Assalamualaikum..
Sebagai seorang muslim, kita pasti akan rasa masih ada kekurangan dalam diri kita terutamanya dalam beribadah. Namun, keluhan tidak bermakna tanpa usaha dan azam jika kita betul-betul ingin memperbaiki mutu hidup kita. Sebagai umat Islam, hamba Allah Tuhan Yang Maha Besar, tidakkah kita terfikir untuk lakukan yang terbaik untuk Tuhan yang menciptakan kita? Yang memberi segala nikmat yang tidak dapat di mana-mana. Nikmat yang paling dekat sekali adalah nikmat hidup, sihat, mempunyai tempat berteduh, aman, rezeki melimpah ruah, dan sebagainya.
Berbalik pada topik sebenar yang ingin saya kongsikan di sini. Ia mengenai solat sunat Dhuha. Ini adalah salah satu solat sunat yang perlu kita amalkan. Pertamanya, sudah tentulah solat wajib itu perlu dilakukan sebanyak 5 kali sehari dan mutu solat perlulah dijaga. Seterusnya, kita boleh menambah amal ibadah kita dengan melakukan solat sunat yang lain.
Solat Sunat Dhuha, dilakukan selepas terbitnya matahari (28 minit selepas syuruk) dan boleh dilakukan 10 minit sebelum masuknya waktu zohor. Seeloknya dilakukan ketika matahari tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9:30 pagi.
Nota:Anda boleh merujuk buku panduan solat sunat Dhuha untuk mengetahui cara-cara solat Dhuha.
Melakukan solat Dhuha memang banyak kelebihannya, namun kita perlu niat ikhlas dilakukan untuk mendapat redha dan kasih-sayang dari Allah s.w.t. Janganlah kita lakukan kerana ingin mengharapkan rezeki yang banyak tetapi satu-satunya usaha tambahan kita untuk mendekatkan/mengabdikan diri pada Allah.
Di antara kebaikan Dhuha adalah:
Semoga kita sentiasa istiqmah dalam melakukan solat-solat sunat. Cubalah lakukan solat sunat Dhuha dan rasaikan nikmatnya Dhuha. :)
Semoga bermanfaat. Wassalam.
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah, jika berminat untuk membeli supplement Shaklee, boleh rujuk maklumat di bawah:
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com
Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou
Salam sayang dari Nozi…

- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
Semoga kita sentiasa istiqmah dalam melakukan solat-solat sunat. Cubalah lakukan solat sunat Dhuha dan rasaikan nikmatnya Dhuha. :)
Semoga bermanfaat. Wassalam.
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah, jika berminat untuk membeli supplement Shaklee, boleh rujuk maklumat di bawah:
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com
Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou
Salam sayang dari Nozi…
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini..