Friday, October 4, 2013

Masalah ketika berpantang/selepas bersalin yang tak boleh dibiarkan

Assalamualaikum..

Saya baru terbaca mengenai masalah2 yang mungkin dihadapi ketika berpantang dan perlu diberi perhatian yang serius sekiranya ianya berlaku. Kebiasaanya ia terjadi selepas beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Oleh itu, rawatan yang serta-merta perlulah diberikan untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang lebih teruk dan membahayakan si ibu.

Amat penting sekali jika kita menyimpan nota mengenai maklumat hospital yg perlu dihubungi jika berlakunya kes2 kecemasan. Maklumkan kepada pasangan atau ahli keluarga tentang nota yang kita simpan itu.

Senarai berikut akan membantu anda mengenalpasti sama ada anda memerlukan rawatan serta-merta ataupun boleh menunggu sehingga waktu kerja biasa. Jika terdapat sebarang keraguan, hubungi doktor anda dengan segera.

Keadaan yg memerlukan tindakan segera sekiranya perkara di bawah berlaku:
  • Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba
    Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 
  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
    Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.
  • Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
  • Nafas pendek
    Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).
  • Sakit dada
    Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital
  • Sakit betis
    Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
  • Berfikir hendak membunuh diri
    Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
    Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.
  • Demam yang sangat panas (38 darjah C)
    Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
    Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.
  •  

Keadaan cemas tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:

  • Rembesan faraj yang berbau busuk
    Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.
  • Perut yang sakit
    Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas).
  • Buasir yang teruk atau bengkak
    Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.
  • Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
    Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.
  • Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
    Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.
  • Punggung bocor
    Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.

 Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1043311/simptom-selepas-bersalin-yang-tidak-boleh-anda-abaikan#ixzz2ghmEmYKr

Anda ingin mencari vitamin-vitamin yang boleh mengelakkan anda mengalami masalah-masalah di atas?
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...