Thursday, May 9, 2013

Kencing Berdarah..

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak crita mengenai sikap orang yg tk disiplin minum air..huhu...crita psl diri saya smlm. Actually, saya sakit kencing berdarah semalam. Saya terlalu sibuk bekerja dan lupa minum air masak. Minum tu minum lah tapi tak cukup 8 gelas sehari la kot. Jam 3.30 ptg masa pegi buang air, terasa pedih dan sakit. Rupanya kencing berdarah. Siap ada titik2 darah lagi. Saya dah berdebar kerana khuatir takut ada masalah serius. Saya decide nak pegi check kt klinik selepas pulang dari kerja.

Di klinik, saya tak dapat buat urin test sbb makmal dah tutup. Lupa pulak makmak tutup jam 5 ptg. Mlm tu saya sakit makin kuat dan kencing berkali2..sambil tu juga saya dah minum dlm 2 liter air masak. Sbb takut sangat. Menangis juga sbb terlalu sakit. Doctor hanya bagi Ural iaitu paket2 garam utk dilarutkan ke dlm air sbb doktor tk dpt buat urin test utk check further.

Mlm tadi sakit menyerang semakin kuat dan mmg air kencing berwarna kemerahan. Aduh, sakitnya hanya Allah shj yg tahu. Saya minta suami hantar ke klinik krn tak tahan sgt. Akhirnya dapat la buat ujian air kencing. Saya terkena jangkitan kuman dan kandungan darah byk juga dlm air kencing. Saya kena buat blood test tapi klinik ni pula tk dpt result on the dot. Doktor suspek maybe ada sakit kat buah pinggang. Tapi apa2 pun kena check dulu. So kenalah pegi ke klinik yg smlm tu yang ada makmal sendiri. Saya pun pegi la ke klinik tersebut dan ceritakan yg doktor dari klinik mlm td minta saya buat blood test. Doktor ni pula kata dia nk test skali lagi urin saya. Sebab katanya melalui urin test juga boleh tahu buah pinggang ok atau tidak. So saya pegilah ke makmal dan dpt lah result. Alhamdulillah buah pinggang saya ok. Makmal ni mmg bagus, dia ada detail ujikaji tak mcm klinik mlm tadi. So, boleh tahu selanjutnya apa masalahnya. Memang pundi kencing terkena jangkitan kuman. Saya tanya kenapa boleh jd mcm tu? Doktor kata, bkn pemakanan pun tapi awak kurang minum air. Siapa2 pun kalau kurang je minum air, mmg akan jd mcm ni.

Doktor ada beri penerangan skit mcmana boleh jd jangkitan. Bila kita kurang minum air, dan buang air, ada lagi sisa2 air kencing yg termendap sbb air kurang utk bawa sisa2 tersebut keluar. Jadi, bila sisa2 tu terkumpul di dalam pundi kencing, ia akan menjadi jangkitan kuman. Hmm, secara logiknya, mmg la air kencing ni sisa buangan, means that, ia tak elok utk berada di dalam bdn. Kalau tak keluar, mmg badan jadi beracun la. So, mmg kena minum air banyak. Air kosong bkn air manis.

Sekarang saya dah rasa ok skit. Hari ni saya cuti sakit. Dah tidur dua jam tadi lepas mkn ubat dan minum air. Doktor dah bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Kena habiskan la nmpaknya antibiotik tu.
Pengajarannya, silalah minum air masak banyak2 utk kesihatan.

Saya pun baru start mkn Nutriferon, jadi kesan dia belum dirasai lagi. Harap lps ni antibody saya lebih kuat. :)

Salam sayang dari Nozi…
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...