Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Ibu Menyusu. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Lecithin untuk atasi duktus susu tersumbat (Clogged Duct)

Assalamualaikum..
 
Adakah anda pernah mengalami duktus susu tersumbat atau dipanggil Clogged Duct atau Plugged Duct? Kebiasaanya ia terjadi apabila susu tidak diperah/bayi tidak menyusu dengan konsisten sehingga susu menjadi terlalu banyak tanpa digunakan (supply banyak melebihi demand) dan inilah yang menyebabkan Clogged Duct atau susu tersumbat. Bahaya untuk kesihatan ibu di mana ibu akan mengerang kesakitan dan boleh membawa kepada bengkak susu yang melampau. Ada kes sahabat saya terpaksa menjalani pembedahan pada payudaranya kerana ketulan susu terlalu banyak dan tidak dapat dicairkan dengan menggunakan ubat klinik.
 
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat terjadi.
  1. Kosongkan kantung susu secara konsisten
  2. Jaga emosi (kurangkan stress/tekanan)
  3. Jaga pemakanan iaitu kurangkan makan makanan yang berlemak.
Ingin sekali saya terangkan sedikit mengenai apa itu duktus susu tersumbat.
 
 
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Sekiranya anda mengalami bengkak susu iaitu benjolan di buah dada, disertai tanda merah keradangan yang bertompok pada kulit berdekatan dengan benjol tadi, itu dipanggil duktus susu tersumbat. Sebenarnya ia bukan tersumbat tetapi tisu di bahagian duktus susu itu mengalami keradangan dan menekan duktus itu. Ia adalah mastitis di peringkat awal. Namun begitu, duktus yang betul-betul tersumbat jarang sekali berlaku. Biasanya ia terjadi beberapa minggu/sebulan selepas ibu mula menyusukan bayi dan bonjolan itu terasa amat sakit dan ada juga terdapat tompokan merah tanda keradangan.
 
Ibu biasanya akan mengesan satu tompok putih kecil di hujung puting mereka. Itu tandanya susu sudah tersumbat dan ada sel kulit tumbuh di atasnya. Ia adalah lecur dan mudah dirawat. Caranya mudah iaitu dengan menyucuknya menggunakan jarum yang telah disterilkan. Namun ibu-ibu boleh melakukannya selepas puting lembut selepas menyusukan bayi.
 
Apakah yang menyebabkan duktus tersumbat?
  • Ibu tidak menyusu/memerah susu secara konsisten
  • Stress berlebihan
  • Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
  • Pelekapan yang tidak betul ketika menyusu
  • Pemakanan yang tinggi lemak
 
Cara untuk membantu melegakan duktus tersumbat/bengkak susu
  • Terus menyusukan bayi, menyusulah sekerap yang mungkin, elakkan masa yang panjang di antara penyusuan 
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk mendapatkan posisi keselesaan kepada bayi dan pelekapan yang baik buat bayi ketika menyusu
  • Menggunakan pump susu (mengepam susu)
  • Mengurut buah dada sebelum/selepas penyusuan
  • Meletakkan kain yang hangat/sejuk di atas buah dada, mandi air panas dan membuat urutan lembut juga dapat membantu
  • Meletakkan sayur kobis yang dikopakkan seperti bentuk buah dada, ditekapkan di atas buah dada.
Jika ia masih berlarutan melebihi 24 jam, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri mengalami mastitis dan mungkin terjadi jangkitan kuman.
 
Selain itu Lecithin disyorkan untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat berulang lagi. Dos yang disyorkan adalah dalam 3600-4800mg lecithin setiap hari. Apa itu lecithin? Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa dan boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti kuning telur dan kacang soya. Ia adalah pengemulsi (memecahkan) lemak.
 
Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 518mg lecithin.
Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
 

Sunday, September 8, 2013

Jom kita detox untuk buang segala toksin!

Assalamualaikum,

Pernahkah anda tidak membuang air besar beberapa hari? Pasti perut terasa kurang selesa. Badan pun rasa lesu dan tak bermaya kan? Itu menunjukkan anda perlu membuat detoksifikasi iaitu membuang segala bahan buangan yg melepak atau terperam lama dalam usus anda. Anda perlu ketahui bahawa pentingnya detox ni utk menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Kenapa saya ckp mcm tu? Ini kerana, jika toksin semakin banyak di dalam badan, apa saje pun zat yg anda sumbangkan ke dlm badan melalui segala mcm supplement, tidak akan berguna satu sen pun..sia2 je..Oleh itu, sedarlah bahawa pentingnya detox ni..

 
Selain masalah penyerapan zat2 dari vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti:

》Sakit kepala yang kerap
》PMS
》Sakit sendi
》Keletihan
》Kulit melepuh
》Pencernaan bermasalah
》Halitosis (nafas berbau)
》Jangkitan yang berulang-ulang
》Kekurangan daya imun

Ok, apa nama produk Shaklee yg berfungsi untuk detox?

Ada 2 produk yg disarankan:

1) HERBALEX
 


》Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

》Herblex juga merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

》Disarankan utk mereka yg sembelit, TIDAK disyorkan kepada ibu yg menyusu atau mengandung.

2) ALFALFA

 
 

》 Diperbuat daripada tanaman organik alfalfa (Medicago Sativa) yang bebas dari pesticide, herbasid dan menggunakan baja bebas dari kimia. Dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”Akarnya 20 kaki kedalam tanah, dapat menyerap pelbagai nutrisi.

》 Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak  lebih dari 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi iaitu protin, amino asid, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia.10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu.

》 Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yg membantu meneutralkan badan yang berasid, menghilangkan toxin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah serta mencantikkan kulit dan otot

》Melawan Alahan – memperbaiki keadaan kulit, hidung sensitive, kurap, bau badan, ulat air dengan berkesan

》Baik untuk perubahan patologi didalam usus dan perut- memperbaiki masalah saluran penghadaman seperi kembung, hyperacidity, ulser gastric, hepatitis dan sembelit.                

》Menyingkirkan lemak dan  kolesterol- kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, stroke,dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol

》Melawan tumor – memakan 30-50 biji sehari akan mengalkalikan badan anda, dengan itu membaiki sel2 kanser dan membuang tumor
  
》Melegakan keletihan  - sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

》Mencegah / merawat arthritis – melegakan kesakitan akibat arthritis.
        
》Menyokong kejayaan dalam laktasi kerana mereka membantu meningkatkan dan mengekalkan bekalan susu.

》Penghalang terbesar terhadap Serangan BAKTERIA.

》Diuretik HEBAT dan pengatur usus. Bahan kimia yang terkandung dalam alfalfa mempunyai sifat diuretik ringan, yang boleh menggalakkan kehilangan air dari badan. Oleh itu, alfalfa boleh melegakan bengkak disebabkan oleh pengumpulan air yang berlebihan.

Disyorkan kepada ibu yg menyusu atau mengandung. Boostmilk utk ibu menyusu tau!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Wednesday, June 5, 2013

Susu Ibu kurang? Tips dan hikmah menyusu anak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyusukan anak ketiga.Nak crita sedikit pengalaman dan tips yg mungkin berguna untuk pembaca di luar sana.

Tips:

1. Niat kita kerana Allah. Kerana Allah menyuruh kita menyusukan anak selama 2 tahun. Itu kewajipan kita sebagai ibu. 

Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

Maksudnya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


2. Jangan kata " Susu saya kurang, susu saya tak banyak dan sebagainya". Luahkan kata2 yang positif seperti, "susu saya banyak in sha Allah, Rezeki anak saya pasti ada, semuanya Allah dah buat yg terbaik untuk kita pasti susu saya akan bertambah banyak nanti..."

Kata2 adalah doa. Jadi, amatlah disyorkan utk mengeluarkan kata2 yang baik dan positif yg merangsang breast kita untuk menjalankan fungsinya mengeluarkan susu ibu.

3. Lakukan penyusuan mengikut jadual. Jika bayi tidak mahu menyusu, sila pam dan simpan. Ini untuk memastikan bahawa breast kita sentiasa ada permintaan (demand) dan in sha Allah, susu akan secara automatiknya  akan keluar (supply). Konsep Demand & Supply. Ada demand, ada la supply.
Ada sesetengah ibu yg diawal kehamilan mengalami bengkak susu kerana terlalu banyak susu. Jangan terkejut jika ada juga kes yg ibunya kecik molek dan 'tangki kecik' dan kurus aje, tapi susu mak ai mengalahkan org yg 'tangki besar'. hehe..Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami masalah ini sekiranya anda mengepam/menyusu terasa sakit dan masih bengkak. Jgn ditangguhkan ye.

4. Amalkan pemakanan yang sihat dan berzat. Sudah pasti. Anda perlu menjaga pemakanan dan pastikan cukup minum air ye. Air manis or air kosong perlu mencukupi.

5. Amalan rohani seperti di atas tadi, iaitu Doa & zikir. Sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat rezeki dari Allah dalam membanyakkan susu untuk bayi kita. Amalan zikir Ya Matin sebanyak mungkin in sha Allah, susu akan banyak.

6. Jangan berputus asa sekiranya segalanya telah dilakukan seperti yg disyorkan dalam tips2 di atas. Ada lagi solusi untuk masalah mereka yang kurang susu atau yang kurang makan makanan yang berkhasiat, atau terlalu banyak berpantang kerana alergi itu dan ini. Usaha dan tawakkal dengan produk yang saya ingin sarankan iaitu Set Menyusu Shaklee. Baca post saya sebelum ni di sini.



Ingatlah pembaca budiman, bagusnya dan hikmahnya suruhan Allah ini buat ibu yang menyusui anaknya.
1. Pertamanya, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Mengeratkan hubungan kita dengan anak. Bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
3. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Tuesday, May 28, 2013

Apakah vitamin yang paling penting ketika mengandung?

Assalamualaikum..

Apabila merujuk kepada babycenter website, untuk kesahihan dan keyakinan persedian dan penjagaan ketika mengandung, di sini saya ingin kongsikan kepada ibu2 yang sedang mengandung atau yang bakal mengandung sebagai panduan.

Pengambilan supplement sebelum mengandung (persediaan untuk mengandung) atau ketika mengandung amatlah penting terutamanya kepada ibu2 yang mempunyai alergi atau had2 terhadap makanan, masalah kesihatan dan juga komplikasi ketika mengandung seperti berikut:
  • Jika anda adalah vegetarians (tidak boleh mkn daging)
  • Alah terhadap lactose atau sebarang makanan
  • Merokok
  • Mempunyai blood disorder
  • Penyakit kronik
  • Gastrik (buat bypass surgery)
Apakah nutrient yang terpenting untuk diambil?
Jawapannya adalah Folic asid dan Iron. Ini kerana, nutrien ini tidak mencukupi dari pemakanan kita semata-mata.

Saya ambil perenggan dari babycenter website utk rujukan:

Folic acid (600mcg for pregnant women)
Getting enough of this B vitamin can reduce your baby's risk of neural tube defects such as spina bifida and anencephaly by 50 to 70 percent. Folic acid may also reduce the risk of other defects, such as cleft lip, cleft palate, and certain heart defects. Taking folic acid may even lower your risk of preeclampsia.

Your body absorbs the synthetic version of folic acid better than the natural one found in food, so even if you eat a balanced diet, a supplement is strongly recommended.



Iron (27mg for pregnant women)
Most moms-to-be don't get enough of this mineral in their diet to meet their body's increased need during pregnancy, which can lead to iron-deficiency anemia. Avoiding iron-deficiency anemia can cut your risk of preterm delivery, low birth weight, and infant mortality.

Betapa pentingnya nutrien itu tadi yang perlu kita ambil perhatian.

Selain daripada itu, Kalsium (sebanyak 1000mg) juga amat diperlukan bagi ibu2 mengandung yang terdapat di dalam Osteomatrix dan juga Energizing Soy Protein (ESP). Di bawah ini satu lagi info yang saya dapat dari website di bawah untuk rujukan anda.



Shaklee mencadangkan:

  1. (1st trimester) : B-Complex (mengandungi Folic Acid;400mg) + Vitamin C + Vitalea (mengandungi Iron;18mg) + Osteomatrix (mengandungi Calcium;1000mg) buat ibu2 mengandung
  2. (2&3rd trimester) : B-Complex (mengandungi Folic Acid;400mg) + Vitamin C + Vitalea (mengandungi Iron;18mg) + Osteomatrix (mengandungi Calcium;1000mg) + Omega Guard

Boleh juga tambah Soy protein kerana protein yg diperlukan bg ibu mengandung sebanyak 70gm.
Cadangan Energizing Soy Protein (ESP) buat ibu2 mengandung:


Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
1 tin = 36 hidangan
1 hidangan = 28 gram

Kandungan setiap hidangan
Kalori............................110
Lemak............................1g
Kolesterol.......................0g
Karbohidrat...................10g
Gula (fructose & dextrose) 9g
Thiamin (thiamin mononitrate) 2mg
Riboflavin......................2mg
Niacin (niacinamide)......10mg
Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride) 0.5mg
Pantothenic Acid (calcium pantothenante) 2mg
Calcium (tricalcium phosphate & calcium carbonate) 500mg
Iron...............................2mg
Phosporus (tricalcium phosphate) 250mg
Sodium........................170mg
Protein..........................14g


9 Asid Amino Perlu
Histidine.................340mg
Isoleusine...............630mg
Leucine................1160mg
Lysine....................890mg
Methionine.............180mg
Phenylalanine.........720mg
Threonine..............520mg
Tryptophan............180mg
Valine....................650mg

 
Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) yang bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau dan dikawal ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
Protein soya ini tanpa tambahan perasa, pemanis, pewarna, pengawet. Bebas kafein & formula vegetarian.

* Boleh diminum oleh semua peringkat usia kecuali bayi dibawah 1 tahun.
* Sangat bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Ringkasan Energizing Soy Protein (kebaikan/kelebihan)
* Halal
* Vegetarian
* Organik
* Tanpa laktosa
* Kolesterol sifar
* Rendah lemak & gula
* Tanpa tambahan perasa, pemanis, pewarna, pengawet.
* Bebas kafein
* Non-GMO (not genetically modified organism)
* Membina tisu-tisu sel yang baru
* Membaiki tisu-tisu sel yang rosak
* Membekalkan tenaga
* Membekalkan nutrien untuk pertumbuhan kulit, rambut dan kuku yang sihat
* Mengimbangi hormon
* Sesuai semua peringkat usia kecuali bayi bawah 1 tahun
* Mudah larut dalam air
* Sedap rasanya, kanak-kanak pun suka
* Tinggi kandungan kalsium

1 tin boleh tahan selama sebulan jika menggunakannya secara konsisten. Dapatkannya dengan harga yang berpatutan dari kami.

Pilihan di tangan anda. Sedikit maklumat dan cadangan seperti di atas diharap boleh memberikan anda panduan untuk memilih.

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 27, 2013

Meal Shakes sedap dan enak - sesuai bagi yang tidak suka mkn pil

Assalamualaikum..

Berikut adalah kebaikan Meal Shakes. Amat sesuai utk anak2 atau org dewasa yang tak suka makan pil. Dengan berperisa vanila, enak jika dibancuh bersama satu sudu besar (dewasa) & satu sudu kecil (kanak-kanak) bersama susu segar. Susu segar akan berperisa vanila dan hilang rasa lembu. Ada juga yang tidak bole minum susu akan bole minum susu dan sekaligus mendapat pelbagai sumber vitamin dari Meal Shakes.

Sesuai untuk kanak2, ibu2 mengandung/menyuskan bayi mereka, untuk membuang lemak2 dlm badan kerana mengandungi serat larut (memang hadam dan membuang dengan baik sekali).


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 21, 2012

Tips jika baby terkena selsema..Vitamin C!

Assalamualaikum..

Saya ada satu tips buat ibu2 yang menyusukan baby dan baby ada terkena atau terjangkit selsema..biasanya baby mudah dijangkitan selsema jika tinggal di taska atau berjangkit dengan kita sbg ibu bapa yang selalu aje menciumnya...

Mudah saje tips ni, ibu2 yang menyusu, sila makan Vitamin C dua tablet skali makan. Patahkan vitamin C itu tadi menjadi dua...so, ada 4 kerat la jadinya....Then, apa lagi ibu2 kenalah telan elok2 ye..hehe...insyaAllah, mujarab...Amalkan...Ini kerana, susu ibu yang baby minum itu mengandungi zat vitamin C yg mengalir kepada susu..Sememangnya, apa yang kita makan, segala zat yang kita dapat daripada makanan, akan terus mengalir kepada susu kita....Itu pasal org tua2 kata, jangan makan junk food...Opps!!! tadi kat opis ada sikit langgar pantang..makan junk food sbb terliur sgt tgk kawan opis makan..sikit je...huhu....


Ihsan Google

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...