Wednesday, September 11, 2013

Bahaya Kasut Tumit Tinggi

Assalamualaikum...

Malam ni saya ingin kongsikan tentang bahayanya berkasut tumit tinggi. Memang ramai di kalangan wanita suka pakai kasut tumit tinggi terumanya yang kurang inci (kurang tinggi). Sebenarnya pakai kasut tumit tinggi ni memanglah cantik dan anggun kelihatannya, tapi ianya boleh memudaratkan si pemakai.

 

Sumber: Mymetro

Bahaya kasut tumit tinggi
 # Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
 
# Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
 
# Pergelangan kaki mudah terseliuh. 
 
# Sukar mengimbang berat badan.
 
# Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
 
# Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
 
# Peredaran darah terganggu.
 
# Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
 
# Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
 
Takut kan, bila dapat tahu kesan sampingan memakai kasut tumit tinggi ni. Jadi, sebelum terjadi apa2 yang makin memburukkan keadaan, berwaspadalah dalam berfesyen, jangan nanti diri merana dek kerana nak bergaya sangat. Dan awas juga buat ibu2 yg mengandung ye, janganlah pakai kasut tumit tinggi. Pakai yang flat saje utk kesihatan dan keselamatan anda.
 
 
NAK CUBA PRODUK SHAKLEE?
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...