Assalamualaikum..
Apa khabar ibu2 di luar sana??? Adakah ada diantara ibu2 yang mengalami kesukaran dalam menyusui bayi masing2? Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips menarik untuk menggalakkan dan menyokong kempen Penyusuan Susu Ibu..
Salam sayang dari Nozi…
Ihsan google |
- Tambahkan kekerapan menyusukan baby..jangan putus asa..terutamanya bagi ibu2 yang baru memulakan sesi penyusuan..
- Susu akan keluar jika demand atau permintaan itu tinggi...lagi banyak kita menyusu, lagi banyaklah susu akan dihasilkan,InsyaAllah..konsep demand & supply.
- Jaga tidur..jangan tidur terlalu lewat kerana ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
- Minum air kosong banyak2. Air kosong memang sgt penting!
- Minum air panas kegemaran anda. Cthnya milo,horlicks,susu.
- Jangan minum air yang berkefein spt teh, kopi dan nescafe.
- Jangan biarkan bayi anda menangis sekuat hati barulah nak kasi susu. Dodoikan anak anda dan barulah beri susu anda kepadanya.
- Pastikan anda duduk pada tempat yang selesa dan boleh bersandar kerana dikhuatiri anda membongkok ketika menyusu bayi anda. Jika membongkok, nanti anda akan sakit belakang.
- Set dalam fikiran bahawa susu anda banyak. Jika anda fikir susu sedikit, pasti sedikitlah jadinya.
- Tips untuk elak puting buah dada anda terluka ketika ingin pisahkan mulut bayi anda dengan buah dada anda, letakkan jari terlunjuk di dalam mulut bayi supaya dia menggigit jari anda dan tidak terkena puting buah dada anda.
- Petua waktu mengepam yang banyak susu - pam diwaktu tengahari atau petang. Sebenarnya bergantung pada bila waktu yang anda biasa mengepam. Ia pasti akan keluar sekiranya anda mengepam ketika itu.
- Lagi tips untuk sesi mengepam. Elakkan sedutan yang sehingga menyebabkan puting anda sakit kerana tarikan yang agak kuat kerana itu boleh juga menjejaskan pengeluaran susu.
- Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
- Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi.
- Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
- Jangan lupa doa dan zikir...bagus juga anda zikir banyak2 ketika mengepam dan menyusui bayi anda..InsyaAllah, rezeki bayi akan bertambah2 dan susu anda lebih berkualiti!
- Set penyusuan Shaklee juga boleh membantu utk membantu anda lebih bertenaga dan merangsang pengeluaran susu yang banyak.
Ihsan google |
Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Salam sayang dari Nozi…
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini..