Monday, May 12, 2014

Fadhilat membaca Al-Quran berbanding solat sunat

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share pasal fadhilat membaca Al-Quran berbanding menunaikan solat sunat.


Ni saya kongsikan setelah membaca artikel dari sayanghati blog.

Point pertama# Pelajari 1 Ayat Al-Quran Lebih Baik Daripada Kerjakan Solat Sunat 100 Rakaat

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai Abu Zar, sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagimu daripada mengerjakan solat sunat 100 rakaat.Pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari 1 bab daripada ilmu yang(berpeluang) diamalkan atau tidak (berpeluang) diamalkan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan 1,000 rakaat solat sunat” - Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan
Ini bermaksud, lagi baik belajar 1 ayat AlQuran daripada buat 1000 rakaat solat sunat. Betapa tingginya nilai mempelajari dan membaca AlQuran. Bukankah AlQuran itu salah satu mukjizat yang masih ada sehingga kini? Sayangnya jika kita abaikan.

Point kedua# Pelajari 1 Bab Ilmu Lebih Baik Daripada Kerjakan Solat Sunat 1,000 Rakaat

Point kedua saya pernah terbaca kat blog sape saya lupa..Maknanya mencari ilmu itu lebih priority berbanding buat solat sunat. Ilmu agama lah yang dimaksudkan.

Dan point ketiga, saya pernah juga terbaca pasal point ni..Membaca AlQuran tergagap2 ni Allah bagi ganjaran lebih. So, kenapa kita nak risau. Allah tahu kita sedang berusaha.

Point ketiga# Ganjaran pahala 2 kali ganda kepada orang yang membaca AlQuran walaupun tergagap-gagap (susah nak baca)

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang yang ahli dalam alQuran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur.Seseorang yang membaca alQuran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat 2 ganjaran.” – Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Betapa pentingnya mengaji dan belajar membaca AlQuran. Besarnya ganjaran pahala yang Allah berikan. Bukan untuk siapa2 sebenarnya tetapi untuk kebaikan diri kita. Jika boleh, lagi bagus baca tafsir kerana kita lagi faham apa yang Allah ingin beritahu pada kita. Bagi Nozi, ni adalah komunikasi hebat dan teragung dari Allah kepada kita. Cuma mungkin kita sudah terbiasa memandang dan membaca AlQuran, kita tak merasai kehebatan itu. Jom kita berfikir sejenak akan kekekalan mukjizat dari Allah ini.


Ingin/Sedang mencari supplement sesuai untuk diri atau keluarga??
 
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/pesanan:

Nozilawati Idris a.k.a Nozi
(Shaklee - Independent Distributor)
SMS/whatapps : 012-9518850

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila like page FB kami : https://www.facebook.com/shakleeforyou

Salam sayang dari Nozi…

2 comments:

Tinggalkan komen anda di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...