Sunday, May 11, 2014

Apa yang anak-anak perlukan dalam pemakanan mereka?

Assalamualaikum..

Membekalkan pemakanan yang sihat kepada anak2 memang menjadi tanggungjawab utama ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan makanan anak2 cukup berkhasiat untuk menjamin tahap tumbesaran dan kesihatan mereka.
 

Antara nota2 penting yang ibu2 perlu take note adalah:
 
Pastikan khasiat pemakanan adalah dari sumber semulajadi
Setiap makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Oleh itu, pentingnya kita untuk memastikan makanan mereka penuh dengan kalori, lemak, mineral, dan vitamin untuk memastikan mereka membesar dengan sihat. Mereka memerlukan kalsium sebanyak 800mg sehari. Jadi, mereka perlu mengambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju atau dadih.

Buah-buahan atau sayur-sayuran juga penting yang mengandungi vitamin A dan vitamin C. Selain daripada itu, mereka juga memerlukan zat besi dan protein seperti daging dan kekacang. Bijirin seperti roti, bijirin sarapan pagi juga penting untuk membekalkan zat besi dan folat.
 
Jangan halang anak nak makan
Penting untuk kita ketahui bahawa kanak2 sebenarnya amat memerlukan lemak yang secukupnya untuk membantu tumbesaran yang sihat dan bertenaga. Jadi tak perlulah memberi makanan yang rendah kalori. Jika bagi susu, berilah susu yang penuh krim kerana mereka memerlukan 30% kalori daripada lemak. Kanak2 berumur 1-3 tahun perlukan 1000-1300 kalori setiap hari, manakala 16gm atau lebih protein diperlukan setiap hari. Akan tetapi, keperluan ini juga bergantung kepada tahan badan kanak2 tersebut sama ada terlalu kurus atau terlalu gemuk.
 
Pentingnya pengambilan vitamin
Pakar pemakanan mencadangkan kanak2 perlu mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.
 
Tambah saiz hidangan
Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Jika anak anda tidak suka makan 3 kali sehari, jangan risau. Janji mereka makan makanan yg cukup kalori.

Bahaya kurangnya khasiat makanan
Suka untuk diingatkan, jika anak2 tidak cukup nutrisi/khasiat pemakanan, mereka berkemungkinan berhadapan dengan masalah kesihatan. Mereka boleh mengidap penyakit anemia jika kurang zat besi. Keadaan mereka akan menjadi pucat dan kelihatan letih. Jika kekurangan zinc, mereka akan mengalami masalah deria. Jadi mereka akan jadi kurang selera makan dan perkembangan mereka juga akan terbantut.

Sumber: http://pama.karangkraf.com/

Sedang mencari vitamin sesuai untuk anak-anak???  InshaAllah saya boleh bagi cadangan terbaik buat mereka.
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...