Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Set Shaklee untuk masalah resdung,sakit kulit..

Assalamualaikum..

Just nak share kepada pembaca.Sebelum ni saya punyai masalah resdung yang boleh dikatakan teruk la utk saya. Saya biasanya akan pergi ke klinik dan doktor akam kasi ubat selsema/alergi. Mcm2 ubat saya dah cuba tapi mcm tulah,sekali ambik sekali ok,kemudian kena ambik lagi bila silap langgar pantang..Nak berpantang makanan ni memanglah kelemahan saya. Susah betul nak berpantang kalo bab2 makanan nih. Pantang tengok ada la..hehe.

Ubat yang biasa doktor kasi adalah clarinase,zyrtex,dan banyak lagi saya pun dah lupa dah sbb lama dah saya tak makan. Dalam fb saya ada seorang kwn yg selalu share pasal Shaklee. Mulanya saya baca mcm tu je, tapi suatu hati saya tergerak hati nak cuba produk Shaklee sbb saya tgk Shaklee ni semakin terserlah kelebihannya sbb tgk ramai yg ambil Shaklee sebagai supplement mereka. Dalam hati terdetik,pasti bagus produk ni.

Saya pun terus buat order. Masa tu kebetulan saya breastfeeding dan saya ambil set breastfeeding yg mana set resdung,alergi dan termasuk sekali. Selepas sebulan saya makan, masalah alergi saya makin kurang dan resdung saya,eczema sakit kulit saya, dah beransur hilang..Sblm ni saya dah jd vegetarian dah..ikan,ayam,daging semuanya saya tam boleh makan. Makanan laut apatah lagi. Sedihnya tak terkata. Tapi kena banyak bersabar la kan, ni semua ujian dari Allah.

Sekarang saya dah memang setia dgn produk Shaklee dan saya dah tambah a few produk dari Shaklee utk kesihatan yg lebih baik dari semua aspek.

Saya perkenalkan set yg saya ambil.

Utk alergi,resdung,eczema/sakit kulit:
Set G
♥ Vitamin C
♥ B Complex
♥ Alfalfa
 
 
Fungsi setiap vitamin di atas adalah seperti berikut:
 
Alfalfa
  • Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
  • Berfungsi mengurangkan keradangan sakit terutamanya akibat resdung (sinus),alergi (allergy) dan gegata (hives).Tetapi penyakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa.

Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-histamine (iaitu bahan penghalang alergi) tanpa perlu mengambil drugs anti-histamine yg mungkin ada side effect.
  • Menstabilkan perngeluaran histamine dlm badan.
  • Membantu menyempitkan tiub bronkiol
  • Meningakatkan fungsi T sel dan macrophage (fungsi sistem ketahanan badan dan sel darah putih)
  • Menigkatkan proses oksigenasi pada sel2 dalam tubuh badan
  • Meningkatkan penyembuhan tisu2 dalam badan

B Complex
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga
  • B6 penting utk pemuliharaan selaput lendir yg sihat dan membantu pengeluaran antibodi dalam badan
  • Membantu dalam membina protin dalam tubuh
  • Membantu hati dalam menghasilkan glikogen yg diperlukan oleh kulit untuk menggantikan sel2 yg telah mati
  • Membina sistem saraf yang berfungsi sebagai anti-stress (anti-tekanan).
Testimonial:


Rata2 ada yang kata mahal la, tak mampulah..tapi sebenarnya penyakit ni jika sembuh seribu nikmat yang tak terhingga. Biarlah duit yg kita cari penat lelah bekerja menjadi sesuatu yang bermanfaat utk diri kita,kesihatan kita. Bila kita sihat, semua orang gembira. Kalau kita sebagai ibu bapa, pasti kita nak besarkan anak dalam keadaan sihat. Jadi, tepuklah dada tanyalah diri.. ;)

Sila share buat kenalan,saudara-mara dan sesiapa shj yg anda sayang. Sekadar share pun anda dah kira memberi sesuatu yg bermanfaat utk semua..ilmu bermanfaat..in sha Allah anda akan diberi kemudahan dalam setiap urusan..

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, August 24, 2013

SET F: Demam...testimonial Nutriferon dari Shaklee...

Assalamualaikum..

Demam Jangan kau Datang lagi!!!!


Sekarang begitu ramai yg mengalami kerap demam tak kiralah dewasa atau kanak2..Ada yang warded kat hospital kerana suhu terlampau tinggi. Yang paling kesian adalah kanak2...
Saya ada satu produk yang ingin cadangkan untuk sesiapa yang kerap alami demam. Mmg tidak digalakkan utk selalu amalkan Penadol atau painkiller.

Nutriferon adalah produk yg kami syorkan utk anda..

Apa itu Nitriferon?



NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.Apa itu interferon? Interferon pula adalah sejenis hormon yg berfungsi sebagai perisai penting dlm sistem pertahanan badan terhadap virus2...

Sumber website rasmi Shaklee:
Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko KojimaSatu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Ok, taknk celoteh banyak..berikut adalah testimonial dari sumber Cery.

"Malam ni nak cerita tentang demam.. memandangkan sekarang musim demam.. ramai betul yg demam dari anak budak kecik kepadalah org dewasa... Saya lama dah tak kene demam.. berbulan jugak lah..akan tetapi 2 minggu lepas saya demam akibat terlebih minum air kelapa ..huhu..sakitnya YaAllah.. bukan kepalang.. rasa nak marah semua org.. huhu.. istigfar byk2.. nak makan panadol , I tak suka..nak gi klinik lagi lah tak suka... Jadi terlantar lah saya.. tapi sebelum tu saya minum Performance Drink... vitamin2 lain tak dpt nak makan..sbb seharian perut saya kosong tak lalu mkn... jd tak dpt nak mkn vitamin2 lain... Cumanya ahaaa... saya telan 2 peket Nutriferon sekaligus..mmg the whole day sakit satu badan tapi esoknya alhamdulillah segar dah.... kira berbaloi2 standby kat rumah Nutriferon ni.. bukanlah nak kene makan hari2... daripada mkn ponstant or painkiller or panadol.. ada baiknya saya telan Nutriferon ni.."~Cery

"Nur Salwa Ishak pada mana yg blum try nutriferon harus try.. salwa amik dulu atas nasihat kak Hadhatina Mkb dulu bl salwa ngadu anak salwa asyik demam jek.. alhamdulillah lepas amalkan nutriferon seminggu sekali anak salwa jarang demam.. kalau demam pun hanya amik masa jap jek utk hilang panas bdn tue.. kalau rasa bdn anak mcm xsedap, salwa akan cepat² amik nutriferon then df dia.. itu cara salwa.. utk suami plak, dulu dia suka sgt amik panadol.. tp sejak kenal nutriferon salwa suh dia gantikan panadol tue ngan nurtiferon.. suami pun suka.. mmg nutriferon tue perisai di rumah kami.. hehehehe"~ Nur Salwa

"Norashikin Sahadan Testimoni saya sendiri..anak masih lagi menyusu..sebulan lagi 2 years..mmg muajarab alhamdulillah...if dia mcm nak demam or flu..saya trus amik ntrfiferon straight 4 or 5 hari..sy sendiri akan rs lebih sihat..dan skegr if tmpt pengasuh anak saya hmpir 99% demam, flu, batuk...alhamdulilahhhh Ziqri relax je.mcm semalam baru lik dari pengkalan balak fmly day...ramai yg MC rini..anak demam, flu x benti..alhamdulillahhhhhh..ziqri steady...sy plak dok tengok2 dia flu ke..demam ke..tp hantar dia pg td ...dia dok relax je..xde flu..dahla berendam tepi pantai lama..dalam kolam lagi..mmg sangat2 bersyukur..dengan meal shake setiap hari dlm botol..sume amalan tu menjadi perisai anak saya menjadi lebih steady kesihatan nya..dengan doa dan usaha..Allah beri nikmat ni..jom berNutriferon!!!ooo.tak lupe juga saya akan makan vita c patah dua stp kali si kecik x sihat..saya juga buat begitu if saya or hubby demam!!!" ~Norashikin

Mmg Nutriferon boleh menggantikan penadol atau painkiller. Doktor sendiri pun ckp, penadol ni tk elok dibiasakan ambil sbb byk keburukannya. Anda boleh google psl penadol kalau tak caye. :)

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Wednesday, June 5, 2013

Musim demam..awasi anak2 anda..

Assalamualaikum..



Ketika ini cuaca panas agak terlampau tinggi. Bila tgk suhu dalam rumah saya, dalam 34 darjah celcius juga panasnya. Ya Allah, semua ini bukan salah pengaturanMu tetapi semuanya akibat oleh perbuatan tangan manusia sendiri yang rakus mencari kekayaan dunia sehingga tidak menyedari bahawa bumi ini telah dinodai, diterokai dan ditandusi dengan kegiatan pembangunan yang dianggap maju. Bumi sudah tiada rupa yang dahulunya dihiasi tumbuhan hijau di serata ceruk..redup suasana, dingin rasanya.

Anak saya yang sejak thn lps tak kena demam, boleh kena demam dek kerana cuaca agaknya yang terlampau tinggi. Dia biasanya adalah seorang anak yang tahan lasak. Kakak adik demam, dia steady lagi..tapi kali ni dia tak dpt melawan. Untuk itu, saya amalkan Meal Shakes untuk anak2 saya. Meal Shakes yang dibancuh dengan fresh milk membuatkan mereka jatuh cinta pada susu segar. Semoga Allah izinkan usaha ini dan anak saya cepat sembuh.

Awasi anak2 kita jgn terlalu lama demam. Ada juga yang jenis demam mlm sahaja dan ikut pengalaman, ia kerana ada bakteria/virus yg membuatkan dia hanya demam di waktu malam. Pengambilan antibiotik sebenarnya tidaklah digalakkan. Pernah terbaca satu keratan di klinik, mmg antibiotik tidak digalakkan kerap diambil. Tapi, apa2 pun kita kena ikut nasihat doktor.

Justeru itu, utk memberi ketahanan tubuh buat si kecil, eloklah kita jaga pemakanan dia. Makan makanan berkhasiat dan cukup segala nutrien yg diperlukan. Saya kini cenderung mengambil supplement krn mmg saya akui, pemakanan anak2 kurang seimbang. Mereka sebenarnya tidak suka sayur-sayuran dan hanya pilih buah2 tertentu sahaja. Setelah yakin dengan Shaklee, saya membuat keputusan utk study mengenai Shaklee, kesahihan technology yang digunakan dan halal atau tidak sumbernya. Semuanya telah saya selidiki dan saya yakin untuk teruskan.

Biarlah saya habiskan duit utk jaga kesihatan daripada saya habiskan duit utk perkara yang tidak berfaedah. Kesihatan merupakan nikmat yang sukar digalang ganti.

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

 

Wednesday, May 1, 2013

Masih belum terlambat!

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama saya tak update blog ni dan hari ini saya mulakan semula kerana saya rasa saya perlu share pengalaman saya untuk kebaikan semua bukan utk diri saya sendiri.

Mengapa saya ingin berblogging semula?

Ianya bermula dengan kesedaran diri saya sendiri selepas mengetahui rakan sekerja saya mengalami sakit yang sangat kronik iaitu KANSER. Berumur dalam 30-an memang teramat muda untuk menghadapi penyakit yang sebegitu berat. Tapi, apakan daya, takdir Ilahi menentukan segalanya. Beliau sedang bertarung melawan penyakit tersebut. Dengan tinggi 160cm dan berat sudah menceceah 40kg memang teramat kurus. Beliau sekarang sedang membuat rawatan kemo dan ianya amatlah berat dan perit untuk ditanggung.

Itulah sedikit kisah yang menjadi pemangkin untuk saya terus menjadi pengguna Shaklee. Ingin menjaga sebaik mungkin kesihatan diri dan keluarga. Semoga Allah menyembuhkan penyakit rakan saya dan Allah masih memberi saya dan keluarga nikmat kesihatan yang tidak dpt ditukar ganti dengan wang ringgit.

Biarpun saya akan habiskan beratus ringgit untuk kesihatan, saya anggap itu berbaloi kerana saya sedang berusaha untuk hindarkan diri daripada penyakit. Kerana kita perlu ingat, kita kena ada usaha untuk diri kita. Barulah kita layak untuk tawakkal pada Allah.

Saya mulakannya dengan Bismillahirrahmanirrahim...


Testimonial diri sendiri untuk dikongsikan buat pembaca blog, setelah beberapa bln saya tinggalkan Shaklee dan saya mulakan semula, ketika ini anak kecil saya sudah setahun lebih dan susu saya semakin kurang. Setelah makan semula Shaklee set B untuk ibu menyusu badan, alhamdulillah, amazing! susu saya banyak dengan ketaranya. Syukur alhamdulillah..

Saya juga makan Ostematrix iaitu bagus untuk kesihatan tulang belulang kita. Memang badan saya terasa segar dan tak rasa lenguh2 selepas mkn sblm tidur. Syukur Ya Allah atas keiizinanMu semuanya. :)

Selepas ini, saya akan tambah lagi pengambilan supplement Shaklee yang lain spt Nutriferon untuk kuatkan imunisasi, Performance Drink + Meal Shake untuk kekuatan dan tambahan nutrien nak hadapi puasa ganti juga. Dalam pada masa yang sama, saya tidak lupa amalkan sunnah Rasul kita iaitu amalan madu.

Itu saje buat masa ini perkongsian yg tak seberapa. Sehingga berjumpa lagi.


Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…
 

Monday, May 21, 2012

GLA Shaklee untuk mereka yang ada penyakit kulit atau Eczema!

Assalamualaikum...

Ramai saya temui mempunyai penyakit kulit...kulit berkeruping dan gatal...merah2...merekah...pedih sekali tatkala terkena air...huh,hanya Tuhan sahaja yang tahu...

GLA Shaklee insyaAllah boleh mengatasi masalah di atas..

Sedikit info tentang GLA Complex:



Mengandungi Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangani ekzema
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
 
* Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
 
- Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
 

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…


Tips jika baby terkena selsema..Vitamin C!

Assalamualaikum..

Saya ada satu tips buat ibu2 yang menyusukan baby dan baby ada terkena atau terjangkit selsema..biasanya baby mudah dijangkitan selsema jika tinggal di taska atau berjangkit dengan kita sbg ibu bapa yang selalu aje menciumnya...

Mudah saje tips ni, ibu2 yang menyusu, sila makan Vitamin C dua tablet skali makan. Patahkan vitamin C itu tadi menjadi dua...so, ada 4 kerat la jadinya....Then, apa lagi ibu2 kenalah telan elok2 ye..hehe...insyaAllah, mujarab...Amalkan...Ini kerana, susu ibu yang baby minum itu mengandungi zat vitamin C yg mengalir kepada susu..Sememangnya, apa yang kita makan, segala zat yang kita dapat daripada makanan, akan terus mengalir kepada susu kita....Itu pasal org tua2 kata, jangan makan junk food...Opps!!! tadi kat opis ada sikit langgar pantang..makan junk food sbb terliur sgt tgk kawan opis makan..sikit je...huhu....


Ihsan Google

Sila hubungi saya sms/whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Salam sayang dari Nozi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...