Monday, March 24, 2014

Panau? Shaklee boleh membantu mengatasinya

Assalamualaikum..

Penyakit panau pasti merimaskan terutamanya jika ia menyerang di bahagian muka. Biasanya panau ini juga akan timbul di bahagian-bahagian lain di seluruh badan jika tidak diatasi secepat mungkin.

Sumber wikipidea:
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.


Sumber :http://www.myhealth.gov.my/index.php/pityriasis-versicolor

Kulat Malassezia ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Menurut sumber di atas, panau ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira umur. Tetapi biasanya ia kerap berlaku pada remaja atau belia. Ia disebabkan kurangnya pengambilan zat-zat dalam pemakanan dan juga mereka yang mengalaminya adalah kebiasaannya pernah mengambil ubat-ubatan yang mengandungi steroid sistemik dan immunosuppressant yang kerap ketika mengalami panau.

Adakah panau berjangkit? Jawapannya tidak.

Ada ubat yang boleh merawat panau tetapi ia bergantung pada individu, mungkin berbulan atau bertahun. Kulat panau ini sebenarnya menghasilkan bahan kimia dan toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.

Bagaimanakah Shaklee boleh membantu?

Produk Shaklee yang boleh disarankan ialah produk wellness. Ia amat penting untuk memastikan badan anda mempunyai kekuatan untuk melawan sebarang kuman atau kulat. Jom ke artikel saya sebelum ini. <<Optimum health>>

OPTIMUM HEALTH


Anda juga boleh add on ESP dan juga Garlic.

ESP penting untuk membaiki sel-sel yang rosak.

Garlic pula adalah baik untuk meningkatkan imunisasi atau pertahanan badan serta anti bakteria dan anti viral.

ESP
 
 
GARLIC
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, March 22, 2014

Tips Merawat Demam: Kaedah yang betul dan praktikal

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tips yang praktikal untuk merawat demam. Saya ringkaskan dari sumber : Majalah iSihat

1)Teknik Wet Socks
 
 
Agak pelik bunyinya, tapi teknik ini dikatakan berkesan jika anak demam. Ambil stokin kapas, basahkan dan kasi anak kita pakai. Pastikan stokin itu panjang bagi menutup bahagian buku lali. Ulangi hingga suhu tubuh turun.

2)Tidak perlu letak air batu!
Kita pasti biasa dengar ibu2 melarang anak2 menggunakan air batu jika demam. Sebenarnya ia bagus  digunakan terutamanya jika anak mengalami demam tonsil. Tiada kajian lagi menyatakan bahawa air batu tidak elok untuk demam.
 
3) Mengeluh melambatkan menyembuhan
Jangan mengeluh atau susah hati. Bertenang, tarik nafas panjang2 dan fikir positif. Amalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psycology) bagi merawat demam dengan mengatakan bahawa, demam yang dialami hanya beberapa hari sahaja dan anda akan sihat.
 
4) Mulakan dari kaki
Seawal bayi kita boleh amalkan perkara ini untuk mengurangkan risiko demam yang berpanjangan. Jika nak mulakan mandi (boleh praktikkan bayi juga), mulakan dari kaki barulah naik ke kepala. Orang dewasa pun boleh amalkan.

 5) Hindari Kafein ketika demam
 
 
Kerana penggunaan kafein ketika demam membuatkan tubuh anda kering.
 
6) Jangan Selimut
Biasa ada juga yang demam dan guna selimut tebal bungkus seluruh badan. Itu teknik yang salah kerana ia mendorong kenaikan suhu badan dan mendorong kpd kekejangan.
 
7) Ambil suhu badan
Ambil suhu badan 4 kali sehari setiap 4-5 jam.
 
8) Tidur dan rehat
 
 
Tidur dan rehat secukupnya amatlah penting untuk memberikan kesempatan kepada badan untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan lebih berkesan. Kurangkan sebarang aktiviti dan ambil cuti rehat. Walaupun olahraga itu baik, tapi ianya tidak sesuai diamalkan ketika demam.
 
9)Banyakkan makan buah
 
 
Makan banyak buah-buahan merupakan salah satu cara yang baik untuk melawan demam. Pilih buah yang mengandungi banyak air spt oren, epal, belimbing yang kaya dengan vitamin yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan anda. Kalau rasa pahit mulut, boleh buat jus buah.
 
10) Madu memberi tenaga segera
Madu ada kalori tinggi dalam penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dlm darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh badan manusia. Satu sudu besar madu menghasilkan 64kalori tenaga berbanding 1 sudu besar gula yang hanya 46 kalori tenaga sahaja. Madu memberi kesan antimikrob iaitu menghalang pembiakan kuman2 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Madu asli juga mengandungi antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.
 
11) Makan ubat penurun panas
Makan ubat penurun panas bukannya untuk menyembuhkan demam tetapi sekadar untuk menurunkan suhu badan buat sementara, memberi keselesaaan dan mengurangi rasa sakit. Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.
 
12) Makan makanan bernutrisi
Makan makanan bernutrisi (berkhasiat) dalam membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun. Pilihlah makanan yg mudah cerna spt bubur.
 
Selain tips di atas, anda juga boleh menambahkan tenaga dan kuatkan antibodi dengan beberapa produk dari Shaklee:
- Energyzing Soy Protien (ESP) 
- Nutriferon - pengganti ubat antibiotik,
-Vitamin C
dan banyak lagi produk yang sesuai.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 21, 2014

Cara buat masker dengan menggunakan Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum..


Ha..ada orang tanya saya, camana nak buat masker dengan ESP?

Senang aje,

Bahan-bahannya:

1) ESP
2) Plain Yogurt (yogurt kosong ye, bukan yang ada buah tu)

Cara-caranya pula adalah:

1) Ambil dua sudu besar yogurt asli dan letakkan ke dalam mangkuk
2) Masukkan satu sudu besar ESP ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama yogut hingga sebati
3) Sapu pada muka sampai rata
4) Biarkan kering selama setengah jam
5) Bilas muka dengan air
6) Ulang setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.

So, apa lagi...pi ambik ESP dan cari yogurt sekarang.

Tkde? Ha..bln ni ESP ada promosi...cepat2...nak habis dah ni...saya boleh kasi harga baik punya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, March 16, 2014

Jika mengantuk, cubalah petua ini...

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin kongsikan petua atau tips untuk mengelakkan diri dari mengantuk. Boleh anda baca ketika ingin memandu, ketika dalam pejabat, ketika anda buat apa saje untuk mengelakkan dari mengantuk.

Bacalah Ayat Kursi baris pertama sebanyak mungkin.
"ALLOHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM, LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM"


Terjemahan Ayat Kursi
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (pengetahuan atau kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
(QS : Al-Baqarah : 255).
 
 
Semoga bermanfaat.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Didiklah anak-anak tentang agama

Assalamualaikum..

Hari ni saya rasa ingin berkongsi sedikit pasal ilmu yang ada, saya bukanlah terlalu banyak ilmu, tapi sedikit pun saya rasa ingin saya kongsikan.

Pentingnya didikan agama diterapkan pada anak-anak. Saya pun masih berusaha untuk memberi didikan yang terbaik buat anak-anak. Anak-anaklah harta yang paling berharga dalam hidup kita. Dialah salah-satu penyambung generasi kita kelak. Jika baik kita didiki, maka baiklah generasi seterusnya nanti,inshaAllah.



Tanggungjawab mendidik anak sebenarnya bermula dari anak itu berada dalam kandungan kita lagi. Amalan baik, solehah, sentiasa beribadah, taat pada Allah dan suami, itu semua memberi kesan mendalam kepada anak yang dikandungkan. Alunkan ayat-ayat suci sama ada diri sendiri yang alunkan atau pun dengan mendengarnya melalui CD/DVD atau kaset atau sebarang media amatlah dianjurkan. Kebiasaan inilah inshaAllah dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah nanti.

Seterusnya setelah anak itu dilahirkan, pendedahan terhadap hal-hal agama amat penting. Buatlah yang termampu seperti dengarkan bacaan-bacaan suci Al-Quran, ketika solat kita solat di sebelah anak. Pastikan anak lihat kita solat.

Niatkan yang baik-baik ketika anak dilahirkan. Contohnya, "Aku akan pastikan perkataan pertama yang dia akan sebut ialah "Allah". Memang saya ada niatkan sebegitu ketika anak saya yang ketiga dilahirkan. Alhamdulillah, keajaiban dan kekuasaan Allah itu sememangnya terbukti. Memang betul anak saya menyebut kalimah "Allah" ketika umurnya lebih kurang sethn lebih. Dia memang pelat dan tak sama macam kakak-kakaknya. Biasanya jika dah boleh berjalan, mereka akan terus fasih bertutur. Tapi yang no.3 ni lain sikit. Tidak mengapa, janji anak saya terus membesar dengan sihat dan normal seperti anak-anak lain.

Suka untuk saya ceritakan pengalaman manis ini, setiap kali pergi kerja, saya akan pasangkan CD mengaji. Dan selepas balik kerja, saya ambil dia di rumah pengasuh dan saya akan ajak dia menyanyi lagu ali,baa,taa. Hasilnya Alhamdulillah, dia sudah pandai bermain sambil menyanyikan lagu tersebut walaupun ada sesetengah huruf itu sedikit pelat bunyinya. Tapi dia cukup seronok menyanyi lagu tersebut. Syukur, berkat asuhan saya selama ni. Dan ini bukanlah episod yang akhir. Masih banyak lagi yang saya perlu buat dan juga utk anak-anak saya yang lagi dua orang. Sekarang umur anak yang ketiga adalah 3 tahun. Dia sudah pandai sebut perkataan asas dan dia faham jika saya cakap apa-apa pada dia.

Saya ada beli CD Juz Amma, memang saya beli utk pasang dalam kereta dan dalam rumah. Pasang di kala mereka di dalam kereta dan di dalam rumah. Supaya mereka terdedah dengan ayat-ayat suci dan lama-kelamaan dia akan pandai membacanya. Ini saya dapat lihat pada anak saya yang no.1 dan no.2. Memang mereka sudah boleh menghafal beberapa surah.

Nak dapatkan CD Juz Amma tu, anda boleh ke laman ni. http://www.islamicparentingnetwork.net/collections/all

Post saya seterusnya nanti, saya nak ceritakan tentang Darwish dan Darwisya. Siapa mereka.

**Owh ye, bagi mereka yang nak sihat, nak cantik di mata suami, nak satu keluarga sihat, saya adalah pengedar sah Shaklee. Tau kan Shaklee sekarang the best supplement.Jika berminat nak tau tentang supplement Shaklee, sila hubungi saya. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, March 15, 2014

Omega Guard Shaklee, apa kelebihannya?

Assalamualaikum..

 


Sedikit info tentang Omega Guard,

Dari laman rasmi Shaklee;

"Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA."

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?
  1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
  2. Melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
  3. Menghalang salur darah dari tersumbat
  4. Cegah strok
  5. Kawal tekanan darah pada kadar normal
  6. Mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Merendahkan serangan sakit kepala
  8. Mengawal kolestrol dalam badan
  9. Mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
  10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Turunkan berat badan
  12. Mencegah masalah obesiti
  13. Kurangkan risiko sakit jantung
  14. Mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
  15. Membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
  16. Menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
  17. Menyihatkan paru-paru
  18. Meningkatkan kadar memori seseorang
  19. Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
  20. Mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
  21. Memperbaiki masalah buah pinggang
  22. Menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  23. Meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
  24. Meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
  25. Menyokong kesihatan sendi-sendi badan
  26. Mengelakkan penyakit gout
  27. Memperbaiki masalah autism
  28. Mengelakkan insomnia
  29. Mengawal emosi
  30. Memelihara kesihatan jantung
30 Kebaikan Omega Guard Shaklee memang amat banyak. Jika anda mempunyai masalah di atas, bolehlah mencubanya. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 14, 2014

Kehilangan MH370, masalah jerebu, masalah tiada air, wabak denggi, masalah kemarau...

Assalamualaikum..

Sudah masuk hari ke-7 kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pada hari keluarnya berita tentang kehilangan pesawat ini, saya memang amat terkejut dan tidak percaya. Subhanallah, apakah perasaan keluarga mangsa ketika ini, tidak dapat dibayangkan. Apa yang saya harapkan, pesawat tersebut akan dijumpai tidak lama lagi.

Selain berita mengejutkan itu, kita juga sedang diuji dengan masalah jerebu, masalah ketiadaan air, masalah wabak denggi dan masalah kemarau yang agak teruk. Dalam rumah saya sekarang, suhu dalam 34 darjah celcius. Amat panas! Badan anak kecil saya pun dah suam2 dah. Ya Allah, turunkanlah hujan buat kami. :(

Apakah yang kita dapat ambil iktibar dari kejadian ini?

Tidak lain tidak bukan, segala peristiwa ini adalah Qada' dan Qadar untuk Malaysia. Namun, kita sebagai umat Islam perlu meneliti diri sendiri, muhasabah diri apakah yang perlu kita lakukan. Pandangan saya, semua ini adalah musibah yang diberikan kepada kita yang alpa dan kurang bersyukur pada nikmat yang Allah berikan kepada kita. Inilah ujian kecil buat rakyat Malaysia. Harus lagi kita bersyukur kerana kita tidak diberikan musibah seperti negara-negara Islam yang lain yang lebih dasyat dan tak sanggup saya ceritakan lagi. Semua sudah tahu dan semua sudah lihat sendiri. Terlalu banyak paparan di laman sosial terutama di facebook tentang ini.

Ayuh, marilah kita sama-sama berdoa, betulkan diri kita sebelum kita betulkan orang lain. Marilah kita tambahkan ibadah kita, daripada kita sibuk mengata orang lain. Dan marilah kita kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain yang mana juga akan memberikan ganjaran kepada kita ketika kita di alam akhirat nanti, inshaAllah. Saya ingatkan diri saya juga yang masih lemah dan leka. Semoga kita sama-sama saling ingat mengingati.

Bismillahirrohmanirrohim..Syukur Ya Allah, kerana Engkau masih memberi kami peluang. Kami tahu, ini semua ujian dariMu. Dan kami tahu, Engkau mahu kami merintih dan meminta dariMu Ta uhan kami. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, keluarga kami, sanak-saudara kami, jiran-jiran kami, rakan-rakan kami dan seluruh umat di bumi milikMu ini. Kami leka, kami alpa. Kami memohon Ya Allah, temukanlah kembali sesuatu yang hilang iaitu pesawat MH370, kembalikanlah kembali nikmat air hujan ke muka bumi ini, hapuskanlah wabak denggi yang kami alami ketika ini dan hilangkanlah jerebu ini dengan KekuasaanMu Ya Rabbal alamin. Amin :'(



 
 

Wassalam.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...