Showing posts with label SET 3M. Show all posts
Showing posts with label SET 3M. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Susu Ibu kurang? Tips dan hikmah menyusu anak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyusukan anak ketiga.Nak crita sedikit pengalaman dan tips yg mungkin berguna untuk pembaca di luar sana.

Tips:

1. Niat kita kerana Allah. Kerana Allah menyuruh kita menyusukan anak selama 2 tahun. Itu kewajipan kita sebagai ibu. 

Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

Maksudnya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


2. Jangan kata " Susu saya kurang, susu saya tak banyak dan sebagainya". Luahkan kata2 yang positif seperti, "susu saya banyak in sha Allah, Rezeki anak saya pasti ada, semuanya Allah dah buat yg terbaik untuk kita pasti susu saya akan bertambah banyak nanti..."

Kata2 adalah doa. Jadi, amatlah disyorkan utk mengeluarkan kata2 yang baik dan positif yg merangsang breast kita untuk menjalankan fungsinya mengeluarkan susu ibu.

3. Lakukan penyusuan mengikut jadual. Jika bayi tidak mahu menyusu, sila pam dan simpan. Ini untuk memastikan bahawa breast kita sentiasa ada permintaan (demand) dan in sha Allah, susu akan secara automatiknya  akan keluar (supply). Konsep Demand & Supply. Ada demand, ada la supply.
Ada sesetengah ibu yg diawal kehamilan mengalami bengkak susu kerana terlalu banyak susu. Jangan terkejut jika ada juga kes yg ibunya kecik molek dan 'tangki kecik' dan kurus aje, tapi susu mak ai mengalahkan org yg 'tangki besar'. hehe..Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami masalah ini sekiranya anda mengepam/menyusu terasa sakit dan masih bengkak. Jgn ditangguhkan ye.

4. Amalkan pemakanan yang sihat dan berzat. Sudah pasti. Anda perlu menjaga pemakanan dan pastikan cukup minum air ye. Air manis or air kosong perlu mencukupi.

5. Amalan rohani seperti di atas tadi, iaitu Doa & zikir. Sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat rezeki dari Allah dalam membanyakkan susu untuk bayi kita. Amalan zikir Ya Matin sebanyak mungkin in sha Allah, susu akan banyak.

6. Jangan berputus asa sekiranya segalanya telah dilakukan seperti yg disyorkan dalam tips2 di atas. Ada lagi solusi untuk masalah mereka yang kurang susu atau yang kurang makan makanan yang berkhasiat, atau terlalu banyak berpantang kerana alergi itu dan ini. Usaha dan tawakkal dengan produk yang saya ingin sarankan iaitu Set Menyusu Shaklee. Baca post saya sebelum ni di sini.



Ingatlah pembaca budiman, bagusnya dan hikmahnya suruhan Allah ini buat ibu yang menyusui anaknya.
1. Pertamanya, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Mengeratkan hubungan kita dengan anak. Bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
3. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 27, 2013

Set Penyusuan Ibu & Persediaan Baik sempena bulan puasa

Assalamualaikum..

Di sini saya berikan beberapa pilihan terbaik untuk ibu2 yang menyusu badan. Anda boleh pilih dari Basic, Medium dan Optimum untuk diri anda. Alhamdulillah, susu memang banyak dan anda akan rasa sihat in sha Allah. Kita berusaha dan Allah yang akan izinkan.

Dapatkan set penyusuan supplement yang terbaik untuk para ibu2. Supplement semulajadi dan bagus untuk anda dan bayi anda. Khasiat susu adalah terbentuk dari pemakanan ibu2. Jika cukup segala mineral dan vitamin, maka susu itu akan menjadi sangat berkhasiat.

Hubungi saya untuk set permulaan dengan harga yang mampu anda beli.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Friday, April 20, 2012

Tips penyusuan susu ibu..

Assalamualaikum..

Ihsan google
Apa khabar ibu2 di luar sana??? Adakah ada diantara ibu2 yang mengalami kesukaran dalam menyusui bayi masing2? Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips menarik untuk menggalakkan dan menyokong kempen Penyusuan Susu Ibu..
  1. Tambahkan kekerapan menyusukan baby..jangan putus asa..terutamanya bagi ibu2 yang baru memulakan sesi penyusuan..
  2. Susu akan keluar jika demand atau permintaan itu tinggi...lagi banyak kita menyusu, lagi banyaklah susu akan dihasilkan,InsyaAllah..konsep demand & supply.
  3. Jaga tidur..jangan tidur terlalu lewat kerana ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
  4. Minum air kosong banyak2. Air kosong memang sgt penting!
  5. Minum air panas kegemaran anda. Cthnya milo,horlicks,susu.
  6. Jangan minum air yang berkefein spt teh, kopi dan nescafe.
  7. Jangan biarkan bayi anda menangis sekuat hati barulah nak kasi susu. Dodoikan anak anda dan barulah beri susu anda kepadanya.
  8. Pastikan anda duduk pada tempat yang selesa dan boleh bersandar kerana dikhuatiri anda membongkok ketika menyusu bayi anda. Jika membongkok, nanti anda akan sakit belakang.
  9. Set dalam fikiran bahawa susu anda banyak. Jika anda fikir susu sedikit, pasti sedikitlah jadinya.
  10. Tips untuk elak puting buah dada anda terluka ketika ingin pisahkan mulut bayi anda dengan buah dada anda, letakkan jari terlunjuk di dalam mulut bayi supaya dia menggigit jari anda dan tidak terkena puting buah dada anda.
  11. Petua waktu mengepam yang banyak susu - pam diwaktu tengahari atau petang. Sebenarnya bergantung pada bila waktu yang anda biasa mengepam. Ia pasti akan keluar sekiranya anda mengepam ketika itu.
  12. Lagi tips untuk sesi mengepam. Elakkan sedutan yang sehingga menyebabkan puting anda sakit kerana tarikan yang agak kuat kerana itu boleh juga menjejaskan pengeluaran susu.
  13. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  14. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi.
  15. Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  16. Ihsan google
  17. Jangan lupa doa dan zikir...bagus juga anda zikir banyak2 ketika mengepam dan menyusui bayi anda..InsyaAllah, rezeki bayi akan bertambah2 dan susu anda lebih berkualiti!
  18. Set penyusuan Shaklee juga boleh membantu utk membantu anda lebih bertenaga dan merangsang pengeluaran susu yang banyak.

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, April 3, 2012

Hasil EBM pada 26 Mac 2012, 7oz sekali pump!!! 2 April pula dapat 14oz!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah mengepam selama 15 minit di opis, dapat dalam 7oz EBM..saya tak larat nk tunggu lagi utk mengepam lagi lama..ptg skit saya pump lagi skali dan dapat 5oz..12oz dapat utk hari tu....


Ni EBM yang telah saya tagkan tarikhnya supaya dapat tahu mana EBM baru dan lama..ready utk masuk petiiii...hehe..sib baik pantry ada peti kan..senang keje saya...

Mengejutkan pula, hari ni 2 April 2012, hasil pump susu waktu pagi tadi hampir2 10oz!!..dalam 9oz dapat pump...dalam masa 15 minit..Kalau setengah jam, boleh byk lagi ni.....jumlah dapat pump kat opis, 2 kali pump dapat dalam 14oz hari ni....Alhamdulillah...rezeki dari Allah buat baby Zahra...syukur2... :)



Ni pulak saya ambik gambar sekali ngan pump Modu..memang puas hati guna pump ni...boleh laraskan nak kuat mana ngepamnyer...so,selesa mcm baby sedang hisap...harga berpatutan...RM599 saya beli masa tu dia kasi percuma byk sgt benda, beli kat One Baby World online shop.....hehe...promot Modu lak ek...tkpe..sokong buatan rakyat Malaysia, Sarakids..

Saya amalkan Set B Shaklee sesuai untuk menyusu badan...Mengandungi Vitamin C, B-Compleks, Vita-Lea (multivitamin) dan Alfafa. Saya tambah minum Performance Drink dan juga Meal Shakes..sbb saya sangat suka!! ...juga sesuai untuk menyusu badan..badan pun jadi lebih bertenaga..

Untuk dapatkan Trial selama 30 hari, sila hubungi saya segera..InsyaAllah, dengan izinNya, anda dapat hasilkan susu ibu yang lebih berkhasiat dan yang paling penting, banyyyyaakkk!!!..



Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Friday, March 23, 2012

Tambahkan kualiti susu ibu dengan Shaklee Set Penyusuan

Asssalam...

Salam petang...Tiba2 rasa nak tulis pasal kenapa ibu2 perlu mengambil supplement untuk menyusu walaupun susu tidak bermasalah dan cukup untuk bayi..

Pernah sblm ni ketika saya pegi ke klinik, nurse ada nasihatkan untuk para ibu yang menyusu badan supaya makan makanan yang berkhasiat supaya susu jadi berkualiti...kalau makan tak jaga, tak ada zat, susu ibu tak cukup khasiatnya.... Memang betul, susu badan ni berkhasiat dan pilihan yang paling tepat buat anak kita sekiranya kita jaga pemakanan kita kerana zat2 makanan itu akan mengalir ke tangki susu kita.....Di sini saya nasihatkan kpd ibu2 supaya jangan terlalu mengambil mudah dan jadikan susu formula sebagai makanan dan minuman bayi kita. Ok, berbalik semula mengenai susu ibu tadi...Jika kita fully breastfeed, kita kena jaga juga makan kita spt nurse kata tadi..Ibu2 menyusu perlu makan makanan berkhasiat untuk pastikan susu itu berkualiti buat bayi mereka..cuba tgk carta2 makanan di bawah...inilah carta makanan yg berkhasiat yang perlu diambil secara sistematik!



Jika saya tanya anda smua, anda rasa sekarang ni anda makan makanan smuanya berkhasiat tak? Mungkin kita kata, ya..saya makan smuanya berkhasiat...oklah kalau begitu...tapi, tahukah anda smua bahawa makanan kita banyak terdedah dengan bahan kimia...sbg contoh, sayur-sayuran, buah-buahan tak kiralah imported fruit ataupun buah-buahan tempatan...smuanya menggunakan bahan kimia untuk bagi ia lebih tahan lama untuk dijual, walaupun dah basuh sblm makan, ada juga bahan kimia yg dah meresap ke dalam sayur atau buah-buahan itu tadi...Bagi ibu2 yang berpantang pula, sudah pastinya makanan ketika itu tidak cukup khasiatnya kerana anda sedang berpantang kan..sebut berpantang, pastinya banyak makanan yang perlu kita skip. Secara tak sedar, susu kita sebenarnya sudah kurang khasiat dan kualitinya...badan kita ketika berpantang pun kurang bertenaga kerana makanan kita agak terhad ketika itu..

Sbb tulah saya ambil supplement untuk diri saya dan untuk tingkatkan kualiti susu saya...Sekarang ni saya ambil Set B sahaja dan alhamdulillah, badan pun rasa sihat dan bertenaga dan saya rasa lebih yakin untuk menyusu bayi saya...satu lg...keje kat pejabat pun dah tk mengatuk mcm dulu...Kalau tak, sure asik mengantuk aje..InsyaAllah...sedikit sebanyak tu kena usaha supaya mendapat kesempurnaan dalam penyusuan...Smuanya ini atas izin Allah jua...hanya kita yg perlu berusaha untuk menjadikan sesi penyusuan kita lebih berkualiti dan diri kita juga lebih sihat dan bertenaga..


Hmmm..nk cakap satu benda lagi sebenarnya....bila dah ambil supplement2 mcm ni, minum air tu mmg perlu untuk pastikan zat2 yg ada menyerap sebaiknya dalam tubuh badan kita...Igt lagi semasa saya pernah mendengar ceramah dari seorg ustazah sblm ni...petua kesihatan dan awet muda ni salah satunya adalah rajin minum air kosong banyak2...saya fikir balik,hmm nampaknya saya dapat 2 dalam 1 kebaikanlah...saya nk pastikan saya tk bazirkan mkn supplement...saya minum air byk2 untuk pastikan ia berkesan....lagi satu ye...nk dikongsikan di sini....mmg sistem perkumuhan jadi baik punya lps mkn Set B ni...sblm ni saya akui mengalami sembelit yg agak teruk jugak..skrang sembelit sudah tiada lagi...

Jom fully breastfeed!!!

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut untuk set penyusuan, sila klik di sini..


Sila hubungi saya melalui Hp atau whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Thursday, March 22, 2012

Set Shaklee buat ibu yang menyusu badan

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, saya masih setia dan teruskan menggunakan supplement Shaklee untuk kesihatan dan menambah khasiat susu badan untuk bayi saya..Memandangkan saya banyak alergi pada makanan, amat sesuai sekali mengambil supplement2 mcm ni untuk menambah nutrien dalam badan..

Ada beberapa pilihan buat anda di luar sana yg menyusu badan...ada beberapa set yang anda boleh pilih..Bagi yang tiada masalah susu, dan ingin menambah tenaga serta khasiat susu anda, Set B adalah pilihan yang tepat.

SET B mengandungi:


- Vitamin C - fokus kpd imun sistem
- Vitamin B Complex - lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi
- Vitalea - demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
- Alfafa - peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu, juga membantu masalah keputihan,lawas,bau badan, angin

SET E pula dicadangkan buat ibu-ibu yang ingin melengkapkan keperluan kalsium dan diet seharian.
Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Walaubagaimanapun, Set B + ESP (Energizing Soy Protein) juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

SET 3M

Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu ambik set ini?
- Digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu memperbaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Gambar ESP dan Ostematrix lebih dekat...


Gambar ihsan dari google

Dicedok sedikit from blog MommyRazim
 
Testimonial dari saya sendiri: "Saya berjaya mengepam susu sebanyak 10oz untuk sekali pump. Sehari saya boleh dapat dalam 15-20oz. Ni saya sempat snap masa nk bwk gi keje. Baru keluar dari peti. :P" ~Nozi
 
 
 
Lagi Testimonial
 
 

Anda sudah faham mana satu pilihan terbaik buat anda kan? Jika masih perlukan penjelasan, sila hubungi saya.
 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:
Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
Shaklee ID: 860714
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...