Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Vitamin E vitamin cinta untuk bakal pengantin juga sesuai!

Assalamualaikum..

 


Buat bakal-bakal pengantin baru...amat2 digalakkan mengambil Vitamin E... salah satu daripada supplement hebat buat mereka yang baru ingin melayari bahtera perkahwinan.

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Sumber:Aula

Selain dari tu, Vitamin E ni bagus untuk awet muda (melambatkan proses penuaan), utk mendapatkan kulit yang uda jelita dan menawan. Halus mulus dan licin.

Ada lagi...ia juga membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekitar aerola..

CuBalah Vitamin E Shaklee. Mengandungi keperluan lengkap tubuh badan kita iaitu sebanyak 400iu.

Jom, promosi Vitamin E Masih lagi tinggal 12 hari lagi!
Buy 6 Free 1..nak beli satu pun boleh.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, September 10, 2013

Bila sudah berkahwin

Assalamualaikum..

Indahnya berkasih, tapi lagi indah bila sudah mendirikan rumahtangga. Pertama sekali, niat kita kena betul. Berkahwin kerana apa? Eloknya kita niatkan kita ingin mencari keredhaan Allah, kita nak elak dari maksiat, kita nak bina keluarga sakinah,kita nak ada zuriat yg soleh/solehah dan banyak lagi niat yg betul yg perlu kita niatkan. Namun, sangat2lah perlu diingatkan buat pihak perempuan, janganlah letakkan nilai hantaran yg terlampau tinggi yg mungkin boleh membebankan pihak lelaki macam nak jual anak pula gayanya.

Bila disentuh mengenai hantaran pasti ada yg kata,"Alah anak aku degree,diploma mestilah kena tinggi hantarannya." "Eh, kita kena ikut rate/trend hantaran zaman sekarang."

Banyaknya alasannya yg pada pendapat saya, sebenarnya kita dah terlalu mengikut org..orang buat hantaran mahal kita nak buat mahal juga. Macam nak menunjuk pun ada. Bagi saya hantaran ni biarlah anak2 kita yang berbincang. Biar bakal suami anak kita tak terbeban untuk mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya. Pentingnya berkat dlm perkahwinan. Bukan memberi beban dan menambah hutang..eh,ada yg berhutang ye sbb nak cukupkan wang hantaran. Kesian pula. Beban hutang ni silap2 berpanjangan sampai beranak pinak pun tak jelas lagi hutang. Silap2, boleh menjadi perbalahan pula. Masalah demi masalah yg timbul. Kalau inilah kesudahannya, bahagiakah anak kita? 

 
Bila dah berkahwin, pasangan suami isteri akan mengalami proses kenal mengenal yg mana proses kenal-mengenal ni bukanlah kenal ketika berkasih, tapi lain pula yg perlu dikenal apabila dah berkahwin. Sebelum ni tak tahu perangai sebenar, hobi dia, apa yg dia suka, apa yg dia tak suka..banyaklah yg perlu kenal dgn lebih mendalam lagi. Biasanya pasangan baru ini akan mengalami konflik. Ini pula bergantunglah kepada pasangan tersebut samada ingin menyelesaikan secara baik atau sebaliknya. Dalam masa yg sama, pasangan akan berusaha utk mendapat zuriat. Semua ni adalah proses dalam perkahwinan..semuanya adalah proses mematangkan diri..kerana banyak lagi cabaran hidup yg bakal dihadapi. 

Satu saje yg kita kena ingat. Apa yg kita buat semua kerana Allah, kerana nak dpt redha Allah. Justeru itu, janganlah kita nak ikut perasaan. Alagkah ruginya kalau alam perkahwinan kita tak mengambil peluang membina ladang pahala..

Just nak share, masa saya baru kahwin mmg ada alami masalah..mmg benar, ada saje konfliknya tapi saya akan selesaikan masalah itu dalam hari yg sama juga...saya takkan peram atau pendam..terus-terang dan ingatkan diri masing2 apa objektif kita berkahwin. Banyak juga buku2 ilmiah saya beli utk mendidik diri sendiri supaya bijak dalam menangani masalah dalam keluarga yg dibina. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya boleh hadapinya dan boleh atasi segala masalah yg dihadapi. Kini dah hampir genap 10tahun, esok genaplah 10 tahun perkahwinan saya dan suami tercinta. Semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga..amin..

NAK VITAMIN SESUAI UTK ANDA? STRESS? BANYAK PENYAKIT?
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Wednesday, April 11, 2012

Amalkan Surah Al-Baqarah Ayat 102 untuk elak sihir yang diguna untuk meruntuhkan rumahtangga

Assalamualaikum..

Hari ni saya dapat satu ilmu...untuk elakkan kita terkena sihir terutamanya sihir untuk kasi kita ni bergaduh dan bercerai-berai dengan pasangan kita...sila amalkan...dan fahami ayatnya sekali..




Terjemahan dalam bahasa Malaysia


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.


Terjemahan dalam bahasa Inggeris


They followed what the evil ones gave out (falsely) against the power of Solomon: the blasphemers Were, not Solomon, but the evil ones, teaching men Magic, and such things as came down at babylon to the angels Harut and Marut. But neither of these taught anyone (Such things) without saying: "We are only for trial so do not blaspheme." They learned from them the means to sow discord between man and wife. But they could not thus harm anyone except by Allah`s permission. And they learned what harmed them, not what profited them. And they knew that the buyers of (magic) would have no share in the happiness of the Hereafter. And vile was the price for which they did sell their souls, if they but knew!


Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...