Thursday, April 10, 2014

Masalah blog pergi kepada laman web lain

Assalamualaikum..

Ya Allah, Ya Rahman. Lindungilah blog saya Ya Allah. Kerana saya wujudkan blog ini tujuannya untuk berkongsi kebaikan kepada semua pelayar internet.

Malam tadi saya buka blog saya dan saya dapati selepas beberapa saat full load, ia terus ke laman web lain iaitu mypageresult dan pergi ke URL blm50.net. Saya terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertama saya dalam blogging.

Saya google dan terjumpa dua blog, Hasrulhassanamerulrizki yang menceritakan tentang masalah yang sama dan apa yang perlu dibuat. Terima kasih kerana share pasal ni dan saya dapat selesaikan masalah saya.

Menurut Hasrulhassan, kebiasaannya ia disebabkan oleh virus/malwave dari sesetengah link yang terdapat dalam blog kita. Mungkin sebelum ni link/laman web yang kita masukkan itu tidak ada masalah. Tetapi hari ini web tersebut telah diserang virus.

Saya diberi panduan untuk mencari mana2 script (code) yang pelik2 atau yang ada link yang diredict itu. Saya cari memang tak ada. Kemudian saya dicadangkan membuang dahulu Guablog link (salah satu banner blog yang saya letak di dalam blog saya. Syukur, rupa-rupanya Guablog puncanya.

Moga apa yang saya share ni boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja yang punyai masalah yang sama.

Ya Allah, hanya padaMu sahaja ku pohon perlindungan. Semoga mereka yang kongsikan penyelesaian ni mendapat ganjaran pahala dariMu. Ameen.

p/s: mungkin satu petanda yang saya perlu menukar blogspot kepada .com (punya domain/hosting sendiri)


--------------------------------------------------------------------
Berminat/mencari supplement Shaklee???
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...