Sunday, March 16, 2014

Didiklah anak-anak tentang agama

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa ingin berkongsi sedikit pasal ilmu yang ada, saya bukanlah terlalu banyak ilmu, tapi sedikit pun saya rasa ingin saya kongsikan.

Pentingnya didikan agama diterapkan pada anak-anak. Saya pun masih berusaha untuk memberi didikan yang terbaik buat anak-anak. Anak-anaklah harta yang paling berharga dalam hidup kita. Dialah salah-satu penyambung generasi kita kelak. Jika baik kita didiki, maka baiklah generasi seterusnya nanti,inshaAllah.



Tanggungjawab mendidik anak sebenarnya bermula dari anak itu berada dalam kandungan kita lagi. Amalan baik, solehah, sentiasa beribadah, taat pada Allah dan suami, itu semua memberi kesan mendalam kepada anak yang dikandungkan. Alunkan ayat-ayat suci sama ada diri sendiri yang alunkan atau pun dengan mendengarnya melalui CD/DVD atau kaset atau sebarang media amatlah dianjurkan. Kebiasaan inilah inshaAllah dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah nanti.

Seterusnya setelah anak itu dilahirkan, pendedahan terhadap hal-hal agama amat penting. Buatlah yang termampu seperti dengarkan bacaan-bacaan suci Al-Quran, ketika solat kita solat di sebelah anak. Pastikan anak lihat kita solat.

Niatkan yang baik-baik ketika anak dilahirkan. Contohnya, "Aku akan pastikan perkataan pertama yang dia akan sebut ialah "Allah". Memang saya ada niatkan sebegitu ketika anak saya yang ketiga dilahirkan. Alhamdulillah, keajaiban dan kekuasaan Allah itu sememangnya terbukti. Memang betul anak saya menyebut kalimah "Allah" ketika umurnya lebih kurang sethn lebih. Dia memang pelat dan tak sama macam kakak-kakaknya. Biasanya jika dah boleh berjalan, mereka akan terus fasih bertutur. Tapi yang no.3 ni lain sikit. Tidak mengapa, janji anak saya terus membesar dengan sihat dan normal seperti anak-anak lain.

Suka untuk saya ceritakan pengalaman manis ini, setiap kali pergi kerja, saya akan pasangkan CD mengaji. Dan selepas balik kerja, saya ambil dia di rumah pengasuh dan saya akan ajak dia menyanyi lagu ali,baa,taa. Hasilnya Alhamdulillah, dia sudah pandai bermain sambil menyanyikan lagu tersebut walaupun ada sesetengah huruf itu sedikit pelat bunyinya. Tapi dia cukup seronok menyanyi lagu tersebut. Syukur, berkat asuhan saya selama ni. Dan ini bukanlah episod yang akhir. Masih banyak lagi yang saya perlu buat dan juga utk anak-anak saya yang lagi dua orang. Sekarang umur anak yang ketiga adalah 3 tahun. Dia sudah pandai sebut perkataan asas dan dia faham jika saya cakap apa-apa pada dia.

Saya ada beli CD Juz Amma, memang saya beli utk pasang dalam kereta dan dalam rumah. Pasang di kala mereka di dalam kereta dan di dalam rumah. Supaya mereka terdedah dengan ayat-ayat suci dan lama-kelamaan dia akan pandai membacanya. Ini saya dapat lihat pada anak saya yang no.1 dan no.2. Memang mereka sudah boleh menghafal beberapa surah.

Nak dapatkan CD Juz Amma tu, anda boleh ke laman ni. http://www.islamicparentingnetwork.net/collections/all

Post saya seterusnya nanti, saya nak ceritakan tentang Darwish dan Darwisya. Siapa mereka.

**Owh ye, bagi mereka yang nak sihat, nak cantik di mata suami, nak satu keluarga sihat, saya adalah pengedar sah Shaklee. Tau kan Shaklee sekarang the best supplement.Jika berminat nak tau tentang supplement Shaklee, sila hubungi saya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...