Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Lecithin untuk atasi duktus susu tersumbat (Clogged Duct)

Assalamualaikum..
 
Adakah anda pernah mengalami duktus susu tersumbat atau dipanggil Clogged Duct atau Plugged Duct? Kebiasaanya ia terjadi apabila susu tidak diperah/bayi tidak menyusu dengan konsisten sehingga susu menjadi terlalu banyak tanpa digunakan (supply banyak melebihi demand) dan inilah yang menyebabkan Clogged Duct atau susu tersumbat. Bahaya untuk kesihatan ibu di mana ibu akan mengerang kesakitan dan boleh membawa kepada bengkak susu yang melampau. Ada kes sahabat saya terpaksa menjalani pembedahan pada payudaranya kerana ketulan susu terlalu banyak dan tidak dapat dicairkan dengan menggunakan ubat klinik.
 
Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat terjadi.
  1. Kosongkan kantung susu secara konsisten
  2. Jaga emosi (kurangkan stress/tekanan)
  3. Jaga pemakanan iaitu kurangkan makan makanan yang berlemak.
Ingin sekali saya terangkan sedikit mengenai apa itu duktus susu tersumbat.
 
 
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Sekiranya anda mengalami bengkak susu iaitu benjolan di buah dada, disertai tanda merah keradangan yang bertompok pada kulit berdekatan dengan benjol tadi, itu dipanggil duktus susu tersumbat. Sebenarnya ia bukan tersumbat tetapi tisu di bahagian duktus susu itu mengalami keradangan dan menekan duktus itu. Ia adalah mastitis di peringkat awal. Namun begitu, duktus yang betul-betul tersumbat jarang sekali berlaku. Biasanya ia terjadi beberapa minggu/sebulan selepas ibu mula menyusukan bayi dan bonjolan itu terasa amat sakit dan ada juga terdapat tompokan merah tanda keradangan.
 
Ibu biasanya akan mengesan satu tompok putih kecil di hujung puting mereka. Itu tandanya susu sudah tersumbat dan ada sel kulit tumbuh di atasnya. Ia adalah lecur dan mudah dirawat. Caranya mudah iaitu dengan menyucuknya menggunakan jarum yang telah disterilkan. Namun ibu-ibu boleh melakukannya selepas puting lembut selepas menyusukan bayi.
 
Apakah yang menyebabkan duktus tersumbat?
  • Ibu tidak menyusu/memerah susu secara konsisten
  • Stress berlebihan
  • Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
  • Pelekapan yang tidak betul ketika menyusu
  • Pemakanan yang tinggi lemak
 
Cara untuk membantu melegakan duktus tersumbat/bengkak susu
  • Terus menyusukan bayi, menyusulah sekerap yang mungkin, elakkan masa yang panjang di antara penyusuan 
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk mendapatkan posisi keselesaan kepada bayi dan pelekapan yang baik buat bayi ketika menyusu
  • Menggunakan pump susu (mengepam susu)
  • Mengurut buah dada sebelum/selepas penyusuan
  • Meletakkan kain yang hangat/sejuk di atas buah dada, mandi air panas dan membuat urutan lembut juga dapat membantu
  • Meletakkan sayur kobis yang dikopakkan seperti bentuk buah dada, ditekapkan di atas buah dada.
Jika ia masih berlarutan melebihi 24 jam, sila berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri mengalami mastitis dan mungkin terjadi jangkitan kuman.
 
Selain itu Lecithin disyorkan untuk mengelakkan masalah duktus susu tersumbat berulang lagi. Dos yang disyorkan adalah dalam 3600-4800mg lecithin setiap hari. Apa itu lecithin? Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa dan boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan seperti kuning telur dan kacang soya. Ia adalah pengemulsi (memecahkan) lemak.
 
Shaklee juga mengeluarkan Produk Lecithin iaitu Soy Lecithin. Ia berbentuk softgel dan mudah ditelan. Soy lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 518mg lecithin.
Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
 

Friday, May 17, 2013

Performance Drink untuk cyclist, breastfeeding,demam,dehyrate..

Assalamualaikum..

Malam ni saya ingin berkongsi apa yang telah saya cuba dari Shaklee. Performance Drink merupakan produk Shaklee dalam bentuk serbuk dan berperisa oren adalah diciptakan sesuai buat atlet. Ianya lebih meyakinkan setelah saya yg fully breastfeed dan suami saya yg mempunyai hobi berbasikal (road bike & mountain bike) menggunakannya dan rasai kebaikannya.

Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
  • hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
  • kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
  • keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  
Selain dari itu, ia juga amat sesuai ketika:
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah
  • dan lain-lain lagi.
Performance Drink juga sesuai untuk:
  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Mereka yang menghidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam
  • Kanak-kanak yang demam
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (Performance Drink tiada karbonat)
Untuk pengetahuan anda, sudah ramai atlet yg terkenal di luar negara menggunakan Performance Drink. Berikut adalah fakta yg benar tentang Performance Drink:

Shaklee Corporation has pioneered the practice of studying the diets of elite athletes and testing products to help make landmark expeditions and record-breaking achievements possible. This research has translated into dietary recommendations and high performance nutritional products for elite athletes and explorers as well as recreational athletes.Shaklee powered athletes have taken home31 Olympic Medals including 17 Gold Medals.



Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Monday, May 21, 2012

Tips jika baby terkena selsema..Vitamin C!

Assalamualaikum..

Saya ada satu tips buat ibu2 yang menyusukan baby dan baby ada terkena atau terjangkit selsema..biasanya baby mudah dijangkitan selsema jika tinggal di taska atau berjangkit dengan kita sbg ibu bapa yang selalu aje menciumnya...

Mudah saje tips ni, ibu2 yang menyusu, sila makan Vitamin C dua tablet skali makan. Patahkan vitamin C itu tadi menjadi dua...so, ada 4 kerat la jadinya....Then, apa lagi ibu2 kenalah telan elok2 ye..hehe...insyaAllah, mujarab...Amalkan...Ini kerana, susu ibu yang baby minum itu mengandungi zat vitamin C yg mengalir kepada susu..Sememangnya, apa yang kita makan, segala zat yang kita dapat daripada makanan, akan terus mengalir kepada susu kita....Itu pasal org tua2 kata, jangan makan junk food...Opps!!! tadi kat opis ada sikit langgar pantang..makan junk food sbb terliur sgt tgk kawan opis makan..sikit je...huhu....


Ihsan Google

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Friday, April 20, 2012

Tips penyusuan susu ibu..

Assalamualaikum..

Ihsan google
Apa khabar ibu2 di luar sana??? Adakah ada diantara ibu2 yang mengalami kesukaran dalam menyusui bayi masing2? Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips menarik untuk menggalakkan dan menyokong kempen Penyusuan Susu Ibu..
  1. Tambahkan kekerapan menyusukan baby..jangan putus asa..terutamanya bagi ibu2 yang baru memulakan sesi penyusuan..
  2. Susu akan keluar jika demand atau permintaan itu tinggi...lagi banyak kita menyusu, lagi banyaklah susu akan dihasilkan,InsyaAllah..konsep demand & supply.
  3. Jaga tidur..jangan tidur terlalu lewat kerana ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
  4. Minum air kosong banyak2. Air kosong memang sgt penting!
  5. Minum air panas kegemaran anda. Cthnya milo,horlicks,susu.
  6. Jangan minum air yang berkefein spt teh, kopi dan nescafe.
  7. Jangan biarkan bayi anda menangis sekuat hati barulah nak kasi susu. Dodoikan anak anda dan barulah beri susu anda kepadanya.
  8. Pastikan anda duduk pada tempat yang selesa dan boleh bersandar kerana dikhuatiri anda membongkok ketika menyusu bayi anda. Jika membongkok, nanti anda akan sakit belakang.
  9. Set dalam fikiran bahawa susu anda banyak. Jika anda fikir susu sedikit, pasti sedikitlah jadinya.
  10. Tips untuk elak puting buah dada anda terluka ketika ingin pisahkan mulut bayi anda dengan buah dada anda, letakkan jari terlunjuk di dalam mulut bayi supaya dia menggigit jari anda dan tidak terkena puting buah dada anda.
  11. Petua waktu mengepam yang banyak susu - pam diwaktu tengahari atau petang. Sebenarnya bergantung pada bila waktu yang anda biasa mengepam. Ia pasti akan keluar sekiranya anda mengepam ketika itu.
  12. Lagi tips untuk sesi mengepam. Elakkan sedutan yang sehingga menyebabkan puting anda sakit kerana tarikan yang agak kuat kerana itu boleh juga menjejaskan pengeluaran susu.
  13. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  14. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi.
  15. Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  16. Ihsan google
  17. Jangan lupa doa dan zikir...bagus juga anda zikir banyak2 ketika mengepam dan menyusui bayi anda..InsyaAllah, rezeki bayi akan bertambah2 dan susu anda lebih berkualiti!
  18. Set penyusuan Shaklee juga boleh membantu utk membantu anda lebih bertenaga dan merangsang pengeluaran susu yang banyak.

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Wednesday, March 21, 2012

Cerita Kisah berpantang dan buat stok susu

Assalamualaikum,
Hari ni saya rasa nk menulis psl penyusuan susu ibu..sepatutnya saya share lama dah…tapi tu lah…masa saya begitulah terhad…tak pandai urus masa kot..org lain ada je masa nk buat itu ini..huhuhu…
Dah 8 bulan saya fully breastfeed. Masa dalam pantang, saya sudah mula pump susu, buat stok..maklumlah,nnti nk masuk keje semula kan….dalam lebih kurang 100 bungkus dpt stok…dlm 1.5oz-5oz satu bungkus..Saya guna pump Modu…mmg best pakai pump ni dan saya serasi…
Mula2 pakai pump ni saya rasa susu tak banyak…rupa2nya mmg mcm tu mula2 mengepam…saya buat rujukan dgn kawan dan internet…kena minum air kosong banyak2…minum susu pun kena jugak…saya mkn sayur sawi hijau utk bykkan susu…itu je sy buat…lps tu..alhamdulillah..susu semakin byk dan siap basah2 lagi atas tilam masa tidur..saya ngepam sehari dlm 3 kali siang..2 kali mlm…tu masa dlm pantang..
Untuk packaging lak, saya simpan guna beg plastic khas untuk simpan susu ibu..saya guna jenis ‘You have A baby’. Tapi kena pakai getah untuk ikat...tkde ziplock. Yang ada ziplock lg bagus..saya ada jugak pakai tp tkde la beli..sbb dpt free masa beli set pump Modu sblm tu…yg double ziplock tu jenis Autumz…mcm2 brand ada actually…senang nk cari…byk jual online…jenis NUK,Medela,Suri, dan mcm2 lagi…saya pun biasa masa pantang beli melalui online je…igtkan pantang boleh berjimat..tp beribu riban jugak habis…beli guna jari je…huhu..tekan sekali dua esok lusa sampai dah barang..hehehe…husband saya senyum jele tgk brg lps satu satu sampai…

Okeh..berbalik semula pada sesi mengepam bila dah masuk waktu keje…fuh..hari pertama mmg haru biru jugak..sbbnya..susu byk…bengkak dan perlu pump dgr kadar segera…sampai penuh pad alas..sbb terlalu byk…ngepam sempat la 4 botol penuh…paling kurang 3 botol…saya ngepam pun 2 atau 3 kali je kat opis…sibuk sgt..tk sempat nk pump byk2 kali…tp syukurlah..anak sy selesa ngan pengasuh minum guna botol susu…
Haa…tips untuk ibu2 yg bg breast milk guna botol…
Pastikan beli puting yg size paling kecil..dan maintain size tu sampai bila2…supaya dia tk rasa menyusu guna susu botol lebih sedap dari menyusu di dada ibu..hehe..sbb tujuan nk maintain dia dgn susu ibu..
Sehingga ke hari ini Alhamdulillah, baby saya minum je guna botol semasa ngan pengasuh…tp, bila saya balik keje je..sure suka hati dia sbb leh menetek kat mama dia…hehe…walaupun dah kenyang ngan pengasuh, tetap nk menetek..….
Gitu ler cerita ceriti saya setakat nih..hehe
Sekian,
Nozi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...