Monday, April 21, 2014

Anak-anakku...

Assalamualaikum..

Di saat membesarkan anak2 ni memang banyak dugaannya. Dari anak selepas dilahirkan, 0-12 bulan, ketika menyusukan, berjaga malam2, tidur tak menentu, memang betul2 menguji ketahanan fizikan mahupun mental. Namun, keletihan itu akan hilang sekiranya ia dilakukan seikhlasnya kerana ingin mencari keredhaan Allah.


Habis di awal usia 0-12 bulan, masuk umur 1-3 tahun, diuji pula dengan kelincahan dan kawalan pergerakan anak2 yang begitu pantas yg tak boleh sesekali kita leka dan alpa. Silap haribulan, boleh hilang jika terlepas pandang apabila sedang asik memilih barang/shopping di mana2. Hehe, macam pernah dilalui jerk. Iye, dah pernah lalui. Masa anak sulong saya umur 2 tahun, hilang dalam 15 minit kat Parkson, Sungai Wang bagai nak luruh jantung ni ketika itu hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan seorang ibu dan bapa ketika kehilangan anak walaupun sekejap. 15 minit tu mcm2 kami fikir. Mujurlah guard wanita yang jaga premis kat situ terjumpa dia. Syukur.

Berakhir bab umur 1-3 tahun, masuk pula umur 7-4 tahun. Fuhh, ini lagi menguji kesabaran seorang ibu dan bapa. Cakap kita payah didengar, tapi sebagai seorang ibu dan bapa, doa itu memanglah amat penting untuk mendapat seorang anak yang mendengar kata dan soleh/solehah. Saya tahu, ini semua ujian buat saya. Mungkin juga saya banyak buat dosa masa dulu dan sekarang dan saya perlu bersihkan dosa2 saya. Kawan saya ada cakap, cubalah buat solat malam. InshaAllah, lama-kelamaan, anak itu akan dengar kata kita dan akan jadi anak yang berguna.

Saya mengerti, untuk mendapat sesuatu benda tu bukannya akan terus dapat serta-merta. Kita perlu kesabaran yang tinggi. Allah sedang menguji. Teringat ayat2 suci AlQuran yang membawa maksud, dunia ni hanyalah pentas ujian. Bukan untuk seronok2. Jadi, janganlah kita anggap dunia ni tempat kita bersuka ria. Ia umpama ujian/exam untuk melayakkan diri kita ke SyurgaNya.

Ok la..celoteh tentang kehidupan. Pasti anda di luar sana pun sedang alami benda yang sama...jom kita banyakkan bersabar dan sentiasa bertaubat dan buat solat2 extra, solat sunat,solat malam, mengaji Quran dan fahaminya serta mengamalkannya. :)

Jadi anakku, dengarlah pesan Mamamu ini:

 

SEDANG MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KELUARGA,DIRI ATAU ANAK???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...