Showing posts with label Set Wanita Hamil. Show all posts
Showing posts with label Set Wanita Hamil. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Set Kehamilan Shaklee masih mengikut dos yang betul

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, baru lepas baca satu entry menarik di blog Dr Zubaidi. Ada info menarik tentang pengambilan supplement/vitamin ketika sedang hamil. Berapa dos yang disarankan dan tidak disarankan. Memang penting untuk mengetahui dos yang betul sebelum mengambilnya terutama ketika hamil untuk memastikan bayi dalam kandungan itu selamat dan sihat seperti yang diinginkan.

Saya ambil sedikit petikan dari Dr Zubaidi. Petikan ni saya tak tulis sebijik sebab tak boleh copy paste plak kat blog Dr. Hehe..

Pengambilan supplement prenatal amat penting untuk wanita hamil untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang atau bayi tidak cukup berat atau kecatatan pada bayi. Selain itu, ia juga membantu wanita2 hamil untuk lebih sihat dan memberikan kekuatan ketika hamil.

Selain dari itu, Dr Zubaidi juga kata, pengambilan supplement ni juga dapat mengurangkan masalah loya, dan rasa nak muntah si ibu di awal kehamilan. Ni maksudnya alahan la ni. Tapi, doktor kata, janganlah pula kita anggap bila dah ambik vitamin ni mmg confirm anak2 sihat, tak cacat kerana sebenarnya pengambilan vitamin ni seumpama kita naik kereta, kita pakai sit belt la. Tak semestinya dah pakai sit belt bila ada accident, kita selamat. Mungkin kalau cedera pun taklah seteruk yang tak pakai sit belt langsung. Gitulah perumpamaannya apabila wanita hamil mengambil supplement/vitamin ketika sedang hamil.

Banyak lagi info ni doktor Zubaidi bagi tau. Beliau kata, ada dos2 untuk pengambilan folic acid, iron dan omega-3. Saya dah check dan buat perbandingan dengan dos Shaklee. Alhamdulillah Shaklee masih mengikut terma dos yang betul. Sebelum saya mulakan Shaklee mmg saya dah buat rujukan juga. Tapi ni info terbaru dari Dr membuatkan saya amat teruja untuk kongsikan dan buktikan untuk semua.

Folic acid - bagi yang nak bersedia untuk hamil dosnya adalah 400 micrograms (mcg) sehari. sementara wanita yang sedang hamil dosnya adalah 1,000mcg sehari. Sebagai makluman doktor kata, ada juga vitamin kat farmasi yang ada dosnya sebanyak 5mg iaitu 5,000 mcg. So berhati2 lah.


Untuk Iron pula, dos untuk wanita hamil adalah 27mg, sementara dos untuk wanita yang tak hamil adalah 18mg sahaja. Terlebih dos ni boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut juga. Selain itu, apa yang doktor sarankan juga sama seperti yang dicadangkan dalam pengambilan Shaklee (Vita-Lea) tidak boleh mengambil dengan sebarang tenusu untuk mengelakkan gangguan penyerapan zat iron kepada tubuh kita. Makanan seperti ikan, daging merah dan hati pun tak boleh diambil bersama iron, juga sama kesannya dengan makanan tenusu tadi. So, kenalah ambil vitamin iron ni sejam sebelum atau 2 jam selepas makan makanan2 ni.

Untuk kalsium pula, cadangan dos untuk wanita hamil adalam 1,000mg setiap hari. Omega-3 pula ialah 200-300mg sehari. Memang sesuailah dos yang Shaklee keluarkan utk Ostematrix dan Omega Guard.

Itulah sedikit sebanyak yang saya nak kongsikan buat pembaca. Jika anda ingin mengambil supplement Shaklee, anda boleh klik di link ini >> Set Kehamilan Shaklee.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, October 7, 2013

Set Mengandung/Ketika Sedang Hamil Shaklee

Assalamualaikum..

Kehamilan adalah satu proses yang agak panjang bagi sesetengah ibu. Ada juga yang rasa sekejap. Kenapa? Pandangan saya, yang rasa lama tu sebab dia mengalami alahan yang teruk, manakala yang rasa sekejap tu pulak dia takde alahan langsung. Tup tup nak bersalin dah..bestnyer kan. Kalau saya sendiri, alahan setakat pening2 lalat gitu je, tapi saya alahan pesen lain. Alahan alergi, asthma dan ekzema. Satu2 penyakit tu terjadi setiap kali mengandung. Yang sulung, alergi resdung, anak kedua asthma (lelah), anak ketiga pula alergi kulit atau ekzema. Semua merasa. Tapi alahan saya ni berlarutan selepas bersalin sehinggalah saya berjumpa Shaklee. 

Ok, berbalik semula kepada topik kehamilan ni. Apabila hamil, banyak perkara yang perlu diambil berat. Saya amat mengesyorkan anda terus membuat buku merah di Klinik Kesihatan terdekat. Jangan tanguh-tangguh. Penting kita memantau proses pembesaran bayi dalam kandungan. Kita tak tahu, tahap kesihatan kita sama atau tak.


Selain daripada itu, penjagaan pemakanan juga perlu. Tak perlulah makan untuk dua orang, atau minum susu penuh lemak sebab nak kasi cukup pada bayi, itu salah sebenarnya. Jika alahan, kurang selera makan, anda bolehlah mencari makanan lain untuk menggantikan nutrisi yang diperlukan seperti supplement terbaik keluaran Shaklee. Pastikan diet anda dipenuhi sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari.

 
Seperti biasa, Shaklee mempunyai set untuk wanita yang sedang mengandung. Terdapat tiga set iaitu Trimester 1, Trimester 2 & Trimester 3.

Ibu hamil 1st trimester
Vitalea
B comp
Vita-C
Ostematrix

Ibu hamil 2nd & 3rd trimester
Vitalea
B complex
VitaC
Omega guard
Ostematrix
 
Di sini saya berikan sedikit penjelasan tentang setiap vitamin-vitamin ini dan sedikit panduan cara memakannya.

1) Vitalea - 1 ke 2 biji sehari
Vitalea sebenarnya adalah multi-vitamin. Oleh itu, para ibu yang hamil tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Ia juga dilengkapi dengan zat besi dan 200mg folic acid. Jika ibu hamil mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (segalanya atas keizinan dari Allah S.W.T). Selain itu, wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

2) B Complex - 1 ke 2 biji sehari
B Complex lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber yang mahal harganya). Asid folik sangat penting untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).

3) Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

4) Ostematrix - 4 biji sehari
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000mg ke 1300mg sehari. Apa yang agak istimewanya Ostematrix kerana ia bukan sahaja mempunyai kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D. 1 biji Ostematrix mempunyai 250mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia begitu penting dalam ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

5) Omega Guard - 1 biji sehari
Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga.
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

6) ESP - 1 sudu besar sehari
Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan/tidak selera makan/morning sickness).

Dalam protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
 
Credit to Diarivitamin.com
Testimonial:
 
 
 
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...