Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tips yang praktikal untuk merawat demam. Saya ringkaskan dari sumber : Majalah iSihat
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou
Salam sayang dari Nozi…
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tips yang praktikal untuk merawat demam. Saya ringkaskan dari sumber : Majalah iSihat
1)Teknik Wet Socks
Agak pelik bunyinya, tapi teknik ini dikatakan berkesan jika anak demam. Ambil stokin kapas, basahkan dan kasi anak kita pakai. Pastikan stokin itu panjang bagi menutup bahagian buku lali. Ulangi hingga suhu tubuh turun.
2)Tidak perlu letak air batu!
Kita pasti biasa dengar ibu2 melarang anak2 menggunakan air batu jika demam. Sebenarnya ia bagus digunakan terutamanya jika anak mengalami demam tonsil. Tiada kajian lagi menyatakan bahawa air batu tidak elok untuk demam.
3) Mengeluh melambatkan menyembuhan
Jangan mengeluh atau susah hati. Bertenang, tarik nafas panjang2 dan fikir positif. Amalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psycology) bagi merawat demam dengan mengatakan bahawa, demam yang dialami hanya beberapa hari sahaja dan anda akan sihat.
4) Mulakan dari kaki
Seawal bayi kita boleh amalkan perkara ini untuk mengurangkan risiko demam yang berpanjangan. Jika nak mulakan mandi (boleh praktikkan bayi juga), mulakan dari kaki barulah naik ke kepala. Orang dewasa pun boleh amalkan.
5) Hindari Kafein ketika demam
Kerana penggunaan kafein ketika demam membuatkan tubuh anda kering.
6) Jangan Selimut
Biasa ada juga yang demam dan guna selimut tebal bungkus seluruh badan. Itu teknik yang salah kerana ia mendorong kenaikan suhu badan dan mendorong kpd kekejangan.
7) Ambil suhu badan
Ambil suhu badan 4 kali sehari setiap 4-5 jam.
8) Tidur dan rehat
Tidur dan rehat secukupnya amatlah penting untuk memberikan kesempatan kepada badan untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan lebih berkesan. Kurangkan sebarang aktiviti dan ambil cuti rehat. Walaupun olahraga itu baik, tapi ianya tidak sesuai diamalkan ketika demam.
9)Banyakkan makan buah
Makan banyak buah-buahan merupakan salah satu cara yang baik untuk melawan demam. Pilih buah yang mengandungi banyak air spt oren, epal, belimbing yang kaya dengan vitamin yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan anda. Kalau rasa pahit mulut, boleh buat jus buah.
10) Madu memberi tenaga segera
Madu ada kalori tinggi dalam penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dlm darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh badan manusia. Satu sudu besar madu menghasilkan 64kalori tenaga berbanding 1 sudu besar gula yang hanya 46 kalori tenaga sahaja. Madu memberi kesan antimikrob iaitu menghalang pembiakan kuman2 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Madu asli juga mengandungi antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.
11) Makan ubat penurun panas
Makan ubat penurun panas bukannya untuk menyembuhkan demam tetapi sekadar untuk menurunkan suhu badan buat sementara, memberi keselesaaan dan mengurangi rasa sakit. Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.
12) Makan makanan bernutrisi
Makan makanan bernutrisi (berkhasiat) dalam membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun. Pilihlah makanan yg mudah cerna spt bubur.
Selain tips di atas, anda juga boleh menambahkan tenaga dan kuatkan antibodi dengan beberapa produk dari Shaklee:
- Energyzing Soy Protien (ESP)
- Nutriferon - pengganti ubat antibiotik,
- Nutriferon - pengganti ubat antibiotik,
-Vitamin C
dan banyak lagi produk yang sesuai.
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou
Salam sayang dari Nozi…
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini..