Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Meal Shakes sedap dan enak - sesuai bagi yang tidak suka mkn pil

Assalamualaikum..

Berikut adalah kebaikan Meal Shakes. Amat sesuai utk anak2 atau org dewasa yang tak suka makan pil. Dengan berperisa vanila, enak jika dibancuh bersama satu sudu besar (dewasa) & satu sudu kecil (kanak-kanak) bersama susu segar. Susu segar akan berperisa vanila dan hilang rasa lembu. Ada juga yang tidak bole minum susu akan bole minum susu dan sekaligus mendapat pelbagai sumber vitamin dari Meal Shakes.

Sesuai untuk kanak2, ibu2 mengandung/menyuskan bayi mereka, untuk membuang lemak2 dlm badan kerana mengandungi serat larut (memang hadam dan membuang dengan baik sekali).


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 14, 2012

Testimonial Meal Shakes dan Omega Guard dari anak saya..

Assalamualaikum..


Hari ni saya amat gembira kerana ingin berkongsi hasil Meal Shakes dan Omega Guard pada anak Sulong saya Sofia. Sedikit info psl anak saya Sofia. Dia berumur 8 tahun. Seorang yang aktif tapi kurang makan. Dia juga mempunyai penyakit ketuat di jari. Dah setahun lebih rasanya ketuat makin byk di jari dia dan membuatkannya rasa tidak selesa. Macam2 ubat sudah diguna tetapi tiada kesan. Saya terfikir Shaklee ada supplement yang boleh dicuba utknya.

Alhamdulillah, Sofia gemar minum Meal Shakes yang dicampuri dengan Fresh Milk. Begitu juga Omega Guard. Dia memang gemar makan minyak ikan bercapsul softgel. Kesannya, dia sekarang memang selera makan. Makan byk mcm saya.hehe.. Lps tu yang paling saya tak sangka, ketuat dia hilang 99.9%. Tinggal satu biji je lagi daripada 6 biji ketuat. Syukur Ya Allah, kerana semua ni atas izinMu. Mujarab Shaklee atas izinMu. Mmg saya tak ada letak apa2 ubat dan saya tahu itu adalah kesan Shaklee. Sofia pun ceria aje slps lihat jarinya dah tkde ketuat yang juga menjadi ejekan kawan2nya.


 

Itu sahaja yang saya nk kongsikan di sini, iaitu kegembiraan saya tetang masalah penyakit kulit anak saya…Alhamdulillah..


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…



Wednesday, May 2, 2012


Assalamualaikum..

Ihsan Google


Hari ni saya begitu sayu. Malam tadi pun tak brapa lena nak tidur. Zahra pun seakan boleh rasai bahawa esok dia akan dijaga pengasuh lain. Dia asik menangis ketika sedang lena tidur. Sekejap2 terjaga.

Hari ni kiranya dalam sejarah hidup saya kerana pertama kali menghantar baby ke taska. Jika diimbas kembali, anak Sulong dulunya dijaga oleh adik ipar saya. Setelah adik ipar berkahwin, saya hantar tadika masa 4 tahun sehinggalah sekarang dah berumur 8thn. Anak kedua pula selepas habis pantang dan mula bertugas, saya tinggal kpd pengasuh tempatan, berdekatan dengan rumah saya. Tapi hanya bertahan sebulan. Kemudian, Kakak Ipar saya sanggup jaga sementara saya mencari bibik (pembantu Indon) buat anak kedua saya. Anak kedua agak cerewet kerana selalu sangat menangis dan selalu ingin didukung.

Setelah dapat bibik dan bertahan selama 3 tahun, anak kedua saya terus ke tadika. Dan ini, anak ketiga pula, pengasuh dia adalah kakak Ipar yang dulu pernah menjaga anak kedua. Akan tetapi, saya dengan berat hati rela hati mencari alternatif lain utk penjagaan Zahra kerana Kakak Ipar ingin membuka perniagaan kecil-kecilan. Ini adalah pilihan saya sendiri bukannya Kakak Ipar yang ingin berhenti menjaga Zahra.

Setelah ditimbang tara dan dicari seberapa banyak yang mungkin bakal2 pengasuh baru Zahra, akhirnya saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke taska. Taska tu dekat dengan tempat tinggal saya. Seorang pengasuh akan jaga 3 bayi. Tetapi disebabkan taska baru dibuka utk jagaan bayi, pengasuh hanya ada seorang untuk 3 org bayi termasuklah Zahra.

Pagi tadi, setelah menghantar kedua2 kakaknya, Zahra saya hantar paling last ke taska kerana takut dia menangis dan sempatlah saya untuk menunggunya sebelum ke tempat kerja. Alhamdulillah syukur, Zahra tak menangis dengan pengasuh baru. Pengasuh pula lemah-lembut orangnya dan dia pun dah dilatih melalui kursus khas untuk asuhan kanak2. Saya pula yang tiba2 setelah melihatnya dari jauh ketika hendak ke tempat kerja. Sayu rasa di hati kerana inilah kali pertamanya saya menghantar anak ke taska. Taska ni saya suka kerana kebersihan terjaga dan pengasuhnya dari first impression saya nampaknya baik dan pandai menjaga bayi. Pengasuh tu pula dah ada anak umur 3 tahun. Ada juga skali di situ.

Hanya doa diiringi ketika bergerak ke tempat kerja. “Ya Allah, lindungilah anak-anakku di bawah jagaan orang lain. Elakkan mereka dari mara bahaya.” Itulah doa yang selalu ku pinta dari Allah untuk keselamatan anak2. Sekarang saya mohon perlindungan Allah segalanya. Saya sudah berusaha sedaya yg mungkin untuk mendapatkan tempat tinggal yang terbaik utk anak2 saya ketika saya bekerja. Syukur Ya Rabb kerana Engkau telah permudahkan urusanku.

Tapi tadi mmg barang Zahra banyak betul la sebab hari pertama. Bubur sempat saya siapkan jam 5 pagi tadi, untuk makan tengah hari dan petang. Saya dah pesan siap2 pada pengasuh. Susu EBM pun dah tersedia utk dipanaskan apabila diperlukan nanti. Dan susu soya serta nestum ada juga saya standby kalau2 susu dia masam atau tak cukup atau bubur nasi dia basi atau tak cukup. Tilam kecik dan bantal Zahra saya bawa skali utk pastikan dia lebih selesa. Memang taska sudah sediakan tetapi saya rasa saya perlu sediakan juga mana yang terbaik buatnya.

Hmm..tak sabarnya mama nak pegi jenguk Zahra waktu lunch nanti. Fikiran mama ni asik terbayang2 wajah Zahra yang sayu redup tepinga2 di tempat baru.. Sabarlah sayang…belajarlah dugaan hidup ini dari kecil. Umurmu 9 bulan di taska memang mencabar diri mama jua..Namun, Mama akan cuba lakukan yang terbaik buat Zahra dan anak2 mama yang lain. Mama sayang kamu semua.

Arghh!! Di saat ini, dugaan macam ni terasa ingin menghabiskan masa 24 jam dengan anak2 dari hanya 16 jam sahaja. Smua ibu2 akan terasa begitu kan?

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, March 27, 2012

Meal Shakes, hidangan lazat dan berkhasiat. Siapakah yang boleh mengambil makanan tambahan ini?


Apa itu Meal Shakes?
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Apa yang membuatkan saya suka dengan Meal Shakes,ia adalah salah satu supplement yang sangat lazat, berkhasiat dan mudah disediakan dan sgt digemari oleh anak2 saya...Boleh juga menjadi sarapan segera yang berkhasiat dan sedap yang mampu dibeli. Cadangan yang cukup sesuai untuk untuk para atlet, dan sesuai diminum bila-bila masa sahaja. Hidangannya juga mudah, rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Apa yang sangat-sangat menarik sekali mengenai Meal Shakes?

  • Ia sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam.
  • Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang.
  • Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplement dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Wahh…banyak khasiatnya kan? Saya cadangkan anda milikinya untuk anak2…InsyaAllah, anak lebih bertenanga dan mudah menerima pengajaran di tadika/sekolah2..saya pun memilikinya dan anak2 memang teramat sukakannya…

Cadangan hidangan:
Campurkan dengan fresh milk untuk anak2..
Saya sendiri, saya campurkan dengan holick ataupun nestum…mmg lazat sekali…trylahh..

Salam Sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...