Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Koleksi buku2 bulan June 2014

Assalamualaikum..

Baru2 ni sementara tunggu turn jumpa doktor utk booking bersalin sempat juga ke kedai buku Popular..tgk2 byk buku2 best...harga pun berpatutan..dlm rm10-rm19.90 mcm tu je...apa lg..laju je la tangan capai mana yg nak..hehe

Ada 4 buah buku yg bakal dibaca...mudah2an banyaklah manfaat drpdnya..

Baca buku ni kalo igt balik..zaman sekolah dulu saya mmg tk suka baca buku...sbb kurang minat kot..ntahlah kenapa..belajar pun paksa diri sbb takut ketinggalan..berat66 tul ...hehe .

Syukurlah skrang dah suka mentelaah..ia dtg dgn sendirinya...keinginan utk tahu ilmu lagi dan lagi...harap dptlah juga saya kongsikan nanti slps habis khatam semua buku2 ni... :)

Friday, May 30, 2014

Mengajar Anak Mudah Solat

Assalamualaikum...

Dah dekat separuh saya baca buku ni...mmg bgs sgt2 utk para ibu bapa baca buku ni sbg panduan diri serta memberi cara bagaimana utk mendidik anak2 solat....

Mmg saya tk tipu...saya agak gelisah jika tanggungjawab ni belum dilakukan sebaiknya...sbg ibu bapa..kita bertanggungjawab mendidik anak supaya taat pada Allah dgn menunaikan solat...Solat kan tiang agama...

Jom mentelaah...

Salam sayang,
Nozi


Posted via Blogaway

Sunday, March 9, 2014

Tips Kusyuk dalam Solat

Assalamualaikum..

Berbalik kepada bahagian agama, saya ingin highlightkan mengenai kusyuk dalam solat. Saya pun sedang berusaha memperbaiki mutu solat saya. Ye, jika solat tak kusyuk, kita seperti tidak solat dengan sempurna.

Jadi, bagaimana untuk kusyuk dalam solat?

Ringkasan yang saya rasa boleh menjadi panduan atau nasihat, berdasarkan pembacaan saya di buku2 yang saya beli, berikut adalah nasihat2 yang boleh anda cuba untuk kusyuk dalam solat:

1) Bermulanya dengan mengambil wuduk, ketika mengambil wuduk, masa tu kita perlu kusyuk, bermula dgn niat semestinya lah kan sbb tu rukun wuduk, mmg wajib dan kemudian dinasihatkan ketika kita membasuh tangan kita berdoa Ya Allah, jauhilah tanganku dari melalukan perbuatan yang Engkau larang dan ampunilah dosa2 yang lahir dari tgn ini, seterusnyalah setiap anggota yang kita wuduk. Doakan dan pohon keampunan.

2) Ketika menuju ke arah tempat solat, perbanyakkan zikrullah

3) Sebelum niat dan angkat takbir, iqamah terlebih dahulu. Kemudian, baca doa slps iqamah.

4) Mulakan niat dengan Bismillah dan teruskan niat solat.

5) Faham setiap bacaan-bacaan dalam solat. Anda boleh rujuk buku makna solat.

6) Fokus ketika solat seolah2 Allah sedang melihat anda.

Itulah sedikit sebanyak nasihat2 yg saya boleh share setakat ni. Saya ada beli satu buku yg mempunyai 99 nasihat utk kusyuk dalam solat. Nanti, saya akan tambah lagi info2 yang berguna utk anda. Nasihat2 ini mungkin berbeza atas setiap individu, krn mungkin ada yg sudah buat tapi masih tidak kusyuk dan dgn itu, dia perlu mencari nasihat2 yang lain yang mungkin boleh membantu dia utk kusyuk dalam solat. Semoga bermanfaat. :)


Saya adalah pegedar sah Shaklee, jika ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA, sila hubungi saya segera seperti di bawah,
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Wednesday, March 28, 2012

Ingat Allah, Cintai Allah..tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya

Assalamualaikum,

Tak kenal maka tak cinta! Ye, betul tu...Ilham saya terbit dari kata2 kakak saya sebentar tadi...Mmg betul sebenarnya...kita perlu kenali Allah, barulah lahirnya perasaan cinta yang mendalam di lubuk hati...Apabila kita semakin dekat denganNya, kita akan rasakan ketenangan yang abadi..yang tiada tolak bandingnya...

Bilamana mencintai Allah melebihi segala-galanya, walau sebesar mana ombak dan badai dugaan menimpa kita sekalipun, menghentam gagah ke atas diri kita, pasti kita dapat menghadapinya kerana kita tahu hanya Allah Tuhan Yang Satu yang dapat menolong kita dan berdoa kita tak putus2 kepadaNya, pasti kejayaan dan kebahagian muncul mengintai kita suatu hari nanti.

Perkara yang agak mudah untuk kita lebih kasih dan mencintai Allah adalah dengan melihat keindahan ciptaannya, keunikannya, kehalusannya yang tiada taranya.Lihat dunia ini, berhias bukit bukau, hutan dan rimba, batu-batuan, laut pantai yang begitu indah luas saujana mata memandang.. Lihatlah diri kita sendiri yang begitu halus diciptakanNya. Urat saraf yang berselirat hidup bersama rohnya, degupan jantung yang tiada hentinya memainkan peranan untuk segala sistem di dalam badan kita. Semua organ-organ badan kita yang semuanya mempunyai peranan masing-masing..segalanya diatur penuh halus dan teliti..Itulah keajaiban ciptaan Allah yang kita perlu fikirkan dan hayati…Allahuakhbar!!! Sesungguhnya, Allah Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Agung . Hanyatilah juga segala maksud Nama-nama Allah, Asma Ulhusna 99 nama-nama Allah…Di situ, kita kenali Allah..

Semoga hati kita, jiwa kita sentiasa ingat padaNya. Tips yang saya pegang, ingat bila kita akan mati..Justeru itu, kita pasti akan sentiasa ingin tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri…selamat beramal dan selamat mencari lebih banyak lagi ilmu agama…ada ilmu,ada perkongsian dan istiqamah dalam beramal…

Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...