Saturday, October 19, 2013

Buku Anakku Dapat Semua A

Assalamualaikum..

Semalam saya sambung semula baca buku ni. Memang menarik penulisan Dr Shukri Abdullah. Menyelitkan unsur2 agama dalam mendidik anak2.


Banyak betul yang perlu dibetulkan dalam mendidik anak2. Cabaran mendidik anak ni memanglah amat besar terutamanya bila anak dah melalui zaman persekolahan. Pengaruh rakan sebaya, pengaruh alam sekeliling dan tak lupa juga pengaruh media massa seperti cerita2 drama, kartun dan sebagainya.

Anak sulung saya sekarang dah berumur 9 tahun. Memang ketika ini apa yang dia suka adalah bermain bersama adik2 dan sepupunya. Dia belum faham sepenuhnya tentang pentingnya pelajaran dan masa depan. Saya memang tak terlalu memaksa dia sebab saya juga pernah melalui zaman kecil sepertinya. Memang itulah yang saya rasai dan alami. Dalam fikiran hanya ingin main dan berseronok ketika itu.

Saya baca buku ni untuk menjadikan pengurusan saya untuk anak2 menjadi lebih teratur dan berpanduan. Kadang2 kita tak mahir memahami anak walaupun dulu kita pernah kecik. Lebih banyak pula terdorong dengan nafsu amarah daripada betul2 melihat di mana silap kita. Jadi buku ini membuka minda saya untuk lebih berhati2 dalam mendidik anak2 sehinggalah mereka dapat menggapai kejayaan yang kita ingini.

Kakak saya pun pernah ckp, baginya anak2 berjaya ni bukan setakat berjaya dalam bidang akademik, tapi dari segi agama pun perlu dititikberatkan. Insha Allah, saya akan terus berusaha untuk memperbaiki kaedah yang saya gunakan untuk didik anak2. Memang byk buku2 yg saya beli untuk dijadikan panduan dalam hidup. Semakin byk masalah, semakin banyak lah buku yang saya beli. Selain dari tu, saya cari juga bahan dalam You Tube, motivasi2 dari ustaz/ustazah atau professor.

Nak program Smart Brain for student?? Dapatkat Lechitin, Omega & B Complex!!
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...