Showing posts with label pam susu. Show all posts
Showing posts with label pam susu. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Susu Ibu kurang? Tips dan hikmah menyusu anak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyusukan anak ketiga.Nak crita sedikit pengalaman dan tips yg mungkin berguna untuk pembaca di luar sana.

Tips:

1. Niat kita kerana Allah. Kerana Allah menyuruh kita menyusukan anak selama 2 tahun. Itu kewajipan kita sebagai ibu. 

Ini telah disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 233.

Maksudnya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


2. Jangan kata " Susu saya kurang, susu saya tak banyak dan sebagainya". Luahkan kata2 yang positif seperti, "susu saya banyak in sha Allah, Rezeki anak saya pasti ada, semuanya Allah dah buat yg terbaik untuk kita pasti susu saya akan bertambah banyak nanti..."

Kata2 adalah doa. Jadi, amatlah disyorkan utk mengeluarkan kata2 yang baik dan positif yg merangsang breast kita untuk menjalankan fungsinya mengeluarkan susu ibu.

3. Lakukan penyusuan mengikut jadual. Jika bayi tidak mahu menyusu, sila pam dan simpan. Ini untuk memastikan bahawa breast kita sentiasa ada permintaan (demand) dan in sha Allah, susu akan secara automatiknya  akan keluar (supply). Konsep Demand & Supply. Ada demand, ada la supply.
Ada sesetengah ibu yg diawal kehamilan mengalami bengkak susu kerana terlalu banyak susu. Jangan terkejut jika ada juga kes yg ibunya kecik molek dan 'tangki kecik' dan kurus aje, tapi susu mak ai mengalahkan org yg 'tangki besar'. hehe..Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami masalah ini sekiranya anda mengepam/menyusu terasa sakit dan masih bengkak. Jgn ditangguhkan ye.

4. Amalkan pemakanan yang sihat dan berzat. Sudah pasti. Anda perlu menjaga pemakanan dan pastikan cukup minum air ye. Air manis or air kosong perlu mencukupi.

5. Amalan rohani seperti di atas tadi, iaitu Doa & zikir. Sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat rezeki dari Allah dalam membanyakkan susu untuk bayi kita. Amalan zikir Ya Matin sebanyak mungkin in sha Allah, susu akan banyak.

6. Jangan berputus asa sekiranya segalanya telah dilakukan seperti yg disyorkan dalam tips2 di atas. Ada lagi solusi untuk masalah mereka yang kurang susu atau yang kurang makan makanan yang berkhasiat, atau terlalu banyak berpantang kerana alergi itu dan ini. Usaha dan tawakkal dengan produk yang saya ingin sarankan iaitu Set Menyusu Shaklee. Baca post saya sebelum ni di sini.



Ingatlah pembaca budiman, bagusnya dan hikmahnya suruhan Allah ini buat ibu yang menyusui anaknya.
1. Pertamanya, anak kita dapat susu yang sepatutnya iaitu dari ibunya sendiri bukannya dari sumber lain.
2. Mengeratkan hubungan kita dengan anak. Bonding itu amat kuat antara kita dan anak.
3. Ibu pun sihat, rahim cepat kecut. Sesungguhnya setiap yang Allah suruh itu tidak memberi mudarat dan jika ada sedikit mudarat sekalipun ada penyelesaiannya. Kita kena sentiasa berusaha.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Friday, April 20, 2012

Tips penyusuan susu ibu..

Assalamualaikum..

Ihsan google
Apa khabar ibu2 di luar sana??? Adakah ada diantara ibu2 yang mengalami kesukaran dalam menyusui bayi masing2? Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips menarik untuk menggalakkan dan menyokong kempen Penyusuan Susu Ibu..
  1. Tambahkan kekerapan menyusukan baby..jangan putus asa..terutamanya bagi ibu2 yang baru memulakan sesi penyusuan..
  2. Susu akan keluar jika demand atau permintaan itu tinggi...lagi banyak kita menyusu, lagi banyaklah susu akan dihasilkan,InsyaAllah..konsep demand & supply.
  3. Jaga tidur..jangan tidur terlalu lewat kerana ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
  4. Minum air kosong banyak2. Air kosong memang sgt penting!
  5. Minum air panas kegemaran anda. Cthnya milo,horlicks,susu.
  6. Jangan minum air yang berkefein spt teh, kopi dan nescafe.
  7. Jangan biarkan bayi anda menangis sekuat hati barulah nak kasi susu. Dodoikan anak anda dan barulah beri susu anda kepadanya.
  8. Pastikan anda duduk pada tempat yang selesa dan boleh bersandar kerana dikhuatiri anda membongkok ketika menyusu bayi anda. Jika membongkok, nanti anda akan sakit belakang.
  9. Set dalam fikiran bahawa susu anda banyak. Jika anda fikir susu sedikit, pasti sedikitlah jadinya.
  10. Tips untuk elak puting buah dada anda terluka ketika ingin pisahkan mulut bayi anda dengan buah dada anda, letakkan jari terlunjuk di dalam mulut bayi supaya dia menggigit jari anda dan tidak terkena puting buah dada anda.
  11. Petua waktu mengepam yang banyak susu - pam diwaktu tengahari atau petang. Sebenarnya bergantung pada bila waktu yang anda biasa mengepam. Ia pasti akan keluar sekiranya anda mengepam ketika itu.
  12. Lagi tips untuk sesi mengepam. Elakkan sedutan yang sehingga menyebabkan puting anda sakit kerana tarikan yang agak kuat kerana itu boleh juga menjejaskan pengeluaran susu.
  13. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  14. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi.
  15. Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  16. Ihsan google
  17. Jangan lupa doa dan zikir...bagus juga anda zikir banyak2 ketika mengepam dan menyusui bayi anda..InsyaAllah, rezeki bayi akan bertambah2 dan susu anda lebih berkualiti!
  18. Set penyusuan Shaklee juga boleh membantu utk membantu anda lebih bertenaga dan merangsang pengeluaran susu yang banyak.

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...