Wednesday, May 2, 2012


Assalamualaikum..

Ihsan Google


Hari ni saya begitu sayu. Malam tadi pun tak brapa lena nak tidur. Zahra pun seakan boleh rasai bahawa esok dia akan dijaga pengasuh lain. Dia asik menangis ketika sedang lena tidur. Sekejap2 terjaga.

Hari ni kiranya dalam sejarah hidup saya kerana pertama kali menghantar baby ke taska. Jika diimbas kembali, anak Sulong dulunya dijaga oleh adik ipar saya. Setelah adik ipar berkahwin, saya hantar tadika masa 4 tahun sehinggalah sekarang dah berumur 8thn. Anak kedua pula selepas habis pantang dan mula bertugas, saya tinggal kpd pengasuh tempatan, berdekatan dengan rumah saya. Tapi hanya bertahan sebulan. Kemudian, Kakak Ipar saya sanggup jaga sementara saya mencari bibik (pembantu Indon) buat anak kedua saya. Anak kedua agak cerewet kerana selalu sangat menangis dan selalu ingin didukung.

Setelah dapat bibik dan bertahan selama 3 tahun, anak kedua saya terus ke tadika. Dan ini, anak ketiga pula, pengasuh dia adalah kakak Ipar yang dulu pernah menjaga anak kedua. Akan tetapi, saya dengan berat hati rela hati mencari alternatif lain utk penjagaan Zahra kerana Kakak Ipar ingin membuka perniagaan kecil-kecilan. Ini adalah pilihan saya sendiri bukannya Kakak Ipar yang ingin berhenti menjaga Zahra.

Setelah ditimbang tara dan dicari seberapa banyak yang mungkin bakal2 pengasuh baru Zahra, akhirnya saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke taska. Taska tu dekat dengan tempat tinggal saya. Seorang pengasuh akan jaga 3 bayi. Tetapi disebabkan taska baru dibuka utk jagaan bayi, pengasuh hanya ada seorang untuk 3 org bayi termasuklah Zahra.

Pagi tadi, setelah menghantar kedua2 kakaknya, Zahra saya hantar paling last ke taska kerana takut dia menangis dan sempatlah saya untuk menunggunya sebelum ke tempat kerja. Alhamdulillah syukur, Zahra tak menangis dengan pengasuh baru. Pengasuh pula lemah-lembut orangnya dan dia pun dah dilatih melalui kursus khas untuk asuhan kanak2. Saya pula yang tiba2 setelah melihatnya dari jauh ketika hendak ke tempat kerja. Sayu rasa di hati kerana inilah kali pertamanya saya menghantar anak ke taska. Taska ni saya suka kerana kebersihan terjaga dan pengasuhnya dari first impression saya nampaknya baik dan pandai menjaga bayi. Pengasuh tu pula dah ada anak umur 3 tahun. Ada juga skali di situ.

Hanya doa diiringi ketika bergerak ke tempat kerja. “Ya Allah, lindungilah anak-anakku di bawah jagaan orang lain. Elakkan mereka dari mara bahaya.” Itulah doa yang selalu ku pinta dari Allah untuk keselamatan anak2. Sekarang saya mohon perlindungan Allah segalanya. Saya sudah berusaha sedaya yg mungkin untuk mendapatkan tempat tinggal yang terbaik utk anak2 saya ketika saya bekerja. Syukur Ya Rabb kerana Engkau telah permudahkan urusanku.

Tapi tadi mmg barang Zahra banyak betul la sebab hari pertama. Bubur sempat saya siapkan jam 5 pagi tadi, untuk makan tengah hari dan petang. Saya dah pesan siap2 pada pengasuh. Susu EBM pun dah tersedia utk dipanaskan apabila diperlukan nanti. Dan susu soya serta nestum ada juga saya standby kalau2 susu dia masam atau tak cukup atau bubur nasi dia basi atau tak cukup. Tilam kecik dan bantal Zahra saya bawa skali utk pastikan dia lebih selesa. Memang taska sudah sediakan tetapi saya rasa saya perlu sediakan juga mana yang terbaik buatnya.

Hmm..tak sabarnya mama nak pegi jenguk Zahra waktu lunch nanti. Fikiran mama ni asik terbayang2 wajah Zahra yang sayu redup tepinga2 di tempat baru.. Sabarlah sayang…belajarlah dugaan hidup ini dari kecil. Umurmu 9 bulan di taska memang mencabar diri mama jua..Namun, Mama akan cuba lakukan yang terbaik buat Zahra dan anak2 mama yang lain. Mama sayang kamu semua.

Arghh!! Di saat ini, dugaan macam ni terasa ingin menghabiskan masa 24 jam dengan anak2 dari hanya 16 jam sahaja. Smua ibu2 akan terasa begitu kan?

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...