Friday, March 30, 2012

Testimonial Set G (Resdung, Alergy, Eczema, Asthma, Keputihan)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dengan izinNya juga, Pn Noriah kembali bersemangat untuk teruskan menggunakan Shaklee untuk kesihatan beliau. Saya baru sahaja dapat feedback dari beliau sebentar tadi tentang kesan Shaklee ke atas beliau setelah mencuba set resdung dan alergik beliau.
"Hari pertama saya makan vit C, esok pagi bangun tido, gusi dah tak berdarah. Esoknya saya sambung makan lagi tapi ambil vit B compleks…bangun tido pun senang sekarang, tak rasa letih. Hari ketiga saya bersin dengan teruk keluar habis hingus. Masa tu tak ada ubat nak makan ketika tu, saya terus ambik Alfafa 1 biji. Petang tu selsema terus hilang." Kata Pn Noriah dari Desa Pandan, KL (012-6656843)

Syukur Pn Noriah mengalami perubahan setelah agak lama mengambil supplement brand lain sebelum ni. Pn Noriah pun skrang dah tekad untuk mengambilnya secara teratur dan meminta saya cadangkan untuk anak-anaknya pula. Suami beliau juga diberi makan supplement yang sama utk dicuba kerana mengalami resdung yang teruk.

Saya akan kongiskan lagi testimonial lain selepas ini ye…insyaAllah, segalanya adalah atas izin dari Allah jua…


Salam sayang dari Nozi…

 

Wednesday, March 28, 2012

Ingat Allah, Cintai Allah..tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya

Assalamualaikum,

Tak kenal maka tak cinta! Ye, betul tu...Ilham saya terbit dari kata2 kakak saya sebentar tadi...Mmg betul sebenarnya...kita perlu kenali Allah, barulah lahirnya perasaan cinta yang mendalam di lubuk hati...Apabila kita semakin dekat denganNya, kita akan rasakan ketenangan yang abadi..yang tiada tolak bandingnya...

Bilamana mencintai Allah melebihi segala-galanya, walau sebesar mana ombak dan badai dugaan menimpa kita sekalipun, menghentam gagah ke atas diri kita, pasti kita dapat menghadapinya kerana kita tahu hanya Allah Tuhan Yang Satu yang dapat menolong kita dan berdoa kita tak putus2 kepadaNya, pasti kejayaan dan kebahagian muncul mengintai kita suatu hari nanti.

Perkara yang agak mudah untuk kita lebih kasih dan mencintai Allah adalah dengan melihat keindahan ciptaannya, keunikannya, kehalusannya yang tiada taranya.Lihat dunia ini, berhias bukit bukau, hutan dan rimba, batu-batuan, laut pantai yang begitu indah luas saujana mata memandang.. Lihatlah diri kita sendiri yang begitu halus diciptakanNya. Urat saraf yang berselirat hidup bersama rohnya, degupan jantung yang tiada hentinya memainkan peranan untuk segala sistem di dalam badan kita. Semua organ-organ badan kita yang semuanya mempunyai peranan masing-masing..segalanya diatur penuh halus dan teliti..Itulah keajaiban ciptaan Allah yang kita perlu fikirkan dan hayati…Allahuakhbar!!! Sesungguhnya, Allah Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Agung . Hanyatilah juga segala maksud Nama-nama Allah, Asma Ulhusna 99 nama-nama Allah…Di situ, kita kenali Allah..

Semoga hati kita, jiwa kita sentiasa ingat padaNya. Tips yang saya pegang, ingat bila kita akan mati..Justeru itu, kita pasti akan sentiasa ingin tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri…selamat beramal dan selamat mencari lebih banyak lagi ilmu agama…ada ilmu,ada perkongsian dan istiqamah dalam beramal…

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, March 27, 2012

Meal Shakes, hidangan lazat dan berkhasiat. Siapakah yang boleh mengambil makanan tambahan ini?


Apa itu Meal Shakes?
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Apa yang membuatkan saya suka dengan Meal Shakes,ia adalah salah satu supplement yang sangat lazat, berkhasiat dan mudah disediakan dan sgt digemari oleh anak2 saya...Boleh juga menjadi sarapan segera yang berkhasiat dan sedap yang mampu dibeli. Cadangan yang cukup sesuai untuk untuk para atlet, dan sesuai diminum bila-bila masa sahaja. Hidangannya juga mudah, rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Apa yang sangat-sangat menarik sekali mengenai Meal Shakes?

  • Ia sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam.
  • Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang.
  • Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplement dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Wahh…banyak khasiatnya kan? Saya cadangkan anda milikinya untuk anak2…InsyaAllah, anak lebih bertenanga dan mudah menerima pengajaran di tadika/sekolah2..saya pun memilikinya dan anak2 memang teramat sukakannya…

Cadangan hidangan:
Campurkan dengan fresh milk untuk anak2..
Saya sendiri, saya campurkan dengan holick ataupun nestum…mmg lazat sekali…trylahh..

Salam Sayang dari Nozi…

Monday, March 26, 2012

Preparation untuk bekal baby ke rumah pengasuh..



Assalamualaikum..

Inilah rutin saya setiap minggu di saat bekerja..my preparation utk hantar baby Zahra ke rumah pengasuh..

Sebelum ni saya pakai ice cube container. Sekarang saya guna tupperware kecik bulat comel ni plak..hehe..sebab Zahra dah makan banyak berbanding sblm ni.

Bubur zahra yg dah siap packing dlm tupperware..

Lepas aje blend, saya taruk dalam tupperware ni dan letak kat bahagian beku. Esok just ambik masuk dalam cooling bag sahaja.

Saya buat stok bubur untuk seminggu terus. :)
Macam2 cara lagi boleh buat. Ikut kretiviti masing2...







Di bawah ni pula adalah EBM yang dah beku iaitu stok EBM saya yang saya nak cairkan. Tips utk kasi cair bila kita bawa ke pengasuh, saya rendam dalam air biasa, bukan air panas ye, masa taruk kat bahagian tak beku peti ais..ni mlm sblm esok... Esok pasti akan cair dan mudah untuk pengasuh panaskan nanti.

Itu saje perkongsian dari saya tentang Bubur & EBM...

Salam Sayang, Nozi

Friday, March 23, 2012

Tambahkan kualiti susu ibu dengan Shaklee Set Penyusuan

Asssalam...

Salam petang...Tiba2 rasa nak tulis pasal kenapa ibu2 perlu mengambil supplement untuk menyusu walaupun susu tidak bermasalah dan cukup untuk bayi..

Pernah sblm ni ketika saya pegi ke klinik, nurse ada nasihatkan untuk para ibu yang menyusu badan supaya makan makanan yang berkhasiat supaya susu jadi berkualiti...kalau makan tak jaga, tak ada zat, susu ibu tak cukup khasiatnya.... Memang betul, susu badan ni berkhasiat dan pilihan yang paling tepat buat anak kita sekiranya kita jaga pemakanan kita kerana zat2 makanan itu akan mengalir ke tangki susu kita.....Di sini saya nasihatkan kpd ibu2 supaya jangan terlalu mengambil mudah dan jadikan susu formula sebagai makanan dan minuman bayi kita. Ok, berbalik semula mengenai susu ibu tadi...Jika kita fully breastfeed, kita kena jaga juga makan kita spt nurse kata tadi..Ibu2 menyusu perlu makan makanan berkhasiat untuk pastikan susu itu berkualiti buat bayi mereka..cuba tgk carta2 makanan di bawah...inilah carta makanan yg berkhasiat yang perlu diambil secara sistematik!



Jika saya tanya anda smua, anda rasa sekarang ni anda makan makanan smuanya berkhasiat tak? Mungkin kita kata, ya..saya makan smuanya berkhasiat...oklah kalau begitu...tapi, tahukah anda smua bahawa makanan kita banyak terdedah dengan bahan kimia...sbg contoh, sayur-sayuran, buah-buahan tak kiralah imported fruit ataupun buah-buahan tempatan...smuanya menggunakan bahan kimia untuk bagi ia lebih tahan lama untuk dijual, walaupun dah basuh sblm makan, ada juga bahan kimia yg dah meresap ke dalam sayur atau buah-buahan itu tadi...Bagi ibu2 yang berpantang pula, sudah pastinya makanan ketika itu tidak cukup khasiatnya kerana anda sedang berpantang kan..sebut berpantang, pastinya banyak makanan yang perlu kita skip. Secara tak sedar, susu kita sebenarnya sudah kurang khasiat dan kualitinya...badan kita ketika berpantang pun kurang bertenaga kerana makanan kita agak terhad ketika itu..

Sbb tulah saya ambil supplement untuk diri saya dan untuk tingkatkan kualiti susu saya...Sekarang ni saya ambil Set B sahaja dan alhamdulillah, badan pun rasa sihat dan bertenaga dan saya rasa lebih yakin untuk menyusu bayi saya...satu lg...keje kat pejabat pun dah tk mengatuk mcm dulu...Kalau tak, sure asik mengantuk aje..InsyaAllah...sedikit sebanyak tu kena usaha supaya mendapat kesempurnaan dalam penyusuan...Smuanya ini atas izin Allah jua...hanya kita yg perlu berusaha untuk menjadikan sesi penyusuan kita lebih berkualiti dan diri kita juga lebih sihat dan bertenaga..


Hmmm..nk cakap satu benda lagi sebenarnya....bila dah ambil supplement2 mcm ni, minum air tu mmg perlu untuk pastikan zat2 yg ada menyerap sebaiknya dalam tubuh badan kita...Igt lagi semasa saya pernah mendengar ceramah dari seorg ustazah sblm ni...petua kesihatan dan awet muda ni salah satunya adalah rajin minum air kosong banyak2...saya fikir balik,hmm nampaknya saya dapat 2 dalam 1 kebaikanlah...saya nk pastikan saya tk bazirkan mkn supplement...saya minum air byk2 untuk pastikan ia berkesan....lagi satu ye...nk dikongsikan di sini....mmg sistem perkumuhan jadi baik punya lps mkn Set B ni...sblm ni saya akui mengalami sembelit yg agak teruk jugak..skrang sembelit sudah tiada lagi...

Jom fully breastfeed!!!

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut untuk set penyusuan, sila klik di sini..


Sila hubungi saya melalui Hp atau whatapps di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Basic H, pelbagai kegunaan!

Assalam,

Basic H adalah satu pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960.. uih..lama dah rupanya wujud...tapi lani baru tahu byk pekdah dia ek..

Sebenarnya terdapat seribu macam kegunaan Basic H ni...secara kesimpulannya yg sy dapat info dari blog MamaFaiz adalah spt berikut:

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.
Ada beberapa testimonial Basic H spt di bawah..


Terbukti kan??? Mmg wajib ada satu botol sekurang2 nya kat rumah...mcm2 boleh diguna...saya ni pun baru berjinak2 guna Basic H nih...
Tahukah anda??
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H, anda selamat dan ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meninggalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda-gandaaaaa...



Sila hubungi saya di 012-9518850 | erpuzy@gmail.com utk sebarang pertanyaan atau pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, March 22, 2012

Solid Food for baby Zahra..6 bulan ke atas..

Assalamualaikum,
Salam ceria dan senyum selalu…tambahkan energy anda dengan berfikir positif..saya ambil kata2 motivasi dari sahabat saya di FB…mmg betul…jika kita fikir positif, banyak perkara akan jadi mudah dan kita akan lebih tenang…
Nih, saya ni nak cerita pasal makanan solid buat baby yang dah boleh makan makanan solid…biasa saya akan start bg mkn solid food ketika usia mereka 6 bulan..since dah masuk 6 bulan, saya mula buat makanan pejal/solid food buat baby saya…
Saya ada beli ais cude container…yang ada penutup..sbb nk kena bekukannya sbb nak bawak pegi rumah pengasuh utk keesokan harinya…saya beli a few ice cube container yg ada penutup. Perlu yang berpenutup ye utk elakkan bakteria masuk dlm makanan..
Apa yg saya sediakan untuk menu baby saya? Ha..nak kenalkan nama anak ketiga saya ni dulu..Nur Iffah Zahra namanya..hehe..kami panggil Zahra..bermakna 'Bunga'…hihi…
Ok..berbalik semula pada menu bubur zahra. Mula2 sbb dia makan sikit lagi dan masih baru lagi perkenalkan solid food, jadi saya asingkan segala campuran bubur..nasi satu, carrot satu dan kentang satu. Permulaannya, ni je saya kasi terlebih dahulu….seminggu selepas tu, saya buat puri buah…puri betik dan pisang, rebus sampai empuk dan blend…betik dia suka tp pisang dia tak suka…agaknya rasanya agak kuat…dia tk suka kuat manis or masam…sbb bubur tu mmg saya tak letak garam atau gula…mmg original nyer rasa…sedappp…tapi mmg suggested tak digalakkan letak garam atau sebarang perasa tambahan untuk bayi...sedap je..dia pun selera je makan…lagipun,kita yg kenalkan that solid food…kalau mcm tu kita kenalkan macam tula dia makan..kan..hehe..tak elok utk buah pinggang dia kalau letak perasa utk makanan bayi ni...
Semuanya saya blend..tapi spt yang saya kata tadi, saya tk campur sbb nk tgk apa yg dia suka dan apa yg dia tk suka…setakat ni dia suka je…masa 7 bln, saya tambah lg satu jenis sayur iaitu brokoli….lg sedap dan berkhasiat…dia suka jugak…saya pernah letak bilis goreng tanpa minyak yg mana saya dah kisar dan tabur dalam bubur dia,tapi dia alah..naik gatal di muka..saya stop dan maintain hanya carrot,kentang dan brokoli..ayam pun sy tak try lg…sampai la ke 8 bulan skrang…dah tahu itu bhn2 kegemarannya dan dia pun mkn semakin banyak, saya rebus sekaligus saje smua bhn tu dan blend skali…tp setelah di test, mmg kena bekukan smua tu untuk stok sbb saya bekerja even utk mkn keesokkan harinya. Sbb campuran kentang tu akan menyebabkan bubur tak tahan lama…kentang cepat basi rupanya walaupun dalam peti sbb tak beku…

Tips untuk perjalanan atau bermalam di hotel, bekukan saje…ataupun utk mudah dipanaskan, asingkan bahan masa rebus dan blend…tapi kentang tu tak tahan lama..sehari je tahan. Silap2 petang dah masam…Tinggal kat hotel mmg agak sukar untuk bayi yg bawah setahun…sbb makanan kat hotel ni ada perasa…dicadangkan bawa biskut, roti atau nestum untuknya..kalau rajin lg..bawa je bekal beras dan segala bahan mentah dan rebus kat hotel guna periuk sendiri..hehe..pandai2 ler kome2 smue…
Itula setakat ni perkongsian daripada Mama Nozi....sekian.. :)

Salam Sayang dari Nozi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...