Showing posts with label SET C. Show all posts
Showing posts with label SET C. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Alfalfa mengetatkan Vagina!

Assalamualaikum..

Cuaca di hari jumaat, hmm memang best time2 weekend ni kalau cuaca panas macam ni. Basuh baju berbakul2 dan cuaca memang panas di luar memang syok habis lah kalau menjemur kain. Hehe..dah beres dah jemur kain 3 bakul, almaklumlah 'rakyat' ramai. :P

Malam Jumaatttt...ehem..ehem...malam jumaat apa ye..hihi..tkyah tunggu malam jumaat, malam lain pun ada..tak faham? Owh, kalau yg dah berkahwin tu sure faham tk payah explain dah. Ok, saya nak bincangkan pasal hubungan intim bagi pasangan yang belum dah berkahwin. Agak sensitif topik ni tapi kakak2, adik2, mak2 orang di luar sana kena faham inilah topik yang biasanya menjadi masalah besar pada mereka yang dah berumahtangga terutamanya selepas bersalin.

Proses kelahiran bayi ni memang satu pengorbanan yang paling besar yang harus ditempuhi bagi bakal2 ibu. Orang tua2 kata, banyak urat2 putus. Selain dari urat2 putus ni, sesuatu yang amat berharga sekali yang perlu diberi perhatian lebih adalah vagina. Kenapa? Semasa proses kelahiran bayi, saiz pelvik kita akan terbuka luas, jika bayi besar memang besar la kan, jika bayi kecil pun mmg besar dari biasa. Maklum sajelah bayi nak keluar, tkkan lah pintunyer kecik kan. Masalah alat sulit longgar bukan masalah baru dalam hidup seorang wanita selepas bersalin. Justeru itu, jika anda mengalaminya, jangan dibiarkan kerana ianya boleh menjejaskan keinginan anda berhubungan seks dengan pasangan anda. Dan ini akan menjejaskan hubungan anda dengan pasangan.
 
Jadi, apa yang perlu dibuat?

Pelbagai kaedah rawatan yang anda boleh buat iaitu bertungku, bertangas  mengurut, sauna, scrub dan bersenam. Rawatan tradisional seperti membasuh vagina dengan air daun sirih juga amat berkesan dalam memelihara kesihatan vagina. Ia juga berfungsi untuk merawati luka-luka di dalam. Sirih juga bagus untuk membunuh kuman-kuman di kawasan vagina yang menyebabkan kegatalan dan membersihkan vagina serta menghilangakan keputihan.

Selain daripada itu, anda juga dicadangkan untuk membuat senaman kegel atau dikenali sebagai kemutan di faraj.

Cara-caranya adalah:
  1. Lakukan kemutan seperti anda ingin menahan air kencing selama 2-3 saat.
  2. Lakukan 25 kali sehari, dalam tiga kali sehari tak kiralah anda duduk di mana. Orang tak perasan pun. ;)
  3. Jangan kecutkan otot perut & punggung semasa membuat senaman ini ye.
Selain itu, pemakanan juga perlulah dijaga. Amalkan pemakanan sihat.Wanita selepas bersalin seelok-eloknya berpantang segala-galanya selama 100 hari, tapi saya berpantang 40 hari je..hihi..Mengikut pantang larang orang tua2, jangan makan makanan sejuk seperti kobis, terung, ubi, kangkung kerana boleh menyebabkan kekejangan pada otot pelvik.

Amalan memakan lengkuas sebagai ulam elok utk rahim (untuk merapatkan semula rahim) selepas bersalin. Selain itu, manjakani pun bagus diamalkan, makan sebiji manjakani sekali seminggu. Yang ni saya tak disiplin. Pemalas skit. :)

Satu lagi tentang hubungan intim selepas bersalin habis tempoh berpantang. Bab ni ada juga wanita yang takut untuk bersama suami kerana fobia ketika bersalin. Biasanya ia terjadi bagi mereka yang sukar melahirkan. Masa ini jugalah kita sebagai wanita perlu fikirkan kewajipan kita terhadap suami yang mana dari segi Islam, kita perlu utamakan. Namun, jika ada persetujuan di antara suami dan kita, itu lagi bagus, buatlah persetujuan dengan cara yang baik. Mungkin tempoh pantang dipanjangkan sedikit untuk persediaan otot2 sihat seperti sediakala. Kesian kaum adam ek..hihi..sabo la dulu..pandai buat kan..pandai ler tanggung.. :P

Dalam dunia serba moden ni macam2 ada selain perkara di atas. Satu yang saya nak syorkan adalah dengan mengamalkan vitamin Shaklee. Ramai yang suka dengan vitamin Shaklee. Salah satu produk yang bagus untuk mengetatkan vagina adalah Alfalfa.

 Fungsi Alfalfa:Untuk mengetatkan vagina, membantu memulihkan masalah keputihan, dan menegangkan payudara.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, October 4, 2013

Masalah ketika berpantang/selepas bersalin yang tak boleh dibiarkan

Assalamualaikum..

Saya baru terbaca mengenai masalah2 yang mungkin dihadapi ketika berpantang dan perlu diberi perhatian yang serius sekiranya ianya berlaku. Kebiasaanya ia terjadi selepas beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Oleh itu, rawatan yang serta-merta perlulah diberikan untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang lebih teruk dan membahayakan si ibu.

Amat penting sekali jika kita menyimpan nota mengenai maklumat hospital yg perlu dihubungi jika berlakunya kes2 kecemasan. Maklumkan kepada pasangan atau ahli keluarga tentang nota yang kita simpan itu.

Senarai berikut akan membantu anda mengenalpasti sama ada anda memerlukan rawatan serta-merta ataupun boleh menunggu sehingga waktu kerja biasa. Jika terdapat sebarang keraguan, hubungi doktor anda dengan segera.

Keadaan yg memerlukan tindakan segera sekiranya perkara di bawah berlaku:
  • Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba
    Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 
  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
    Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.
  • Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
  • Nafas pendek
    Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).
  • Sakit dada
    Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital
  • Sakit betis
    Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
  • Berfikir hendak membunuh diri
    Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
    Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.
  • Demam yang sangat panas (38 darjah C)
    Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
    Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.
  •  

Keadaan cemas tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:

  • Rembesan faraj yang berbau busuk
    Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.
  • Perut yang sakit
    Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas).
  • Buasir yang teruk atau bengkak
    Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.
  • Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
    Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.
  • Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
    Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.
  • Punggung bocor
    Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.

 Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1043311/simptom-selepas-bersalin-yang-tidak-boleh-anda-abaikan#ixzz2ghmEmYKr

Anda ingin mencari vitamin-vitamin yang boleh mengelakkan anda mengalami masalah-masalah di atas?
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Thursday, October 3, 2013

Jika keguguran, nak berpantang macamana dan apakah Set shaklee yang perlu diambil?

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin kongsikan kepada sesiapa sahaja yang mengalami keguguran tak kiralah samada kawan2, saudara mara atau jiran. Baru je sebentar tadi ada customer tanya saya mengenai set ni. Baru saya teringat, saya tk pernah post lagi mengenai set shaklee untuk mereka yang mengalami keguguran. Saya sendiri pun baru sahaja keguguran bulan 7 baru2 ni. Dan saya telah mengambil set Shaklee. Sebelum ambil set shaklee pun saya lihat dulu testimonial orang ramai. Apabila puas hati tengok testi orang ramai, saya pun gunalah untuk berpantang selepas gugur anak ke-4. Setakat ni alhamdulillah, saya kembali sihat dan bertenaga.

Berikut adalah set yang dicadangkan untuk mereka yang mengalami keguguran (Set Berpantang + GLA) :
  1. Vita-C
  2. Vita-Lea
  3. B Complex
  4. Zinc Complex
(4 vitamin di atas adalah set berpantang, untuk lihat fungsinya sila rujuk di sini)

dan GLA - berfungsi untuk mengelakkan kemurungan, meningkatkan kesuburan dan menstabilkan hormon.
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, September 28, 2013

Set C (Confinement) iaitu untuk ibu-ibu yang berpantang atau yang menjalani pembedahan.

Assalamualaikum..

Hai, salam sihat buat semua. Sekarang ni makin ramai di luar sana yang ingin mencuba supplement ketika berpantang. Kebanyakannya mempunyai sebab iaitu taknak anak panas bila menyusu badan. . Jadi, mereka takkan makan jamu/herba yang kebanyakannya panas dan boleh mengakibatkan anak cirit-birit. Ada juga tak suka makan jamu sebab pahit, tak sedap dan sebaginya.

Di Shaklee, kami ada set sesuai untuk mereka yang sedang berpantang.

1) Alfalfa – milk booster
Alfalfa dicadangkan untuk mereka yang menyusu badan dan juga bagus dalam proses penghadaman makanan. Ia mempunyai enzim penting dalam penghadaman makanan. Biasanya, dalam berpantang ni ada yang mengalami sembelit terutama sekali pada awal kita ingin membuang air besar. Masa tu luka pun masih belum pulih. Selain dari itu, ia juga bagus kerana dapat mengurangkan toksin dalam badan, fungsi detox pun ada juga tu. Bagus ketika berpantang kerana boleh menghilangkan kebas-kebas dan sakit sendi. Ia juga merendahkan kolestrol dalam badan. Wah, bagus kan fungsi Alfalfa.

2) Vitalea/ Multivitamin
Saya pasti semua sudah maklum bahawa selepas bersalin, kita akan banyak kehilangan darah. Oleh itu,ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Dalam multivitamin ini terkandung zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Untuk ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

3) B Complex
B Complex juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan, bahaya tau kalau kena penyakit meroyan ni, boleh bawa sampai ke tua dan bertambah kronik jika dibiarkan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. Bagus sekali untuk jaga emosi. Sebab nanti nak menyusu pun kena stabil dari segi emosi. :)

4) Sustained Release Vita-C
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

5) Zinc

 Zinc pula adalah salah satu galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc, ada juga yang tak suka makan sebab hanyir dan sebagainya. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu badan turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, March 20, 2012

Jadual makan vitamin Shaklee

Assalamualaikum,

Di sini saya nak inform kepada sesiapa yang nak makan vitamin2 Shaklee. Sedikit panduan untuk jadual pengambilan vitamin2 Shaklee.

Nota: Pastikan anda mengambil 2-3 liter air sehari setelah mengambil vitamin2 ini untuk memudahkan penyerapan ke dalam tubuh badan anda.

Credit to MamaFaiz dan Efi.

The basic rule are:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Osteomatrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu
LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

*APA YANG TAK DIGALAKKAN

1. Elakkan pengambilan alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea
Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)
Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...
Afternoon teabreak : Minum segelas ESP
Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)
Sebelum tidur :Osteomatrix
Atau cadangan lain spt berikut:
 
Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
ESP
Tengah Hari
Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.




Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, March 19, 2012

Set Shaklee untuk kesihatan anda!

Assalamualaikum,

Sekarang ni macam2 kita usahakan untuk menjadi insan yang lebih sihat. Dulu saya pernah cuba macam2 supplement. Last skali, saya cuba Shaklee. Pernah dulunya saya ambik Shaklee tapi saya tak disiplin. Sekarang dah 2 bulan saya guna Shaklee Set B untuk ibu yang menyusu badan dan saya rasai hasilnya. Susu memang banyak dan cukup untuk bayi saya dan saya juga rasa lebih bertenaga.

Berikut saya senaraikan set2 Shaklee yang dikhaskan untuk anda yang pentingkan kesihatan. Janganlah terlalu berkira untuk kekal sihat. Pelaburan anda untuk kekal sihat memang jauh lebih murah daripada pelaburan anda jika anda sakit. Kita memang taknak berdoa untuk sakit tetapi kita kena mencegah dari awal. Cegah lebih baik dari mengubati.


Set A (OPTIMUM HEALTH) - untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan taraf kesihatan,energy,destress,dan mcm2 lagi.
B Complex
Vitamin C

Set B (BREASTFEEDING) -untuk ibu2 menyusu
Vitalea/ Multivitamins
B Complex
Vitamin C
Alfalfa
*digalakkan add on 1 canister ESP

Set C (CONFINEMENT) - untuk ibu2 yang ingin berpantang atau mereka yang menjalani pembedahan
alfafa – milk booster
Vitalea/ Multivitamin
B Complex
Vitamin C
Zinc

Set D (SKINCARE) - untuk kulit yang berseri, dan juga untuk kesihatan jantung/turunkan kolestrol
B Complex
Vitamin C
Vitamin E

SET E (SET B + Ostematrix) - untuk ibu2 menyusu dan mereka yang sering sakit2 pinggang,pecah tumit,under fisioterapi..
Vitalea/ Multivitamin
B Complex
Vitamin C
Alfalfa
Ostematrix @ Calcium

Set F (FEMININE) - untuk kesihatan dalaman wanita
30 tabs of Vitamin E
90 tabs of Alfalfa

Set G (RESDUNG, ALERGY, ECZEMA, ASTHMA) - untuk mereka yang alergi..resdung..keputihan..eczema..
Vitamin C
B Complex
Alfalfa

Set H (IMMUNE BOOSTER) - untuk mereka yang sering demam atau ingin mencegah kanser..
Nutriferon

Ibu hamil 1st trimester
Vitalea
B comp
VitaC
Ostematrix

Ibu hamil 2nd & 3rd trim
Vitalea
B complex
VitaC
Omega guard
Ostematrix

Ada lagi additional combination yang anda boleh ambil untuk keluarga dan diri sendiri.

Utk Bakal Pengantin
Vitalea, vitamin C, B complex, Vitamin E

Untuk yang nak turunkan berat badan..
Herblax. ..Lecitin...Alfalfa.. B-Complex..(Add on 1 canister Cinch Shake)

Smart brain for student
Lecitin, B-Complex, Omega

Vitamin untuk kanak2
MealShake..Vitalea Chewable,Vita C Chewable...Omega

Sekali lagi saya nasihatkan, jangan tangguh2 lagi. Untuk dapatkan harga menarik, jgn lupa email atau call saya.
Nozi
HP no: 012-9518850

Sumber:
Credit to aulawrites.blogspot.com

Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...