Showing posts with label anak meragam. Show all posts
Showing posts with label anak meragam. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

ATASI ANAK TANTRUM DENGAN 5 TEKNIK YANG BERKESAN.

Assalamualaikum..

ATASI ANAK TANTRUM DENGAN 5 TEKNIK YANG BERKESAN.


Bukan mudah untuk mengadap kerenah anak-anak terutama ketika anak menjejak usia 2 tahun. Ketika ini mereka baru sahaja biasakan diri makan dan minum sendiri dan baru tahu bertutur serta faham beberapa patah perkataan sahaja. Ada juga yang langsung tak faham apa mesej yang ibu atau bapa ingin sampaikan.

Berdasarkan pengalaman MamaZie, anak mudah tantrum ni kerana mereka tidak pandai untuk memberitahu apa sebenarnya kehendak mereka. Bila ibunya tidak faham apa yang dimintanya maka mudahlah mereka mengamuk dan meronta² inginkan perhatian.

MamaZie rasa, ibu² atau bapa² di luar sana ada alami anak tantrum.

Ok, di sini MamaZie ingin kongsikan teknik berkesan untuk mengatasi anak tantrum.

1) Biarkan Anak Bertenang

Biasanya apabila anak menangis dan mengamuk dan MamaZie tak faham mereka nak apa, MamaZie akan biarkan saje mereka melayan emosi mereka sehinggalah mereka rasa puas. Macam orang dewasa juga kan, ada sesetengah yang boleh hilangkan stress dengan menangis sepuas²nya.Tapi bukan mengamuk pula ye.Hehe.

2) Cuba Alih Perhatian Anak

Kendalikan tantrum si comel dengan mencari apa minatnya. Katakan dia suka bermain pick-a-boo, atau baba cak! atau main sorok² ,menyanyi ataupun menari. Lakukan saje dan pasti dia tidak tantrum lagi. Ataupun yang jenis suka digeletek. Pasti mereka tiba² terbahak² ketawa.😂

3) Jangan Berkasar

Cuba kawal emosi kita sebagai orang dewasa untuk tidak memarahi mereka. Ini memang sesuatu yang agak kental yang pernah MamaZie lakukan pada mulanya. Namun,setelah MamaZie praktikkan,ia memberikan kesan yang positif kepada si kecil dan juga diri MamaZie sendiri. Secara tak langsung kita pun tenang dan gembira.

Bukan apa, bila kita marah dan ikut emosi raksasa kita, anak makin memberontak dan seolah² apa yang kita tonjolkan itu memantul semula kpd mereka. Bukankah kita ibu bapa ini cerminan buat mereka. Copy & Paste.😆

4) Banyakkan Bersabar

Ye, setiap ibubapa memang perlu sabar dan kental dalam mendidik anak². Banyakkan ingat Allah dan ketahuilah, semua yang kita dapat itu adalah untuk menguji setiap inci keimanan kita dan juga ingin memberi satu ilmu untuk kita menjadi ibubapa yang kreatif dalam menangani emosi si kecil.

5) Berilah Pujian & Ciuman Apabila Tantrumnya Sudah Reda

Teknik terakhir yang MamaZie ingin anda semua buat adalah berikan kata² pujian kepada si comel.

"Wah, bagusnya Iffah pandai baca buku."

"Wah, pandainya Humaira nyanyi, cuba nyanyi sekali lagi,mama nak dengar."

Paling tidak, ciumlah dan peluklah mereka dan katakan, "Mama sayang Solihin".😍

Itulah sedikit sebanyak teknik yang dapat MamaZie kongsikan jika kita mengalami anak tantrum.

Jika anda ada teknik lain yang ingin dikongsikan, marilah kita kongsi sama².

Moga bermanfaat. 😘😘😘


MamaZie 😍

Elseeboomers * Elsee_Prenatal Seller


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Mamazie…

Monday, April 21, 2014

Anak-anakku...

Assalamualaikum..

Di saat membesarkan anak2 ni memang banyak dugaannya. Dari anak selepas dilahirkan, 0-12 bulan, ketika menyusukan, berjaga malam2, tidur tak menentu, memang betul2 menguji ketahanan fizikan mahupun mental. Namun, keletihan itu akan hilang sekiranya ia dilakukan seikhlasnya kerana ingin mencari keredhaan Allah.


Habis di awal usia 0-12 bulan, masuk umur 1-3 tahun, diuji pula dengan kelincahan dan kawalan pergerakan anak2 yang begitu pantas yg tak boleh sesekali kita leka dan alpa. Silap haribulan, boleh hilang jika terlepas pandang apabila sedang asik memilih barang/shopping di mana2. Hehe, macam pernah dilalui jerk. Iye, dah pernah lalui. Masa anak sulong saya umur 2 tahun, hilang dalam 15 minit kat Parkson, Sungai Wang bagai nak luruh jantung ni ketika itu hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan seorang ibu dan bapa ketika kehilangan anak walaupun sekejap. 15 minit tu mcm2 kami fikir. Mujurlah guard wanita yang jaga premis kat situ terjumpa dia. Syukur.

Berakhir bab umur 1-3 tahun, masuk pula umur 7-4 tahun. Fuhh, ini lagi menguji kesabaran seorang ibu dan bapa. Cakap kita payah didengar, tapi sebagai seorang ibu dan bapa, doa itu memanglah amat penting untuk mendapat seorang anak yang mendengar kata dan soleh/solehah. Saya tahu, ini semua ujian buat saya. Mungkin juga saya banyak buat dosa masa dulu dan sekarang dan saya perlu bersihkan dosa2 saya. Kawan saya ada cakap, cubalah buat solat malam. InshaAllah, lama-kelamaan, anak itu akan dengar kata kita dan akan jadi anak yang berguna.

Saya mengerti, untuk mendapat sesuatu benda tu bukannya akan terus dapat serta-merta. Kita perlu kesabaran yang tinggi. Allah sedang menguji. Teringat ayat2 suci AlQuran yang membawa maksud, dunia ni hanyalah pentas ujian. Bukan untuk seronok2. Jadi, janganlah kita anggap dunia ni tempat kita bersuka ria. Ia umpama ujian/exam untuk melayakkan diri kita ke SyurgaNya.

Ok la..celoteh tentang kehidupan. Pasti anda di luar sana pun sedang alami benda yang sama...jom kita banyakkan bersabar dan sentiasa bertaubat dan buat solat2 extra, solat sunat,solat malam, mengaji Quran dan fahaminya serta mengamalkannya. :)

Jadi anakku, dengarlah pesan Mamamu ini:

 

SEDANG MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KELUARGA,DIRI ATAU ANAK???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, March 20, 2012

Anak kecilku meragam lagi..

Assalamualaikum,

Dah lewat mlm...tapi jari-jemari terasa nak menaip sesuatu..mlm ni dah mlm keempat baby saya menangis malam sebelum lena tido. Waduh2..mmg rasa agak penat,tapi semua ibu2 akan alami benda yang sama jika anaknya tak berapa sihat. Baby saya ni selsema. Dah 4 hari. Kesian kan kalau budak2 kecik selsema. Lagi lah jika masih bayi. Baru 8 bulan, Nur Iffah Zahra nama bayi saya yg ketiga ni.Agak agresif anak ketiga ni ye..asik nak marah aje. Bila time tak sihat mcm ni lagilah kuat marahnya. Tersumbat hidungnya, berair hingusnya lagi..sape tak marah...baby pulak tuh...nk buang hingus pun tak reti...
Saya ada beli pump modu untuk mengepam susu...ada juga skali diberi set untuk menyedut hingus. Saya ada guna juga...tapi biasa la baby ni mmg tk suka org main hidung dia banyak kali...dia mengelak jugak la time nak sedut....tapi saya mmg suka alat sedut dari Modu pump ni...senang sgt...
Tadi, masih meragam...beri susu tak nak, dah kenyang kot sbb baru je lps menyusu. Saya takde arah dah nk pujuk dan dodoi dia...last skali saya berdiri..peluk dia dan dodoi....barulah dia lena dalam pangkuan saya....kadang2 dia nk mcm tu..kadang2 dia nak tido sambil hisap susu...pelbagai...kena ada instinct apa kehendak dia..cuba segala cara...

Tiga anak tiga ragam kan...hehe...anak yg first dulu senang sgt2 ...tido senang...tak banyak ragam..yang kedua plak...agak hebat ragamnya dan pantang letak je trus nangis...sehingga ada yang kata, kena sawan tangis...Yang ketiga ni balance kot...ada kalanya begitu mudah dan beri kerjasama kat mamanya...tk nangis..tak meragam..hehe...tapi, time meragam...habis mama dan papa ler memujuk selang seli...huhu...

Tapi, apa2 pun...seronok ada anak ni..Syukur Ya Allah, manisnya nikmatMu ini...mudah-mudahan saya lebih tabah dan sabar dan lebih rasa kasih-sayangNya dengan nikmat anak yang Dia kurniakan...

Hmm..cukuplah celoteh kosong saya...anak2 smua dah tido...saya pun ada benda skit nak baca sblm tido..gali ilmu..gali dan terus gali...

Ilmu takkan habis...nite.. :)

Sekian,
Nozi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...