Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Apa2 pun semuanya perlukan kesabaran

Assalamualaikum..

Fuhh,hari ni letih otak rasa..baru lega lps mandi..hilang stress di tempat kerja. Banyak kerja di hari Khamis. Anyway takpe.Banyak kejelah menandakan yg kita ni masih diperlukan dalam sesebuah organisasi. Buat apa nak dikeluhkan kan?

Ihsan google
 
Bestnye kalo bole lepak dan memandang laut mcm ni kan? Tenang, damai..hilang stress dibuatnya. Melihat agungnya ciptaan Ilahi. Jiwang habis la..hehe.. Rumah saya mmg dekat sangat dengan pantai. Cuma pandangan terhalang oleh pokok2 bakau di depan rumah. Sekali sekala, waktu petang tu memang akan ke tepi pantai bawak anak2 main kat playground dekat situ.
 

Esok dah hari minggu. Banyak benda nak kena buat. Seperti biasa, kemas2 rumah, layan anak, masak2 dan rehat. Nak tulis banyak2 artikel untuk kebaikan semua, kena freshkan minda dari serabut serabai baru best nak menulis. :)

Menulis ni bukannya susah, tapi menulis juga perlukan sedikit ilmu dan kemahiran. Dulu saya pernah terjebak dan lama2 jadi minat dengan blogging. Memang best, kenal2 dengan otai2 internet, belajar bagaimana buat blog berbayar, belajar bagaimana cari duit melalui internet melalui sifu2 internet merketing yang sudah berjaya. Baca dan ikuti blog mereka. InshaAllah, saya akan teruskan menimba ilmu tentang internet marketing. Memang best. Saya akan cuba adaptasikannya di dalam bisnes saya serta kongsikannya bersama rakan seperjuangan saya.

Rasa, setakat ni dulu nak tulis2..nk sambung tidur. Sebab tadi anak nangis, then mata plak rasa segar bugar...hihi...

-------------------------------------------------------------------------------------
Ada tengah cari2 supplement/vitamin untuk diri atau keluarga ke???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, June 16, 2013

Hari Lahirku..

Assalamualaikum..

Apa khabar smua? Moga hari ini menjadi hari yang terindah dari hari sebelumnya..Saya happy hari ni..psl ape? Hehe..hari ni hari jadi saya..dah genap 33 tahun dah umur saya...terasa cepatnya umur ni meningkat. Pejam celik dah 30-an. kalau diimbaskan semula zaman usia belasan dan 20-an, terasa ingin balik semula ke umur tu dan buat yg terbaik dari itu lagi..begitulah apabila kita renung balik hari lampau kita...bila muhasabah, rasa ingin buat yg lebih baik lagi...yang buruk dibetuli, yang baik kenalah istiqamah...teruskan buat dan amal benda yang baik...


Mood letak gambo baby dah skrang..hihi...

Seperti biasa, bila tibanya hari lahir, ramai yg akan wish kat kita...first wish of course dpt dari suami tersayang..lps tu adik bradik, sanak saudara dan kenalan...dan yg keduanya yg paling membahagiakan adalah dpt wish dari ibunda (mertua)..sungguh gembira dengan kasih-sayang ini...moga kasih-sayang ini berkekalan sehingga akhir hayatku..Tkde lain yang lebih ternilai dari kasih-sayang...yg tk boleh dijual-beli...

Hari ni saya bekerja..biasanya ambik cuti kalo hari lahir..tp dah kerap sgt lately ambik cuti psl byk sgt halnya..so tk cuti la hari ni...it's ok...janji masih lagi sihat, masih lagi bernafas di bumi Allah, masih lagi ada org tersayang di sisi..itu yang penting....yang membuatkan bukan saya sahaja gembira, tapi anda juga pasti gembira jika berada dlm situasi mcm ni kan?..

Hadiah? First hadiah dah dpt in advance dah dari adik ipar...hihi..baju pregnant..Tq ye for the present..Dari luvly hubby? Owh..yg tu odw..tkpe lah...tk kisah pun psl hadiah, janji kehidupan diberkati dan sentiasa bahagia, tul tak? ;)

Sebenarnya banyak cabaran dan dugaan sepanjang hidup saya...mcm org lain jugak...ada psg surutnya...ada suka ada duka..ada susah ada senang...Namun, Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi saat2 itu..berikan saya jalan untuk selesaikan masalah dengan baik dan teratur...semuanya atas izinNya dan mmg dalam hati ini selalu ingin sesuatu yg terbaik, setiap apa yg berlaku itu adalah takdir dariNya dan kita sbg hambanya perlu selalu meminta pertolangan dariNya..jgn cepat putus asa dan sentiasa berusah untuk yg terbaik..

Menjadi anak, isteri, menantu, ibu mmg banyak cubaan dan dugaannya...antara kita dgn mak ayah, dengan suami, dengan mertua, dengan anak mmg tkkan lari dari cabaran..semuanya perlukan kesabaran dan usaha..Dan saya juga adalah ibu yang berkerjaya..Pengaturan hidup mmg perlu perancangan yang betul utk seimbangkan soal kerja dan keluarga..Begitu juga soal ilmu agama..Semuanya perlu diambil kira..

Itu saje luahan hati...agak kurang teratur sikit penyusunannya sori...hehe... :)

 
Comel kan...nk tenung lama2 biar dpt baby secomel ni..hehe..


Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...