Monday, April 21, 2014

Trimester kedua

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sekarang saya dah masuk trimester kedua...sekrang dah boleh ambik omega guard..minyak ikan omega3...amat bagus utk perkembangan otak bayi...

Baby mmg asik menedang je skrang..seronok rasa...baca dlm artikel baby center pjgnya lebih kurang 5 inci...besar dah tu...ah..tk sabar rasanya nak timang cahayamata keempat ni..

Masa trimester kedua ni dah boleh minum air kelapa..kalau awal2 mmg tkle..tkt bahayakan kandungan..syukur ptg smlm leh teguk dlm 5 teguk air kelapa muda..jgn pula teguk sejug plaks..hihihi..

ok..tu je nk crita...nk share pengalaman? sila2 lah ke ruangan komen.. ;)


Nak beli atau tanya pasal Shaklee??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Hamil lagi setelah mengalami keguguran

Assalamualaikum..

Akhir tahun lepas, saya telah mengalami keguguran kerana janin tidak membesar. Itupun saya ketahui kerana kebetulan saya nak scan perut saya. Bukan kerana saya mengalami tumpah darah. Menurut doktor, kandungan saya tidak membesar. Jika ia besar pun, mungkin bayi tidak sempurna. Doktor kata, ni semua hikmah buat kamu. Tak perlulah sedih. Saya terima semua tu. Harap ada la rezeki lagi.

Alhamdulillah setelah 3 bulan rehat, saya hamil semula. Alhamdulillah, usia kehamilan saya sudah menjangkau 19 minggu. Ikutkan dari advised by doctor, saya boleh hamil lagi selepas 3 bulan. Tepat tul timing tuh..hahahah..oppss!!!

Ha, sblm tu nak share juga masa berpantang masa keguguran, saya ambik set selepas keguguran untuk pulihkan dan kembalikan semula kesihatan rahim yang baik supaya rahim saya bersedia untuk kehamilan seterusnya. Kehamilan yang kelima ni pula saya dapat rasakan kemusykilan tentang tahap kehamilan ni. Adakah janin yang saya kandung ni akan membesar seperti kehamilan normal sebelum ni? Adakah saya akan alami keguguran lagi? Macam2 kata2 negatif datang dalam fikiran saya.

Namun, saya tidak boleh terus-terusan memikirkan perkara2 negatif kerana itu memanglah tidak elok buat diri saya. Saya akan buat scan (ultra-sound) pada kehamilan 1st trimester supaya saya dapat lihat perkembangan bayi saya. Kali pertama scan alhamdulillah, rahim saya kelihatan cantik dan tiada apa2 masalah. Kali kedua scan, tengah bulan 4 ni, alhamdulillah, dalam usia kehamilan 18 minggu, hasil scan ultra-sound adalah positif. Bayi sudah kelihatan sempurna, ada tangan, kaki, dan jantungnya berdegup kencang. Ahh...tak dapat ceritakan bagaimana rasanya perasaan saya ketika itu. Kerana sebenarnya saya masih lagi fobia ketika dulu saya scan hanya nmpak ketulan daging sahaja pada usia 3 bulan kandungan ketika itu. Syukur tak terkira, gembiranya saya dan keyakinan saya semakin bertambah.

Ihsan google:Sekadar hiasan

Semangat saya semakin kuat dan hari ni saya sudah dapat rasakan tendangan bayi dalam kandungan ni. Sebelum scan tak rasa apa2, memang membuatkan saya tertanya2 dan takut. Sekarang saya sudah agak lega. Namun, saya masih perlu menjaga kesihatan dan segalanya untuk memastikan bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna. Ya Allah, Ya Rabb, hanya kepadaMu lah aku bergantung dan kebergantungan itu hanya kepadaMU Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Saya memang harapkan bayi ini dapat dilahirkan dengan sempurna. Ameen.

Sekarang saya ambil set 1st Trimester Shaklee iaitu Vit C, B Complex dan Ostematrix. Vitalea sepatutnya saya kena ambil tapi saya nk habiskan vitamin yang klinik bagi dulu. Skrang Hemoglobin saya nak kena monitor betul2 sebab baru2 ni turun sikit. Saya makan vitamin jarang2 la tu..huhu...tak mengaku depan nurse yang merawat ketika itu. Sbb takut kena bebelan dia..hahahha..

Ok la..tu je la nak share ngan kawan2..kalau ada nak share kat sini, silalah share kat bahagian komen. Mana tau kot ada juga yang saya boleh bantu dari segi pengalaman.

Nak cuba Shaklee??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Anak-anakku...

Assalamualaikum..

Di saat membesarkan anak2 ni memang banyak dugaannya. Dari anak selepas dilahirkan, 0-12 bulan, ketika menyusukan, berjaga malam2, tidur tak menentu, memang betul2 menguji ketahanan fizikan mahupun mental. Namun, keletihan itu akan hilang sekiranya ia dilakukan seikhlasnya kerana ingin mencari keredhaan Allah.


Habis di awal usia 0-12 bulan, masuk umur 1-3 tahun, diuji pula dengan kelincahan dan kawalan pergerakan anak2 yang begitu pantas yg tak boleh sesekali kita leka dan alpa. Silap haribulan, boleh hilang jika terlepas pandang apabila sedang asik memilih barang/shopping di mana2. Hehe, macam pernah dilalui jerk. Iye, dah pernah lalui. Masa anak sulong saya umur 2 tahun, hilang dalam 15 minit kat Parkson, Sungai Wang bagai nak luruh jantung ni ketika itu hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan seorang ibu dan bapa ketika kehilangan anak walaupun sekejap. 15 minit tu mcm2 kami fikir. Mujurlah guard wanita yang jaga premis kat situ terjumpa dia. Syukur.

Berakhir bab umur 1-3 tahun, masuk pula umur 7-4 tahun. Fuhh, ini lagi menguji kesabaran seorang ibu dan bapa. Cakap kita payah didengar, tapi sebagai seorang ibu dan bapa, doa itu memanglah amat penting untuk mendapat seorang anak yang mendengar kata dan soleh/solehah. Saya tahu, ini semua ujian buat saya. Mungkin juga saya banyak buat dosa masa dulu dan sekarang dan saya perlu bersihkan dosa2 saya. Kawan saya ada cakap, cubalah buat solat malam. InshaAllah, lama-kelamaan, anak itu akan dengar kata kita dan akan jadi anak yang berguna.

Saya mengerti, untuk mendapat sesuatu benda tu bukannya akan terus dapat serta-merta. Kita perlu kesabaran yang tinggi. Allah sedang menguji. Teringat ayat2 suci AlQuran yang membawa maksud, dunia ni hanyalah pentas ujian. Bukan untuk seronok2. Jadi, janganlah kita anggap dunia ni tempat kita bersuka ria. Ia umpama ujian/exam untuk melayakkan diri kita ke SyurgaNya.

Ok la..celoteh tentang kehidupan. Pasti anda di luar sana pun sedang alami benda yang sama...jom kita banyakkan bersabar dan sentiasa bertaubat dan buat solat2 extra, solat sunat,solat malam, mengaji Quran dan fahaminya serta mengamalkannya. :)

Jadi anakku, dengarlah pesan Mamamu ini:

 

SEDANG MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KELUARGA,DIRI ATAU ANAK???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, April 20, 2014

Kelebihan ESP (Protein Soya), Gastrik pun boleh juga

Assalamualaikum..


Masih ragu2 lagi dengan ESP?
 
Banyak testimonial dari pengguna ESP Shaklee di luar sana. Memang tidak dinafikan lagi, ESP adalah salah satu HOT product Shaklee..

"Saya sendiri pun dah simpan stok utk diri saya sepanjang pregnant ni. Memang dah start makan dah. Mulanya tak nak ambik lagi, tapi tak tahan dengan alahan. Lepas dah ambik ESP ni saya dah tak alahan lagi, alhamdulillah. Berkat doa juga. Syukur pada Allah."~Testimonial dari diri sendiri

"ESP memang bagus jika ada gastrik. Selain tu saya juga guna ESP dan jerawat saya beransur hilang." ~pengalaman Kakak saya (Kak Norry from KL, 012-6656843)

Saya memang takkan recommend produk yang saya tak pernah cuba. Dan sekarang, saya memang berani share sbb saya dah rasainya. Macam sblm ni saya share pasal elergi,eczema dan resdung. Semua tu saya alami dan selepas makan Shaklee set resdung/elergi/eczema, saya sudah ok.

Anda jangan risau, jika anda beli dengan saya..saya akan pastikan anda makan sampai menjadi. Jika ada sebarang masalah, saya akan bg tips atau cara2 sehinggalah anda berjaya.

Mungkin anda rasakan saya cakap tak serupa bikin. Terpulanglah pada kepercayaan anda. Kalau saya sendiri pun saya akan ikut naluri saya. Tapi, produk Shaklee merata2 dah orang bercakap. Nak kata saya tipu tu, anda sendiri boleh timbangkan. Ye tak? hehe..

Ok, tu je nak share. Di atas tu saya dah lakarkan kelebihan ESP (Energizing Soy Protein).

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, April 14, 2014

Segalanya tentang vitamin, wajib baca!

Assalamualaikum..

 
Ihsan Google
 
Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang apa itu vitamin dan pilihan serta peringatan bagi mereka yang ingin mengambil vitamin tambahan/supplement.
 
Apa itu Vitamin?
- Bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil
- Berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.
- Biasanya disebut sebagai mikronutrien.
- Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Fungsi:
- Membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Kerana itulah, kita perlu mengambilnya sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan) yang lain.

Cuma, kita perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.Tapi, jika anda takut untuk makan vitamin, anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.


Jenis-Jenis Vitamin



Apa yang akan berlaku jika tidak mengambil vitamin?
Anda digalakkan mengambil vitamin sekiranya anda tidak lalu makan atau tak mahu makan sayur, ikan, atau daging. Selain itu, vitamin juga bagus bagi mereka yg tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya diamalkan cara pemakanan seperti ini, badan anda akan kehilangan vitamin dan nutrien.

Justeru itu, bagi memperolehi nutrien yang hilang itu, kita perlulah mengambil vitamin. Ia akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Anda perlu ketahui bahawa, kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Contohnya rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi. Lihat artikel sebelum ni di <<SINI>>.

Suka diingatkan, JANGAN ambik MAKANAN SEGERA!!!

Berikut beberapa akibat pengambilan makanan segera:
  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Ini pula makan yang boleh menggantikan vitamin:
  • Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
  • Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
  • Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
  • Nanas - vitamin A, B, dan C.
  • Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Sedikit panduan pengambilan vitamin:
1) Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

2) Jangan mengambil dos secara berlebihan.

3) Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Sbaiknya vitamin hendaklah disimpan di tempat yang kering dan sejuk dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.


Ingin mencuba Vitamin dari Shaklee??
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, April 13, 2014

Diet dengan Shaklee tapi semakin gemuk!

Assalamualaikum..

 
Ihsan google

Alamak! kenapa saya ambik set diet Shaklee, tapi badan saya semakin naik???
Kenapa saya semakin berselera???
Kenapa suami saya tegur saya semakin gemuk??

Inilah soalan2 yang saya terima bagi sesetengah pengguna set diet Shaklee. Saya dapat feedback dari mereka yang pernah beli set diet dengan dealer Shaklee sebelum ni.

Saya tanya beberapa soalan:
  1. Adakah SID/dealer Shaklee awak beritahu apakah panduan/cara-cara nak makan set diet Shaklee?
  2. Adakah awak diberi jadual pemakanan oleh SID awak?
  3. Adakah awak mengambil set diet yang lengkap?
  4. Adakah awak betul2 mengikut peraturan diet, atau awak makan sahaja ikut perasaan?
  5. Adakah awak buat senaman-senaman ringan?
  6. Cukupkah pengambilan air sehari?

Semua soalan2 ini mendapat jawapan yang negatif, iaitu tidak mengikut peraturan yang sepatutnya. Setiap amalan untuk memperbaiki sesuatu masalah tu memang tkde istilah short cut/jalan mudah/jalan singkat. Segalanya memerlukan langkah2 yang betul. Mendapat penurunan berat badan yang drastik tanpa sebarang perubahan pengambilan pemakanan/amalan pemakanan seharian adalah satu cara yang tidak betul. Berkemungkinan produk yang diambil itu tidak menepati piawaian kesihatan yang ditetapkan.

Set Shaklee untuk diet adalah set terbaik bukan sahaja untuk kurus semata-mata, malah ada kebaikan dari segi kesihatan keseluruhannya. Kerana set ini adalah set vitamin, bukan set cepat kurus dan sebagainya. Semua produk Shaklee mempunyai ujian klinikal dan laboratory tested dan berasaskan bahan-bahan asli/semulajadi.

Jom lihat set kurus/diet yang saya telah kongsikan di sini >> SET KURUS.

Anda boleh dapatkan khidmat konsultasi PERCUMA dari saya jika anda ingin meneruskan program diet anda bersama saya.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, April 12, 2014

Ahhh....HB rendah ketika mengandung,nak buat macamana ni?

Assalamualaikum..

 
Ihsan google

Ramai juga mengalami masalah HB turun naik atau HB rendah ketika mengandung. HB rendah ni memang tak elok terutama sekali ketika mengandung. Untuk pengetahuan semua, paras normal HB bagi wanita adalah dari 11.5-16.5g/dL,manakala lelaki pula adalah dari 12.5-18.5 g/dL. Bila paras hemoglobin ini tidak mencukupi seperti standard yang sepatutnya, seseorang itu berisiko mengalami penyakit anemia (kurang sel darah merah). Fungsi hemoglobin adalah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah membawa oksigen semakin kurang, di sinilah serangan anemia akan berlaku.

Kenali simptom awal anemia:
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala, pitam
  • Apabila melakukan apa2 aktiviti mudah rasa sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Kadar denyutan jantung menjadi cepat dari biasa
  • Lemah daya ingatan
Di sini pula adalah antara faktor yang menyebabkan hemoglobin (HB) menjadi rendah:
  • Kekurangan zat besi, B12, folat dan erythroprotein
  • Kekurangan hormon, paras hormon tiroid rendah
  • Gangguan pembentukan sel darah merah iaitu talasemia
  • Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  • Risiko melahirkan anak pra-matang (nauzubillah...)
  • Pertumbuhan janin yg terencat semasa di dalam kandungan (nauzubillah...)
Di dalam produk Shaklee, terdapat produk yang boleh dicadangkan, dan ramai yang berjaya mengatasi masalah HB rendah ketika Hamil:
  • Set A - yang mengandungi Vitalea, Vitamin B dan Vitamin C


Nak tau lebih lanjut???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...