhn2 kegemarannya dan dia pun mkn semakin banyak, saya rebus sekaligus saje smua bhn tu dan blend skali…tp setelah di test, mmg kena bekukan smua tu untuk stok sbb saya bekerja even utk mkn keesokkan harinya. Sbb campuran kentang tu akan menyebabkan bubur tak tahan lama…kentang cepat basi rupanya walaupun dalam peti sbb tak beku…

Tips untuk perjalanan atau bermalam di hotel, bekukan saje…ataupun utk mudah dipanaskan, asingkan bahan masa rebus dan blend…tapi kentang tu tak tahan lama..sehari je tahan. Silap2 petang dah masam…Tinggal kat hotel mmg agak sukar untuk bayi yg bawah setahun…sbb makanan kat hotel ni ada perasa…dicadangkan bawa biskut, roti atau nestum untuknya..kalau rajin lg..bawa je bekal beras dan segala bahan mentah dan rebus kat hotel guna periuk sendiri..hehe..pandai2 ler kome2 smue…
Itula setakat ni perkongsian daripada Mama Nozi....sekian.. :)

Salam Sayang dari Nozi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...