Wednesday, October 23, 2013

Shaklee..order sekarang..Vitamin C Sustained Release sudah ada ye...

Assalamualaikum. .

Wah...Shaklee makin pantas nampaknye...macam tak percaya...dua hari bekerja sahaja barang sudah sampai..Alhamdulillah...servis Shaklee semakin mantap!

Ni barang yang bakal saya COD dan saya juga beli untuk stok saya dan juga mungkin ada yg nak COD lagi...

Tgk dalam gambar tu ye...Vitamin C aku datang!!! hehehe...Vitamin C Sustained Release sudah pun kembali semula..setelah setahun tiada dalam list jualan Shaklee. So, sesiapa yang dah lama menunggu Vita-C, sila2 lah order dgn saya... ;)



Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
Shaklee ID: 860714
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Saturday, October 19, 2013

Buku Anakku Dapat Semua A

Assalamualaikum..

Semalam saya sambung semula baca buku ni. Memang menarik penulisan Dr Shukri Abdullah. Menyelitkan unsur2 agama dalam mendidik anak2.


Banyak betul yang perlu dibetulkan dalam mendidik anak2. Cabaran mendidik anak ni memanglah amat besar terutamanya bila anak dah melalui zaman persekolahan. Pengaruh rakan sebaya, pengaruh alam sekeliling dan tak lupa juga pengaruh media massa seperti cerita2 drama, kartun dan sebagainya.

Anak sulung saya sekarang dah berumur 9 tahun. Memang ketika ini apa yang dia suka adalah bermain bersama adik2 dan sepupunya. Dia belum faham sepenuhnya tentang pentingnya pelajaran dan masa depan. Saya memang tak terlalu memaksa dia sebab saya juga pernah melalui zaman kecil sepertinya. Memang itulah yang saya rasai dan alami. Dalam fikiran hanya ingin main dan berseronok ketika itu.

Saya baca buku ni untuk menjadikan pengurusan saya untuk anak2 menjadi lebih teratur dan berpanduan. Kadang2 kita tak mahir memahami anak walaupun dulu kita pernah kecik. Lebih banyak pula terdorong dengan nafsu amarah daripada betul2 melihat di mana silap kita. Jadi buku ini membuka minda saya untuk lebih berhati2 dalam mendidik anak2 sehinggalah mereka dapat menggapai kejayaan yang kita ingini.

Kakak saya pun pernah ckp, baginya anak2 berjaya ni bukan setakat berjaya dalam bidang akademik, tapi dari segi agama pun perlu dititikberatkan. Insha Allah, saya akan terus berusaha untuk memperbaiki kaedah yang saya gunakan untuk didik anak2. Memang byk buku2 yg saya beli untuk dijadikan panduan dalam hidup. Semakin byk masalah, semakin banyak lah buku yang saya beli. Selain dari tu, saya cari juga bahan dalam You Tube, motivasi2 dari ustaz/ustazah atau professor.

Nak program Smart Brain for student?? Dapatkat Lechitin, Omega & B Complex!!
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Friday, October 11, 2013

Set Kehamilan Shaklee masih mengikut dos yang betul

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, baru lepas baca satu entry menarik di blog Dr Zubaidi. Ada info menarik tentang pengambilan supplement/vitamin ketika sedang hamil. Berapa dos yang disarankan dan tidak disarankan. Memang penting untuk mengetahui dos yang betul sebelum mengambilnya terutama ketika hamil untuk memastikan bayi dalam kandungan itu selamat dan sihat seperti yang diinginkan.

Saya ambil sedikit petikan dari Dr Zubaidi. Petikan ni saya tak tulis sebijik sebab tak boleh copy paste plak kat blog Dr. Hehe..

Pengambilan supplement prenatal amat penting untuk wanita hamil untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang atau bayi tidak cukup berat atau kecatatan pada bayi. Selain itu, ia juga membantu wanita2 hamil untuk lebih sihat dan memberikan kekuatan ketika hamil.

Selain dari itu, Dr Zubaidi juga kata, pengambilan supplement ni juga dapat mengurangkan masalah loya, dan rasa nak muntah si ibu di awal kehamilan. Ni maksudnya alahan la ni. Tapi, doktor kata, janganlah pula kita anggap bila dah ambik vitamin ni mmg confirm anak2 sihat, tak cacat kerana sebenarnya pengambilan vitamin ni seumpama kita naik kereta, kita pakai sit belt la. Tak semestinya dah pakai sit belt bila ada accident, kita selamat. Mungkin kalau cedera pun taklah seteruk yang tak pakai sit belt langsung. Gitulah perumpamaannya apabila wanita hamil mengambil supplement/vitamin ketika sedang hamil.

Banyak lagi info ni doktor Zubaidi bagi tau. Beliau kata, ada dos2 untuk pengambilan folic acid, iron dan omega-3. Saya dah check dan buat perbandingan dengan dos Shaklee. Alhamdulillah Shaklee masih mengikut terma dos yang betul. Sebelum saya mulakan Shaklee mmg saya dah buat rujukan juga. Tapi ni info terbaru dari Dr membuatkan saya amat teruja untuk kongsikan dan buktikan untuk semua.

Folic acid - bagi yang nak bersedia untuk hamil dosnya adalah 400 micrograms (mcg) sehari. sementara wanita yang sedang hamil dosnya adalah 1,000mcg sehari. Sebagai makluman doktor kata, ada juga vitamin kat farmasi yang ada dosnya sebanyak 5mg iaitu 5,000 mcg. So berhati2 lah.


Untuk Iron pula, dos untuk wanita hamil adalah 27mg, sementara dos untuk wanita yang tak hamil adalah 18mg sahaja. Terlebih dos ni boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut juga. Selain itu, apa yang doktor sarankan juga sama seperti yang dicadangkan dalam pengambilan Shaklee (Vita-Lea) tidak boleh mengambil dengan sebarang tenusu untuk mengelakkan gangguan penyerapan zat iron kepada tubuh kita. Makanan seperti ikan, daging merah dan hati pun tak boleh diambil bersama iron, juga sama kesannya dengan makanan tenusu tadi. So, kenalah ambil vitamin iron ni sejam sebelum atau 2 jam selepas makan makanan2 ni.

Untuk kalsium pula, cadangan dos untuk wanita hamil adalam 1,000mg setiap hari. Omega-3 pula ialah 200-300mg sehari. Memang sesuailah dos yang Shaklee keluarkan utk Ostematrix dan Omega Guard.

Itulah sedikit sebanyak yang saya nak kongsikan buat pembaca. Jika anda ingin mengambil supplement Shaklee, anda boleh klik di link ini >> Set Kehamilan Shaklee.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Marilah kita buat bisnes Shaklee sama-sama!!!

Assalamualaikum..
 
Shaklee di Malaysia makin melangkah ke hadapan. Mulai 2 Oct 2013, Shaklee dah boleh diorder melalui online. Shaklee mempunyai sistem onlinenya sendiri yang mana setiap pengedar-pengedar sah Shaklee akan membuat order terus melalui online. Segala pembayaran dibuat terus melalui sistem tersebut.
 
Wah, makin mudah nak berbisnes dengan produk Shaklee. Saya makin teruja. Saya dah berjaya buat order melalui online. Bukan sahaja order, boleh track berapa dah point yang dapat dan boleh trace siapa ahli2 di bawah naungan kita. Jadi, takkan lost contact lagi. Selain tu, banyak lagi info2 yang boleh didapati di dalam online system Shaklee.
 
 
Jom, join Shaklee. Tak susah, tapi teramat mudah. Dengan hanya membayar RM65 seumur hidup sebagai yuran keahlian, anda akan diberikan starter kit utk memulakan bisnes Shaklee.
 
Jom join di bawah pimpinan saya. Anda bakal:
 
1) Diberi personal Coaching secara PERCUMA!
2) Dimasukkan ke group tertutup kami yang mana anda akan mendapat pelbagai maklumat tentang
Shaklee, berkongsi pengalaman menggunakan Shaklee, bertanya tentang produk dan memahami kelebihan2 produk, dan banyak lagi.
3) Diberikan motivasi untuk berjaya dalam bisnes Shaklee
4) Diberi tunjuk ajar tentang menggunakan blog, facebook dan banyak lagi medium2 untuk memulakan bisnes Shaklee
5) Dikongsikan rahsia2 kejayaan jutawan2 Shaklee.
 
Layak untuk mereka yang ingin bekerja dari rumah (Independent) ataupun full time terutamanya kepada housewife yang ingin membantu suami mereka. Juga layak untuk mereka yang ingin bekerja part-time!
 
Tiada paksaan, semuanya di tangan anda.
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Tuesday, October 8, 2013

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD (Penyakit virus berjangkit)

Assalamualaikum..
 
Gambar ihsan google.Gambar betul akan saya kongsikan nanti.
 
Hari ni saya nak cerita sedikit kisah anak saya. Minggu lepas dia mengadu sakit2 badan, sakit tapak kaki, jari2 sakit. Saya belek takde kesan apa2. Saya jangka, dia lenguh pasal dia main Taekwondo kat tadika. Oh, umurnya 6 tahun, Damia namanya. Lps tu dia mengadu lagi sakit pada minggu ni. Dia kata, sakit mulut, tangan dan kaki. Saya pun belek lah mulutnya. Tengok2 ulser dalam 10 bijik kot atau lebih sebab dia takle bukak mulut luas2. Kesiannya anak saya. Kat lidah pun ada ulser tu. Susah nak bercakap dan makan. Minum pun dia rasa perit2 kat dalam tekak. Saya pun belek kaki dia. Di tapak kaki dia ada bintik2 merah, pelik rupanya sbb macam darah beku kat dalam tapi bukan pekat. Then, saya tengok kat tapak tangan pula. Eh, ada juga rupanya. Apa lagi saya dah syak sesuatu. Mungkin anak saya ni kena sakit tangan,kaki dan mulut tu yang dah lama dulu ada virus ni.
 
Saya pun try surfing kat internet, cari kat google info pasal foot & mouth disease ni. Hmm,memang dah ada simptom2 dia. Cuma dia tak demam je, alhamdulillah. Saya pun terus ke klinik dan buat pemeriksaan. Memang betullah dia terkena jangkitan virus HFMD iaitu penyakit virus berjangkit Tangan, Kaki dan Mulut. Kesiannya anak saya sbb sebelum ni saya tak pegi ke klinik dan main agak2 je yang dia tu lenguh main kat tadika. Rupanya itu adalah tanda2 awal nk menunjukkan dia terkena virus HFMD. Doktor kata, memang takde ubat specific untuk penyakit wabak ni. Doktor just bagi ubat demam jika dia demam nanti, ubat alergi, dan ubat sapu.

Saya ada call tadika tanya memang ada ke kes sebelum ni? Rupanya ada sorang kat bahagian taska dah sakit lama dah dan dah tak ke taska lama dah. Anak saya yang no3 ada kat bahagian taska tu tapi anak yang kedua ni pula yg dijangkiti. Mungkin ada kawan dia yang dah kena kat sebelah tadika tu. Saya dapatkan pengesahan pihak tadika, selepas dapat tahu anak saya ada HFMD, semua pelajar diperiksa dan ada lagi dua tiga orang yang disyaki. Pada ptg tu saya nak ambik anak ketiga kat taska, cikgu maklumkan tadika akan ditutup minggu depan, hari ahad. Cikgu nak bersihkan kot. Rasanya takde arahan dari KKM utk tutup terus buat masa ni. Saya pun tak tau kenapa.
 
Balik rumah saya tak bagi ubat2 klinik tu sebab takde plak demam. Saya bagi dia minum Meal Shake dan letak 1/4 daripada 1 paket Nurtriferon. Saya goncangkan dalam shaker bersama2 fresh milk. Dia minum sebab dia memang suka meal shake. Nutriferon tu tk rasa mana so boleh minum. Selain tu, masa mandi, saya basuh dengan Basic H. Toilet tempat dia guna pun saya jaga kebersihannya, selalu bersihkan betul2 sebab virus ni keluar melalui air liur dan najis.
 
Hari kedua saya bagi lagi. Hari ketiga saya belek tapak tangan dan kaki dia, iaitu hari ni lah. Dah hilang dah tompok2 merah tu. Syukur alhamdulillah. Dia pun tak demam. Ulser dia dah hilang semuanya kecuali ada lagi satu bijik kat tepi pipi. Dia pun dah boleh makan dan minum. Berselera plak tuh. Syukurlah Allah izinkan sembuh dengan Meal Shake dan Nutriferon. Ubat yang dapat kat klinik memang tak terusik pun. Nasib baik saya memang amalkan dua2 produk Shaklee ni.
 
Ni saya rotate lagi dengan suami untuk jaga dia, maklumlah kami bekerja. Hari ni saya cuti, esok saya keje suami pula cuti. Lusa maybe anak saya dah pulih sepenuhnya. Biar betul2 clean. Nak gi chk lagi sekali kat klinik dan minta confirmation dari doktor samada dia dah boleh ke sekolah atau tak. Yelah, kena pk anak2 org lain juga, takut jangkit kan susah plak derang.
 
Di bawah ni adalah produk Shaklee yang saya pakai untuk saya dan anak2. Memang berbaloi2. Nak dapatkan harga yang berpatutan boleh call/SMS/Whatapps saya sekarang. Saya recommend setiap isi rumah kena ada this product. Terbaik!!! :)
 
 
  


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Monday, October 7, 2013

Set Mengandung/Ketika Sedang Hamil Shaklee

Assalamualaikum..

Kehamilan adalah satu proses yang agak panjang bagi sesetengah ibu. Ada juga yang rasa sekejap. Kenapa? Pandangan saya, yang rasa lama tu sebab dia mengalami alahan yang teruk, manakala yang rasa sekejap tu pulak dia takde alahan langsung. Tup tup nak bersalin dah..bestnyer kan. Kalau saya sendiri, alahan setakat pening2 lalat gitu je, tapi saya alahan pesen lain. Alahan alergi, asthma dan ekzema. Satu2 penyakit tu terjadi setiap kali mengandung. Yang sulung, alergi resdung, anak kedua asthma (lelah), anak ketiga pula alergi kulit atau ekzema. Semua merasa. Tapi alahan saya ni berlarutan selepas bersalin sehinggalah saya berjumpa Shaklee. 

Ok, berbalik semula kepada topik kehamilan ni. Apabila hamil, banyak perkara yang perlu diambil berat. Saya amat mengesyorkan anda terus membuat buku merah di Klinik Kesihatan terdekat. Jangan tanguh-tangguh. Penting kita memantau proses pembesaran bayi dalam kandungan. Kita tak tahu, tahap kesihatan kita sama atau tak.


Selain daripada itu, penjagaan pemakanan juga perlu. Tak perlulah makan untuk dua orang, atau minum susu penuh lemak sebab nak kasi cukup pada bayi, itu salah sebenarnya. Jika alahan, kurang selera makan, anda bolehlah mencari makanan lain untuk menggantikan nutrisi yang diperlukan seperti supplement terbaik keluaran Shaklee. Pastikan diet anda dipenuhi sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari.

 
Seperti biasa, Shaklee mempunyai set untuk wanita yang sedang mengandung. Terdapat tiga set iaitu Trimester 1, Trimester 2 & Trimester 3.

Ibu hamil 1st trimester
Vitalea
B comp
Vita-C
Ostematrix

Ibu hamil 2nd & 3rd trimester
Vitalea
B complex
VitaC
Omega guard
Ostematrix
 
Di sini saya berikan sedikit penjelasan tentang setiap vitamin-vitamin ini dan sedikit panduan cara memakannya.

1) Vitalea - 1 ke 2 biji sehari
Vitalea sebenarnya adalah multi-vitamin. Oleh itu, para ibu yang hamil tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Ia juga dilengkapi dengan zat besi dan 200mg folic acid. Jika ibu hamil mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (segalanya atas keizinan dari Allah S.W.T). Selain itu, wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

2) B Complex - 1 ke 2 biji sehari
B Complex lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber yang mahal harganya). Asid folik sangat penting untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).

3) Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

4) Ostematrix - 4 biji sehari
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000mg ke 1300mg sehari. Apa yang agak istimewanya Ostematrix kerana ia bukan sahaja mempunyai kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D. 1 biji Ostematrix mempunyai 250mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia begitu penting dalam ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

5) Omega Guard - 1 biji sehari
Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga.
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

6) ESP - 1 sudu besar sehari
Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan/tidak selera makan/morning sickness).

Dalam protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
 
Credit to Diarivitamin.com
Testimonial:
 
 
 
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

Sunday, October 6, 2013

FAQ untuk Cinch Shake Mix

Assalamualaikum..

Di sini saya berikan jawapan2 bagi sesiapa yang nak tahu lagi tentang Cinch Shake:


Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, ianya amat sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu boleh mengambil Cinch Shake.

Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak direka untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

Cara terbaik minum Cinch Shake
Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein dan leucine yang optimum.

Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah bebas dari kafein (caffein-free), kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot-otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tidak mengambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Sumber: vitaminsemulajadi.com

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850
Email: erpuzy@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...